Motivasi Ada Di Mana-mana
Salam pembaca iMotivasi.
Moga memulakan hari dengan penuh bersemangat dan penuh motivasi. Saya sungguh bersemangat hari ini.
Ramai dari kita asyik turun naik motivasinya. Tapi, tahukah Anda, motivasi ada di mana-mana? Ia ada di depan mata, cuma Anda yang tak nampak.
Motivasi tak naik-naik sebab Anda tidak ada sesuatu yang boleh menjadi penyuntik motivasi. Kita perlu bijak menafsirkan sekeliling lalu mencari motivasi tersirat di dalamnya.
Bagi saya, di waktu pagi saya menjadikan kerajinan orang lain yang saya lihat sebagai penyuntik motivasi. Mereka terdiri dari golongan rendah, yang menjadi tukang sapu, tukang potong rumput, drebar bas, pemandu lori dan penjual kuih. Saya benar-benar kagum dengan kerajinan mereka kerana mereka bangun bekerja di awal subuh semata-mata nak mencari rezeki.
Di waktu tengahari, saya menjadikan orang-orang professional dan yang berjaya sebagai penyuntik inspirasi. Setiap kali melihat mereka berpakaian kemas, segak dan berjalan dengan penuh yakin, saya jadi cukup bersemangat bekerja!.
Sebelum tidur, mengingat Anda sebagai pembaca blog ini membuat saya tak kering dengan curahan idea, terutama di kala sunyinya malam. Terus terang, tiap kali mengingat Anda dan bila timbul keinginan nak buat orang jadi bersemangat, idea mengalir deras!
Mulai saat ini, Anda perlu berubah. Cari apa yang dapat memotivasikan Anda dan apa yang dapat menjadikan Anda kekal termotivasi.
Ia mungkin benda, perkara, sesuatu, orang, situasi atau peristiwa. Cari saja, Anda akan jumpa.
Motivasi ada di mana-mana, ada pentunjuknya, cuma Yang Maha Esa mahu kita berfikir dahulu, baru dapat menggali motivasi tersirat yang banyak tersimpan di alam semesta ciptaannya. Bila kita mengingat kejayaan-kejayaan orang lain yang pernah kita lihat, baca atau ternampak, ia juga boleh membuat kita bermotivasi.
Pilih salah satu cara dan sesuaikan dengan diri Anda.
Hidup perlu ada motivasi, baru ada prestasi!!
September 11th, 2008 at 2:31 am
First of all, tima kasih kerana tak kedekut dalam menolong org seperti saya yang turun naik motivasi diri.Bila ada ujian yang hebat je, saya cepat nak mengalah dan berundur.Mungkin ini juga petunjuk dari Allah untuk saya bukak web nie.Syukur alhamdullilah!!!Mudah2an Allah dapat membalas jasa saudara dan mempermudahkan saudara dunia dan akhirat..amin
September 18th, 2008 at 7:38 am
Assalamualaikum Shueq,
Salam ceria dan salam luarbiasa hebat, lepas baca “Motivasi ada dimana-mana” minggu lepas menjadikan saya sangat bersemangat hari ini dan hari hari mendatang. Satu aliran idea yang sangat memberi manfaat kepada saya untuk sentiasa bermotivasi. Terima Kasih semoga Allah sentiasa memberi petunujuk , hidayah & Ilham buat Shueq dan pemberi motivasi yang lain. last sekali “Hidup perlu ada motivasi, baru ada prestasi. Wassalam