Motivasi Dalam Mengejar Kejayaan
Saya yakin setiap dari kita ada matlamat kejayaan yang tersendiri. Bahkan, kita suda set minda kita supaya memfokus kepada kejayaan.
Namun, kejayaan yang cemana yang kita mahu?
Tanya diri Anda dulu, apa makna kejayaan bagi diri Anda. Adakah kejayaan kerana berjaya mengalahkan pesaing Anda? atau ..
Kejayaan kerana membuatkan ibu bapa Anda bangga dengan pencapaian Anda? Apa yang Anda mahu capai sebenarnya yang menjadi takrif kejayaan?
Minda separa sedar kita mengikut apa yang minda sedar kita fikirkan. Jadi, andai Anda tidak tahu apa sebenarnya makna kejayaan bagi diri Anda, lama-kelamaan matlamat Anda akan menjadi kabur, malah menjadi semakin jauh.
Kesannya, motivasi mengejar kejayaan semakin menurun, lama kelamaan semakin menghilang. Salah satu sebab untuk membuat Anda sentiasa bersemangat adlaah dengan mengetahui sebenar-benarnya kejayaan cemana yang Anda nak capai.
Saya mahu menjadi seorang blogger yang berjaya. Walaupun sekarang saya bekerja dan menulis blog motivasi ini separuh masa, namun impian mahu menjadi seorang blogger berjaya membara setiap masa.
Itulah makna kejayaan bagi diri saya. Andai Anda seorang student, pekerja mahupun usahawan, apa makna kejayaan bagi diri Anda dan bagaimana Anda menjaga tajap motivasi dalam mengejar kejayaan?
Tulis dalam 3 jawapan. Lebih banyak, lebih bagus. Lihat jawapan-jawapan itu setiap hari.
Kesannya, Anda lebih bersemangat selepas itu!