Motivasi Cinta
Bila bercinta, jadikan kekasih Anda seperti seorang kawan rapat. Pada dia Anda berkongsi segala, suda dan duka, gembira, tawa serta cabaran yang melanda hidup Anda.
Cinta adalah emosi positif yang amat kuat. Kerana cinta, sesiapa saja sanggup berkorban segala dan buat apa saja.
Cinta sifatnya subjektif, sama ada cinta pada ibu bapa, negara mahupun cinta pada seorang kekasih.
Kita bersemangat bila adanya cinta dan motivasi juga naik membara bila ada semarak cinta. Tekanan, risau dan gundah gulana hilang bila munculnya cinta.
Cinta juga wujud dalam semangat setia kawan, bak kata Bob AF2, Cinta Seorang Teman.
Andai Anda tiada kekasih yang untuk mencurah cinta, tumpahkan kasih sayang Anda pada ibu bapa, keluarga, adik beradik mahupun hobi Anda.
Sejak dari dulu lagi, motivasi timbul bila adanya rasa cinta. Jadi, untuk memberi semangat pada diri sendiri, timbulkan rasa cinta di dalam hati Anda, kalau boleh dari pagi hingga ke malam hari!.
Elak memandang cinta sebagai emosi yang menyakitkan, sedih ataupun pilu kerana sikap negatif sebegitu akan membuang motivasi jauh dari diri Anda. Kesannya, Anda sukar nak ada motivasi dalam apa jua yang Anda lakukan.
Kita sentiasa ada dua pilihan, hitam atau putih, positif atau negatif, gembira atau sengsara. Mengapa perlu berduka, sedangkan Anda ada pilihan untuk bertukar menjadi gembira.
Kuatkan semangat dan sabarkan hati, walau apa jua yang terjadi.
Be Strong!
February 27th, 2008 at 1:55 pm
Salam Shueqry,
Satu post yg perlu perdebatan yg luas kalau tidak pun setengah pun jadi lah, gurau aje. Sebenarnya apa itu “Cinta”, apa definasi “Cinta” yg selalu menjadi satu pertanyaan dari dulu hingga kini. Apakah kita benar2 faham apa maksud nya? Sungguh misteri dan unik cinta ini. Kerena nya kita bermotivasi kerena nya kita kecewa. Memang cinta sifatnya subjektif, sama ada cinta pada ibu bapa, kawan, guru, negara mahupun cinta pada seorang kekasih. Setiap satu punya hak tersendiri.
Sy komen sedikit cinta pd seorang kekasih. Boleh kah anda jujur selamanya, kalau ia mengapa terpisah sekian lama bersama, sunggoh pelik cinta ini tiba2 hilang sekelip mata hanya kerana tiada persefahaman. Panjang hendak diceritakan nanti bercucuran air mata. Siapa salah alam tak salah pokok, sungai, hutan rimba dan lain tak salah, ya manusia yg salah bagaimana kita menjaga alam cinta kah kita.
Begitulah bila putus cinta atau kecewa cinta payah juga menghilangkan perasan negatif ini, hanya masa saja yg menentukan. Pada anda yg belum faham maksud “Cinta” cari lah definasinya sebetul2nya dan mentally prepare lah kalau belaku yg tidak di duga. Semoga motivasi anda sentiasa dlm keadaan high level. Ada sesiapa nak komen tntg misteri “Cinta” ini. Apa anda malu,tak nampak muka ape? Hanya kata2 nasihat utk panduan hidup.
Shueqry sorry ya, komen sy terpanjang sangat, just sharing.
Salam Ceria.
Miss Rass~
February 29th, 2008 at 11:41 am
Assalamualaikum, buat sume pembaca,,
Memang menarik bila membincangkan tentang ‘cinta’ ni. Cinta ini terlalu luas bidang skopnya. Kadang-kadang org tersalah tafsir makna sebenar cinta itu, ada yang anggap cinta ini sekadar memenuhi hobi di masa lapang, tapi ada juga yang betul2 menghargai cinta sejati.
Apa2 pun, cinta yang agung adalah cinta pada Yang Maha Pencipta. Dengan menyintaiNya, kita akan sentiasa dalam ketenangan…
Tapi kita juga disaran dan digalakkan mencari cinta. Kerana cinta, kita akan lebih mengenali diri kita dan org lain di sekililing kita.
Walaubagaimana pun ‘cinta’ tetap ada keistimewaannya, pandanglah ‘cinta’ dari sudut mata hati dan bukannya mata kasar….
edabakawali….
March 1st, 2008 at 8:26 pm
kuasa cinta memang tak boleh dinafikan jika kena caranya! hehehe… tp tak nafikan juga dgn kuasa cinta ini boleh menjadikan kita lebih bersmgt dan boleh juga menjadikan kita down. tak gitu bro?
May 25th, 2008 at 10:59 am
macam mana klu waktu masih belajar ada cinta monyet/