Motivasi Kejayaan Dan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda hari ini?

Alhamdulilah, bertemu lagi kita. Walaupun saya cukup sibuk dengan blog-blog lain dan tugasan freelance, saya berjaya menulis sekurang-kurangnya satu artikel motivasi di blog ini bagi perkongsian kita semua. Malam tadi saya tak tidur langsung, ada beberapa tugasan yang perlu saya siapkan segera.

Kali ini saya berkata tentang kejayaan dan Ramadhan. Apa pula kaitannya? Sebenarnya, dalam bulan Ramadhan, banyak motivasi tersirat yang boleh dinampak oleh kita yang meneliti dan yang melihat dengan mata hati.

Tatkala saya mahu menulis tajuk ini, saya terfikir untuk pergi ke blog saudara Osman Affan.

Satu keajaiban berlaku, di mana beliau telah menulis tajuk yang sama ! Ini betul-betul satu kebetulan bagi saya. Apa yang saya ingin sampaikan telah ditulis oleh beliau.

Saya ambil artikel saudara Osman Affan untuk perkongsian kita bersama, saya dan pembaca blog ini mengucapkan terima kasih yang tak terhingga pada saudara Osman Affan atas artikel tulisan beliau .. :

Di dalam bulan Ramadhan, rasa lapar dan dahaga adalah perkara biasa. Namun ada ketikanya anda rasa terlalu lapar atau dahaga hingga anda rasa seperti tidak mahu meneruskan puasa anda. Ketika itu, fikiran anda akan berperang dengan persoalan, nak berbuka atau tidak?

Jika anda terus berbuka, anda akan nikmati keseronokan makan dan minum serta-merta tetapi anda akan hilang pahala dan amalan puasa. Jika anda mahu teruskan puasa, anda terpaksa menahan diri dari menikmati keseronokan segera dan merasa sedikit terseksa hingga tiba waktu berbuka. Apa yang akan anda lakukan?

Sebenarnya, jika anda mengalami situasi di atas di bulan Ramadhan, itu tandanya anda mempunyai peluang untuk mendidik dan memupuk kebolehan menangguhkan keseronokan yang kita bincangkan ini. Jika anda lihat orang-orang yang berjaya puasa sepanjang bulan Ramadhan sebenarnya merasa dugaan lapar dan dahaga yang amat sangat.

Namun, mereka sabar dan latih diri mereka agar dapat menikmati keseronokan yang lebih bermakna iaitu berbuka pada waktunya. Apabila mereka berbuka pada waktunya, mereka rasa seronok kerana berjaya melepasi dugaan. Dugaan itu juga membuktikan bahawa mereka mampu melepasi apa jua rintangan. Jika lapar dan dahaga dapat diatasi, cabaran-cabaran lain seperti untuk mencapai kejayaan hidup sudah pasti jga boleh diatasi.

Allah S.W.T telah menjanjikan kegembiraan yang pasti buat orang-orang yang berpuasa iaitu kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa bertemu dengan Allah nanti. Sama seperti semasa kita menempuh cabaran dalam hidup, kita akan pasti kecapi kegembiraan dan kebahagiaan disebabkan kita sabar dan sanggup menangguhkan keseronokan kita.

Jadi, jika anda seorang pelajar, tangguhkan keseronokan untuk banyak bermain, melepak dengan kawan, ponteng sekolah atau buat sesuatu yang dilarang. Anda perlu sedar bahawa keseronokan segera jarang membawa kepada keseronokan yang berpanjangan.

Latih diri anda untuk berpuasa dalam erti kata yang betul. Kuatkan semangat dan ketahanan diri anda dalam menghadapi cabaran puasa nescaya anda akan jadi kuat juga dalam menempuhi cabaran hidup. Hasilnya, kejayaan pasti menjadi milik anda. Selamat berjaya!

Itulah dia, kaitan di antara kejayaan dan bulan Ramadhan. Bagi saya, kesabaran kita dalam usaha menuju destinasi kejayaan merupakan sesuatu yang amat manis dan kegembiraan yang sukar untuk dilupakan.

MySitePartner
Dilema Pelajar Melayu
- mengapa kurang daya saing?

Memang banyak ranjau dan duri, dugaan, cabaran dan permasalahan sehinggakan rasa nak give up. Dalam masa yang sama, kita berperang dengan emosi dalaman yang negatif, kenangan pahit dan bisikan-bisikan halus selain kata-kata orang sekeliling kita yang mahu kita untuk terus berhenti dari berusaha lagi.

Terpulang pada Anda, sama ada mahu terus atau berhenti saja. Namun, berhenti bukan sikap orang-orang yang cemerlang, mereka sedaya upaya mencari bantuan untuk membuat usaha mereka boleh disambung semula.

Bukan saja saya, namun perkara ini berlaku hampir kepada semua orang-orang yang berjaya. Tips kali ini, ambil pengajaran dari kejatuhan kami dan jadikan ia sebagai pembakar semangat Anda dan inspirasi Anda untuk terus berusaha mencapai apa saja yang Anda mahukan, walaupun ia sekadar mahu menambat hati seorang gadis !.

Doa saya, moga kejayaan menjadi milik Anda satu hari nanti..

- shueqry -
all for one, one for all.

Tips Berkaitan

Recomended
Diari Adsense
rahsia bagaimana dia menjana $2,000 dari Adsense sahaja !

Share This Post

Komen? Pendapat?