Moga Diringankan Bebannya
Asmkm dan salam sejahtera. Shueqry di sini. Apa khabar Anda?
Kali ini saya cuti dari menulis pasal tip pembangunan diri. Saya mengutarakan kisah seorang sahabat dari jauh yang juga merupakan seorang Internet Marketer dari Malaysia. Ikuti petikan kisahnya di bawah:
Nama saya adalah Badruzamani Bin Azmi. Dilahirkan pada 26 Mei 1976 di Batas Liku Arau, Perlis. Saya merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Saya mula menulis blog sejak Jun 2006. Blog ini merupakan blog ketiga saya dan merupakan blog pertama saya yang menggunakan WordPress. Saya mula mengenali HTML sejak tahun 1999 dan mula serius membeli hosting berbayar pada Ogos 2006 apabila laman web saya di hosting percuma mengalami pelbagai masalah teknikal.
Pada tahun 1995, saya terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Ketika itu, saya sedang menuntut dalam jurusan Sijil Elektrik Kuasa di Politeknik Sultan Abdul Halim Mua’adzam Syah(POLIMAS), Jitra. Sebelum kecelakaan itu, saya dalam perjalanan pulang dari melawat bekas guru saya di Sekolah Menengah Vokasional Arau pada pagi 30 April 1995.
Akibat kecelakaan itu, saya mengalami patah tulang belakang dan disahkan oleh doktor, lumpuh kekal dari paras pinggang ke bawah. Tulang bahu kanan saya pernah patah. Hampir 2 tahun, saya berada di Hospital Pulau Pinang sebelum saya mampu menulis semula. Kini kecederaan saya di bahu sudah sembuh sepenuhnya.
Tetapi, akibat tidur terlalu lama di atas katil hospital dan di dapat bergerak dalam tempoh yang lama kerana patah tulang belakang, kulit belakang saya melecet dan lebam yang sangat teruk. Jadi, doktor telah buang kesan lebam itu dan menyebabkan ‘luka besar’ (bedsore) yang sukar sembuh sehingga sekarang. Oleh kerana di bahagian luka itu, saya tidak merasa sakit (sebab patah tulang belakang / lumpuh), jadi tidaklah ‘meraung’ setiap hari. Namun kos untuk membeli seperti kapas, pampers, kain gauze, ubat / krim aloo vera dan sebagainya, memerlukan kos yang banyak setiap bulan.
Namun saya cuba untuk berjimat dan berusaha sejak tahun lepas untuk menambah pendapatan melalui laman web ini dan laman RahsiaNiaga.Com. . Saya cuba menyakinkan diri saya bahawa untuk berjaya perlu ada usaha, selalu berdoa, kena ada ilmu dan akhir sekali bertawakal kepada Allah dengan penuh sabar dan tabah. Itulah yang saya ‘pegang’ sebelum ini.
Tetapi, bila saya lihat akaun Maybank saya pada 30 Mei 2007 hanya tinggal RM 1.33,akaun Maybank 30 Mei 2007 sedangkan ubat untuk luka dan kain gauze sudah habis, bil Streamyx dan bil telefon belum dijelaskan lagi dan gas memasak dah habis, saya pening kepala. Boleh ka saya bersabar lagi?

Jika anda prihatin dan kasihan dengan masalah saya sekarang, bantulah seikhlas anda. Saya harap bantuan anda sekalian. Walaupun tak banyak yang mampu anda beri, saya tetap menghargai sumbangan anda. Semoga Allah membalas segala jasa baik anda sekalian. Amin…
Sila salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank Al - Wadiah saya bernombor : 162021342824.
Terima kasih banyak - banyak kepada anda semua membantu saya. Semoga Allah murahkan rezeki anda
Bloggers lain yang menulis mengenai Badruzamani:
Ikuti perbicangan mengenai Badruzamani di forum WangCyber.com di sini.
Pada pertama kali membaca kisah Badruzamani di blog LinnComel.com kelmarin, terharu sungguh saya dibuatnya lalu saya bertanya pada diri sendiri apa yang boleh saya lakukan untuk membantunya dengan apa yang saya ada.
Untuk Badruzamani, saya telah rezabkan 3 permanent links untuk mana-mana blog/website miliknya dan akan kekal di sana selama site 777 Text Links “live” di arena Internet Malaysia selama 7 tahun. Ia cukup unik berbanding dengan direktori yang lain, selalunya hingga 5 tahun.
Inilah pertolongan “unik” dari saya, berbeza dari kawan-kawan lain yang menghulurkan wang dalam ringgit Malaysia dan melalui akaun PayPal. Walaupun saya tak pernah jumpa dia dan bersemuka dengannya, tapi jauh di dalam hati saya menyimpan niat yang satu hari nanti kami akan ditemukan, duduk semeja dan berbual mengenai bisnes Internet serta bertukar-tukar idea untuk menigkatkan lagi pencapaian bisnes masing-masing.
Pertama kali tahu dia seorang Orang Kurang Upaya di forum WangCyber.com, saya cukup kagum dengan semangat kental dan kegigihan yang di miliki olehnya. Walaupun dia seorang OKU, tapi dia kuat berusaha. Kekurangan dirinya bukan alasan.
Saya berdoa moga diringankan bebannya. Bantulah dia.