Motivasi Dalam Bicara Luthfikir

Saya berjanji mahu berkongsi dengan Anda satu blog yang cukup menarik perhatian saya.

Ayatnya puitis dan bila baca banyak kali, membangkitkan keindahan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Saya benar-benar terpukau.

Apa yang saya kagumi, blognya adalah hasil kekreatifan seni Afiqme, salah seorang blogger yang telah saya review beberapa hari lalu. Oh ya, Afiqme ada menganjurkan pertandingan “Best Review” yang menawarkan hadiah wang RM100.

Designnya pada blog Luthfikir nampak professional .. klik untuk besarkan imej di bawah..

Lawati blog Luthfikir dan Anda akan menyelami pemikiran seorang anak muda yang giat berkarya, dengan niat mahu mengongsikan ilmu yang dipelajari olehnya.

Sebenarnya saya jarang mereview mana-mana blog, tapi bila saya bertemu dengan sesuatu yang menarik perhatian saya dan agak unik, saya tak sabar-sabar nak berkongsi dengan Anda.

Lama saya menjelajah blog Luthfikir ni, nak mempelajari sesuatu yang baru serta menggali motivasi tersirat di dalamnya.

Keunikan blog Luthfikir benar-benar terletak pada gaya penulisan beliau.

Ada beberapa artikel yang saya baca lebih dari sekali, antaranya “Pengaruh Emosi Dalam Kehidupan Seharian” dan “Bersangka Baik Atau Buruk”. Naik semangat saya selepas membaca kedua-dua artikel tu..

Lawati blog Luthfikir hari ini juga.

Moga artikel yang ditulis olehnya membangkitkan semangat Anda!


Share This Post

One Response to “Motivasi Dalam Bicara Luthfikir”

  1. luth Says:

    Asalamualaikum,

    Terima kasih kepada saudara shueqry kerana sudi berkongsi dan menguar-uarkan kehadiran blog saya. Saya amat berbesar hati.

    Oh ya, sebenarnya, sebelum saya bergiat dalam menulis blog ini, blog saudara ini adalah blog yang kerap saya lawati.

    Blog saudara banyak memberikan pengaruh kepada saya.

Komen? Pendapat?