Motivasi Dalam Kejayaan Domino’s Pizza
Siapa yang tak minat makan pizza, ye tak?
Kali ni saya mahu kongsikan motivasi yang terkandung di dalam kisah kejayaan Domino’s Pizza.
Tahukah Anda, ketika pertama kali memulakan bisnes, Tom Monohan (pemilik Domino’s Pizza) hanya mengambil bekalan dari restoran-restoran pembuat pizza biasa lalu menjualnya semula. Kira macam dia ni amik bekalan pizza dari restoran kecil lalu menghantarnya ke tempat pelanggan beliau.
Tapi, Tom Monohan mencuba kelainan. Dalam menjalankan perniagaan pizanya, Domino Pizza mencipta satu polisi baru iaitu penghantaran pizza yang lebih cepat, lebih cepat berbanding restoran pizza yang lain di sekelilingnya.
Walaupun pizza yang dihantar adalah pizza biasa, tapi ramai pelanggan sukakan kedainya hanya kerana sistem penghantaran yang cepat. Itu saja! Bila ditanya pada Tom apa rahsia kejayaannya, dia hanya menjawap :
“I just add value to that ordinary pizza by delivering it 5 times faster than usual.”
Nyatalah resepi kejayaan Domino’s Pizza adalah menukarkan satu perkara yang biasa menjadi luar biasa! kerja menghantar pizza adalah satu perkara biasa, tapi Domino’s Pizza berjaya hanya dengan melakukannya lebih cepat dari biasa.
Motivasi kali ni, dalam apa saja yang Anda lakukan, beranikan diri mencuba kelainan.
Dari kelainan itu, Anda mula dikenali dan kesannya, Anda lebih menonjol dari orang lain di sekeliling Anda.
Teringat kata Billi Lim : “Dare To Be Different!”.
April 26th, 2008 at 10:42 am
Yeah! We must stand out from the crowd!