Motivasi belajar – dekatkan diri dengan buku
Jika Anda seorang pelajar dan anda mahu berjaya dalam pelajaran, Anda kena membentuk diri menjadi seorang insan yang dekat dengan buku. Tak kisalah orang nak cakap apa pasal Anda, biarkan saja. Cakapan orang hanya boleh mengkritik tapi tak akan dapat mengganggu Anda selagi Anda memilih untuk membiarkan saja cakapan mereka. maafkan cakapan-cakapan mereka jika Anda terasa, lupakan dan teruskan mengejar matlamat Anda.
Untuk menjadi seorang pelajar berjaya, dekatkan diri dengan buku. Baca banyak kali supaya Anda ingat apa yang dah dipelajari tanpa perlu menghafal setiap satu point-point penting. Biasakan diri untuk membawa sebuah buku ke mana-mana saja Anda pergi.
Kebanyakan pelajar takut untuk digelar kaki buku atau ulat buku sebab mereka takut akan kehilangan kawan. Dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, nak ke tak nak Anda kena terima hakikat Anda kena berkorban, termasuklah mengorbankan masa untuk ‘hanging out’ bersama kawan-kawan. Kawan yang sebenar-benar kawan adalah kawan yang tak memilih kawan, walau siapapun Anda, walau apapun yang Anda lakukan.
membaca jambatan ilmu
jauh perjalanan luas pengetahuan
cikgu bilang kalau membaca jadi pandai
saya ada membuat kajian, kebanyakan ilmu itu datang daripada membaca. yang selebihnya barulah dari pengalaman.membaca pula dikaitkan dengan buku. So memang rugi la kalau orang kita malas membaca…
Bersama-samalah kita melatih diri supaya minat membaca!
salam semua,
aye percaya buku juga mampu menjalinkan sebuah ukhuwah yang murni antara manusia.
Buku yang baik kawan yang setia, buku yang takde baiknya menarik ke lembah derita. Jadi, kena pandai pilih buku yang memberi manfaat kepada diri kita..