Motivasi cinta – hikmah sikap jujur
Jika niat Anda bercinta semata-mata untuk merasa bahagia kemudian dari rasa bahagia tu Anda niatkan untuk beroleh suntikan motivasi untuk bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan, Anda sedang menarik cinta yang membahagiakan. Sebaliknya, jika Anda bercinta semata-mata mahu melengkapkan keperluan biologi juga didorong oleh nafsu, cinta tak bertahan lama. Mungkin akan berakhir dengan sengsara!.
Dua sebab mengapa ramai orang berkahwin memilih untuk berpisah adalah kerana sudah tidak ada persefahaman, tidak ada kejujuran. Anehnya, orang yang banyak duit pun ramai jugak yang bercerai-berai simply sebab sudah tidak percaya dengan kejujuran pasangan.
Duit bukan persoalan. Cinta adalah komitmen dua hati. Selagi dua hati tu saling jujur antara satu sama lain, perkara-perkara berkaitan akan mengikut secara automatik dengan sendirinya. Ini termasuk sikap toleransi, sikap pemaaf dan sikap bertimbang rasa.
Kita sebagai manusia berisiko untuk cepat berubah, sama ada berubah ke arah kebaikan atau berubah ke arah keburukan (tanpa kita sedari). Untuk mengelakkan sikap anda berubah menjadi sikap negatif, minta pasangan Anda mengkriti perubahan negatif Anda kemudian anda pula kena latih diri untuk menerima setiap kritikan yang Anda terima.
Ubah diri, bina peribadi.
salam…
saya sangat bersetuju dgn apa yg sdra katakan.. mmg betul… jika berlandaas nafsu semata akan hilang nikmat cinta… jika kita tgk org dulu2 mana bercinta tapi blh bhgia smpai akhir hayat… sbbnya perkahwinan dibina atas dasar hati dan tanggungjawab… kemudian ditambah dgn rasa kasih dan sayang… iktan yg dibina diberkati dan diredhai Allah.. itulah yg kita harapkan dalam sesebuah perhubungn cinta… carilah cinta Ilahi pasti akan bertemu dgn cinta sejati… Insya-Allah
Maya, terima kasih atas komentar awak.
Saya suka baca kata-kata ni:
“perkahwinan dibina atas dasar hati dan tanggungjawab… kemudian ditambah dgn rasa kasih dan sayang”.
Tanggngjawab tu, pada saya adalah tanggungjawab untuk membahagiakan pasangan. Apa yang kita beri, kita akan dapat balik.
Saya suka dengan petikan kamu ni. Sy mohon izin share petikan ni d nota facebook sy ya. TQ.
saya juga suka! Susah mo cari lelaki jujur sekarang ni.
Lelaki sekarang biasanya:
1. pemanas.
2. ego.
3. susah terima pandangan orang perempuan.
4. cepat berubah, cepat boring, cepat berubah citarasa.
5. sukar untuk memaafkan dan menerima maaf.
ni dari pengalaman saya, sebab saya jumpa ramai orang tiap hari bekerja.