PostHeaderIcon Terima diri sendiri

Jika Anda kurus melidi, terimalah diri Anda.

Terima hakikat yang badan Anda kurus. Jika Anda gemuk berisi macam tong dram, terimalah diri Anda seadanya. Ramai di antara kita kurang selesa dengan keadaan diri kita kerana:

  1. kita tak menerima keadaan diri kita yang sekarang.
  2. kita nak menjadi seperti orang lain.

Jika badan kita gemuk, kita kurang selesa sebab orang selalu ketawakan kita, kesannya kita teringin sangat nak jadi ’slim’. Jika badan kita kurus kering (slim gile!) kita nak jadi macam orang lain yang badannya berisi supaya sekurang-kurangnya tak le orang ketawakan sebab badan kita kurus.

Dari pemerhatian saya, selagi kita ikut cakapan orang, selagi itu hidup kita tak akan teratur. Lebih baik tentukan hidup ikut selera sendiri, pendiran sendiri, matlamat sendiri. Pilih untuk membentuk hidup Anda mengikut kemahuan Anda, bukan kemahuan orang-orang disekeliling Anda.

Itulah pentingnya matlamat supaya anda ada tahu orang cemana Anda nak jadi, supaya Anda tahu apa yang Anda nak capai, supaya Anda ada kawalan penuh terhadap hidup Anda keseluruhannya. Terima diri sendiri kemudian set matlamat untuk perbaikinya supaya Anda merasa selesa, lantas membuat Anda bersemangat sentiasa mencapai impian Anda.

3 Responses to “Terima diri sendiri”

  • Faizal says:

    Assalamu’alaikum Shueqry…

    Izinkan saya meluahkan idea di ruangan komentar ni.Rasanya cam dah lama tak menulis kat sini.

    Pada pendapat saya setiap org atau insan pasti ada keistimewaannya masing2.Begitu juga dengan kita.Allah jadikan setiap dari kita ni berbeza2.Tiadapun yang sama.Jadi tak perlulah kita nak menjadi atau cuba menjadi spt org lain hanya kerana kurang keyakinan dengan kelemahan diri sendiri.

    Perlu diyakini walaupun kita kekurangan sesuatu perkara dlm diri kita berbanding org lain, tetapi sebenarnya ada perkara lain yang baik ataupun special yang tak ada pada org lain tetapi ada pada diri kita.Mesti ada.Allah pun dah sebut dalam Al-Quran bahawa semua yg diciptakanNya bukanlah sia-sia.

    Jadi terimalah diri kita dengan seadanya.Be ourself..

  • Menjadi diri sendiri akan menjadi kelebihan bagi kita sendiri yang orang lain tidak miliki.Itu adalah anugerah yang tuhan berikan untuk kita semua.

  • Comesgt says:

    salam,

    macamana klu kite bole terima diri kite tp org yg xdpt terima diri kite???

Leave a Reply

Sponsor
Artikel percuma ke email

Masukkan alamat eMail Anda untuk mendaftar bagi menerima penghantaran artikel motivasi percuma tiap kali ada artikel baru dikeluarkan

Khidmat pantas oleh FeedBurner

Subscribe RSS? Klik di sini

Statistik email + RSS Feed

Pembaca terkini
Himpunan artikel