PostHeaderIcon Motivasi kerja – nak berjaya dalam kerjaya kena ada kecerdasan emosi

Pakar motivasi kata, untuk kita berjaya dalam kerjaya atau perniagaan kita sekarang ni, kita perlu memiliki kecerdasan emosi. Namun, pada peringkat permulaan Anda tak perlu pening kepala belajar untuk memahami pekebendanya dia kecerdasan emosi ni.

Kecerdasan emosi adalah kebolehan untuk memahami perasaan orang lain.

Bila Anda pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan, memahami orang lain, situasi yang dialami mereka juga memahami keperluan-keperluan mereka, itu tandanya Anda sudah ada kecerdasan emosi. Bezanya, tahap kecerdasan emosi berbeza-beza antara Anda dengan saya, antara Anda dengan orang lain.

Untuk bersemangat ketika dalam perjalanan pergi ke tempat kerja, amalkan sikap menyedekahkan pahala bacaan surah Al-Fatihah kepada rakan-rakan Anda di tempat kerja.

Kenapa? Sebabnya mudah.

Kita akan gembira apabila kita memberi sesuatu, kita akan berubah jadi bersemangat apabila kita menghadiahkan sesuatu. Dari apa yang saya lihat, ramai orang jadi cukup bersemangat di waktu pagi kerana mereka telah memberi sesuatu atau menyumbang sesuatu.

Jika Anda kurang sanggup memberikan sesuatu dalam bentuk duit tunai, gunakan cara tadi sebagai pengganti.

5 Responses to “Motivasi kerja – nak berjaya dalam kerjaya kena ada kecerdasan emosi”

  • d_ana says:

    Betul jugak tu…xkan la nak tunggu orang mati dulu baru nak sedekah al-fatihah…nampaknya lepas ni kene amalkan tips ni..amin..

  • Dhana4 says:

    SAYA sokong sangat2 tips ni.. ramai yang tak tahu atau lupa yang sebenarnya memberi sesuatu tu boleh dilakukan tanpa perlu disedari oleh orang lain. kekadang pemberian tu lebih baik jika hanya kita dan Tuhan saja yang tahu. contohnya doa yang dikirimkan dari kejauhan… :)

  • Dhana4 says:

    SAYA sokong sangat2 tips ni..
    Ramai yang tak tahu atau terlupa yang sebenarnya memberi sesuatu tu boleh dilakukan tanpa perlu disedari oleh orang lain.
    Kekadang pemberian tu lebih baik jika hanya kita dan Tuhan saja yang tahu. Contohnya doa yang dikirimkan dari kejauhan… :)

  • suGarplum says:

    boss saye slalu ckp word yg buat sy down…sedey di buatnye..kdg2 rs xde mood nk keje..nk jd surirumah je..mcm hopeless je..

  • ramleepa says:

    Tips ni berkesan syukur Alhamdulillah kerana Allah SWT memberi ilham
    kat Shuq untuk dijadikan hidangan dlm imotivasi. Saya dah amalkan seminggu, memang berkesan. Semoga cosistent.

Leave a Reply

Sponsor
Artikel percuma ke email

Masukkan alamat eMail Anda untuk mendaftar bagi menerima penghantaran artikel motivasi percuma tiap kali ada artikel baru dikeluarkan

Khidmat pantas oleh FeedBurner

Subscribe RSS? Klik di sini

Statistik email + RSS Feed

Pembaca terkini
Himpunan artikel