PostHeaderIcon Cemana kita pandang orang lain camtu le orang pandang kita

Cemana kita pandang orang lain, camtu le orang lain pandang kita.

Jika hubungan kita ngan orang lain amat bagus, itu maknanya kita bagus ngan diorang. Dalam hati kita tidak ada benci, dendam atau marah ditahan-tahan.

Bila mereka tak ngumpat-ngumpat nama kita dibelakang kita, itu petanda bahawa kita amat menghormati mereka, selalu memaafkan mereka. Orang yang rajin memaafkan kesalahan orang lain dia akan menerbitkan aura berjangkit yang membuat orang-orang sekeliling senang hati dengan kehadirannya.

Bila ada orang kurang senang dengan sikap Anda, perangai Anda dan stail Anda, itu maknanya Anda juga selalu kurang senang dengan mereka mungkin juga pernah tetiba kurang senang dengan orang-orang tertentu yang ada di sekeliling Anda. Anda cepat geram dengan perangai orang tu kemudian Anda simpan dalam hati lalu Anda ingat berkali-kali.

Untuk membuat hubungan Anda dengan orang lain amat baik dan mereka juga baik pada Anda, Anda sendiri kena jadi baik. Baik bukan baik yang dilakonkan tapi baik yang terpancar dari hari yang bersih.

5 Responses to “Cemana kita pandang orang lain camtu le orang pandang kita”

  • areniq says:

    Insyaallah nasihat ini akan membawa peringatan kepada saya..jadi bersangka baiklah..

  • akmal says:

    Tapi bagaimana kalu orang tu sendiri yang x bersangka baik dengan kita? pabila kita bercakap selalu dipangkah2 sedangkan kita sangat mengormatinya dan tidak berprasangka buruk terhadapnya

  • abgbent says:

    Salamelekom,wbt duhai adikku akmal yang saya kasihi kerana DIA. Izinkanlah luahan hati ini berbicara, moga-moga diberkati dan tiada lagi prasangka hendaknya.

    Untuk menepisnya, berserah sahajalah kepada NYA. Bila mana telah dilakukan sesuatu perbuatan yang difikirkan bersesuaian dengan syariat NYA, teruskanlah sahaja.

    Andai ada yang berkata-kata selepas itu, renungkanlah kata-kata yang diberi, lihatlah, dengarlah dan selepas ditafsirkan di dalam mata hati, terus sahaja melakukan hasil daripada penaakulan itu. Tiada yang dapat menilai sesuatu kebaikan selain dari diri kita sendiri dan pastilah jua DIA yang mengetahuinya.

    Sirah Rasulullah juga telah menunjukinya. Tidak mudah baginda memberitahu tentang ketauhidan kepada NYA. Hatta sampai dilempar dengan batu semasa berada di satu negeri bernama Thaif.

    Apakah Rasulullah tidak membalas? Ya, memang baginda tidak membalasnya walaupun malaikat berupaya menolongnya pada ketika itu. Hanya sahabatnya sahaja yang berhak membantunya bernama Zaid bin Haritsah. Dialah yang memapah baginda Rasulullah agar dapat berteduh di bawah pohon. Rasullullah tidak memaparkan kesedihannya kepada alam semesta, apatah lagi sekadar berkhayal-khayal atau membayang-bayangkan kejadian ketika itu. Memang tidak!. Baginda hanya mengadu kepada Allah SWT, dengan berdoa;

    “Ya Allah, kepada MU aku adukan kelemahanku, kurangnya kesanggupan, berhadapan dengan manusia. ENGKAUlah maha Pengasih lagi maha Penyayang, ENGKAUlah pelindung bagi silemah dan ENGKAU jualah pelindungku! Kepada siapakah hendak ENGKAU serahkan? Kepada orang jauh yang berwajah suram kepadaku atau kepada musuh yang akan menguasai diriku? Jika sekiranya ENGKAU tidak murka terhadapku semuanya itu aku acuhkan, kerana sungguh besar nikmat MU telah KAU kurniakan kepadaku! aku berlindung kepada sinar wajah MU yang menerangi kegelapan dan mendatangkan kebajikan di dunia dan akhirat – dari murka MU yang hendak ENGKAU timpakan kepadaku… Hanya ENGKAUlah yang berhak mempersalahkan diriku, dan ENGKAU pulalah yang berhak meredhaiku, sungguh tidak ada daya dan kekuatan apapun selain atas kekuatan yang ENGKAU anugerahkan kepadaku”
    - Doa ini saya petik kembali dari buku yang saya pernah baca suatu ketika dahulu, tahun 1994 bertajuk “Nabi-Nabi dalam Al-Quran”.

  • ayou says:

    ye.. setuju!

  • Lis says:

    Kalo saya, semua tu bergantung pada NIAT. Kalo kita niat mau berbagus ngan orang, orang tu pun akan berbagus ngan kita.

Leave a Reply

Sponsor
Artikel percuma ke email

Masukkan alamat eMail Anda untuk mendaftar bagi menerima penghantaran artikel motivasi percuma tiap kali ada artikel baru dikeluarkan

Khidmat pantas oleh FeedBurner

Subscribe RSS? Klik di sini

Statistik email + RSS Feed

Pembaca terkini
Himpunan artikel