Motivasi ada di mana-mana.
Buka mata dan lihatlah! Motivasi boleh Anda dapat cetusannya dari seorang tukang sapu, dari seorang pemandu bas even dari seorang pengutip sampah yang cukup rajin! Apa motivasi yang kita boleh gali dari diorang?
Setiap daripada mereka sanggup melupakan tidur yang enak semata-mata untuk bangun awal, keluar dari rumah mencari rezeki. Mereka sanggup melakukan kerja-kerja bertahap rendah kerana mereka sudah tidak ada pilihan dan mereka kena melakukan kerja tu dengan hebat sekali. Bila mereka sudah selalu melakukan kerja tu dengan hebat, mereka rasa seronok sebab mereka rasa ‘thrillnya’. Dari keseronokan melakukan kerja, diorang mula jatuh cinta ngan kerja tu walaupun ia kerja bertahap rendah.
Cetusan motivasi Anda akan menjadi semakin meninggi apabila Anda rajin meneliti keadaan di sekeliling lalu menafsirnya. Bila dah selalu buat, Anda akan perasan yang Anda tak pernah kekeringan sumber inspirasi sebab inspirasi Anda ada kat mana-mana!
Setiap perbuatan orang yang Anda lihat pasti akan membuat Anda jadi bersemangat. Seseorang yang mahu berjaya pasti akan menganggap setiap benda, situasi, perkara dan orang-orang yang ada disekelilingnya sebagai penyuntik motivasi walaupun dia berdepan dengan masalah besar yang menjadi penghalang sekeras besi.
sebelum ni saya org yg kurang bermotivasi. Blog ni sedikit sebanyak membuat saya bermotivasi semula. Tq..
saya kagum betul dengan ShueQry…boleh bagi komen untuk website saya yang menceritakan tentang perniagaan
Website awak best! Ada 2 teguran dari saya:
1. Auto playlist tu agak ‘mengganggu’ proses loading.
2. Banyakkan maklumat atau link ke artike-artikel bermanfaat.
Design website awak agak unik. Seterusnya, tambahkan lebih banyak maklumat dalam bentuk teks atau video berkaitan keusahawanan internet.
Ya..motivasi memang ada di mana-mana..cuba hayati perkara-perkara yang kita lalui setiap hari.
ya motivasi ada dimana-mana tapi,
susah nak cari imotivasi mcm ni..hanya di ‘IMOTIVASI JE..