Motivasi Penggerak Diri - Part 2

Post 36(b) - Cabaran 40 Hari

Bersambung lagi dari tulisan saya yang lepas.

Kali ini saya akan mendedahkan siapa dua orang motivator saya.

Dia bukan orang lain, bahkan dia adalah bapa dan mak saya.

Nama bapa saya Abdullah Hamzah dan kini dia bekerja sebagai Guru di Sekolah Kebangsaan Tanjung Kapur, Semporna, Sabah. Nama mak saya, Masni Haji Mu’min, dia sekarang seorang ustazah.

Adik perempuan saya juga seorang ustazah dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Bubul, Semporna. 4 orang adik-adik saya minat pada perguruan dari kecil lagi.

Saya?

Owh.. saya cerita kat bawah ni.

Bila bangun pagi dan bila saja mata saya terbuka, bapa dan mak saya merupakan wajah-wajah pertama yang muncul di minda saya. Mereka berdua inilah motivator saya selama ini.

Selama 26 tahun saya bernafas, saya melihat bapa saya gigih bekerja semata-mata nak menyara kami adik beradik. Mak saya pula tak pernah mengeluh walaupun sedikit dengan hidup sederhana sedangkan macik dan pacik saya dah mempunyai harta dari usaha mereka.

Dengan gaji seorang guru, hidup kami sekeluarga sederhana. Ketika saya lahir pada Sabtu, 4 Oktober 1980 bapa saya masih di Sekolah Agama Toh Puan Hajah Rahmah dan mak saya pula muda 2 tahun dari bapa saya, waktu tu dia seorang ustazah dan masih lagi sampai sekarang.

Dulu datuk dan nenek saya kahwinkan mereka pada usia muda, pada usia saya amik SPM. Muda lagi. Bapa dan mak saya sebenarnya sepupu sekali, tapi mereka tak pernah berjumpa dari kecil bahkan tak pernah bercinta sebelum mereka kahwin.

Selepas tamat study kat UiTM dulu, saya tak pernah menganggur, bahkan saya tak kisah apa kerja yang saya buat, janji halal dan oleh menyara hidup di bandar Kota Kinabalu yang serba kompetitif ni. Kalau saya ingat balik, tak pernah lak saya terfikir nak apply kerja kerajaan atau kerja ofis pada masa tu, yang penting nak hidup dan ada duit sendiri.

Apa yang memotivasikan saya adalah kegigihan mereka berdua. Sebagai anak sulung akan saya kenang sampai bila-bila. Oleh kerana itu, saya tekad mahu merubah hidup kami sekeluarga.

I wanna do something different.

Saya tak nak jadi orang biasa, saya mahu menjadi orang yang cukup luar biasa hebatnya.

Saya percaya saya ada bakat, kekuatan tersendiri, berpotensi untuk pergi jauh dan saya katakan pada diri saya yang saya adalah seorang genius!

Heran dengan kata-kata saya?

Ini saya buat untuk memotivasikan diri saya.

Siapa lagi yang mampu memotivasikan diri Anda kalau bukan Anda sendiri yang melakukannya? Siapa lagi? Orang lain? Berkesan sesangat ke kalau orang lain yang memotivasikan Anda?

Peranan saya hanya bertindak memberi peransang semangat, menunjuk jalan dan sentiasa “berkata” untuk menaikkan motivasi anda, tapi ini semua takkan berkesan kalau Anda sendiri yang tak mahu berubah bahkan bingung sama ada nak berubah atau tidak.

Biar motivasi tu timbul dengan sendirinya setelah diransang dengan kata-kata saya ni.

Saya sedar dengan gaji seorang guru, bapa dan mak saya takkan mampu membawa kami pergi bercuti mahupun bersantai kat tepi pantai. Tak pernah langsung. Percutian paling selesa pernah kami sekeluarga hadiri hanya setakat berjalan-jalan di bandaraya Kota kinabalu ni.

Tiap kali saya rasa malas, bila fikir pasal mereka berdua, semangat juang saya terus muncul tiba-tiba. Bila saya nampak wajah-wajah motivator Malaysia dan kawan-kawan online saya, bertambah-tambah lagi semangat saya untuk bekerja dan menulis di sini.

Semua yang saya lakukan bukan didorong oleh duit, tapi minat yang amat mendalam.

Menulis dan bisnes internet adalah satu-satunya bidang yang saya buat lebih baik dari adik-beradik saya dan lebih baik dari orang lain dalam keluarga besar saya. Saya tak pandai buat benda lain, memang saya cepat belajar tapi saya tak minat.

Bahkan saya belajar renang sendiri berpandukan artikel internet dan pergerakan swimmer yang saya teliti di kolam renang. Sama juga dengan penulisan dan bisnes internet.

Oleh sebab itu, saya buat semuanya seorang diri sehingga ke hari ini. Saya takde mentor yang boleh memberi konsultasi one-to-one, dengan rasa rendah diri saya belajar semuanya dengan penuh semangat dan dengan penuh rasa tak mahu ketinggalan.

Saya cuma “mengkopi” strategi, langkah-langkah dan teknik mereka kemudian saya sesuwaikan ikut citarasa saya lalu saya aplikasikan pada diri sendiri.

Dengan dipacu oleh imaginasi dan kreavititi, saya buat saja berlandaskan ilmu logik yang ada dan yang saya pelajari dari “otai-otai”

Gagal atau tidak itu belakang kira. Saya sematkan dalam minda bila saya buat sesuatu dan ia gagal, maknanya strategi saya salah.

Saya tak gagal, cuma temui cara yang salah.

Oleh itu, saya terus berusaha lagi, lagi dan lagi.

Memang rasa nak give up. Personally saya dah naik fed up tak nak cuba lagi.

Tapi, bila ingat balik wajah-wajah motivator saya, the spirit come back. Saya pergi berjalan-jalan dan dengar bunyi ombak untuk tenangkan diri di Waterfront kk.

Setiap pagi, saya baca artikel motivasi. Bila tengahari, saya baca lagi dan bila petang, saya baca lagi.

Saya buat begini, untuk memberi semangat pada diri saya. Anda juga buat yang sama.

Ia adalah “makanan” minda kita, supaya ia lebih kuat dan lebih bertenaga.

Praktikkan apa yang Anda baca.

Saya dan Anda sentiasa memerlukan motivasi.

Kadangkala bila dah bersemangat, akan ada satu tahap di mana semangat kita meluntur dan semakin kurang lalu menghilang.

Di saat itu, fikiran negatif mula bersarang dengam membisikkan kata-kata “Takde guna aku buat ni semua, macam takde hasil langsung, buat penat aku aje”..

Fikiran sebegini menghadkan potensi diri Anda.

Saya dan Anda, sedar atau tidak mempunyai peluang yang sama cerah untuk menjadi cemerlang. Apa yang membezakan kita cuma tanggapan dan respon fikiran kita pada kegagalan.

Ada sesetengah orang, bila gagal dia berhenti dari merubah strategi dan hanya duduk memerhati. Impan dan cita-citanya selama ini hanya sebagai mimpi.

Dia dah penat untuk berusaha bahkan set semula mindanya untuk tidak lagi berusaha. Lagi teruk, dia “meracun” orang lain agar tidak berusaha sama sepertinya.

Dia tidak sedar adanya seribu satu cara untuk mencapai matlamatnya.

Jika Anda berada dalam situasi begini, fokus fikiran pada apa yang Anda inginkan, bayangkan dengan jelas seolah-olah ia dah berlaku sekarang.

Yang bagusnya, gagal hanya sementara saja.

Anda memiliki minda yang amat hebat, jadi gilap kuasanya dengan memfokus fikiran pada apa yang sebenarnya Anda inginkan.

Saya ibaratkan minda sebagai pemandu teksi.

Anda masuk ke dalam teksi dan beritahu pemandu teksi ke mana mahu di tuju dan ke mana mahu berjalan.

Kalau kita beritahu dia sekejap mahu ke sana dan sekejap mahu ke sini, dia akan jadi keliru dan tak tahu mana satu yang mahu di tuju. Begitulah juga dengan minda kita.

Tetapkan satu matlamat pada satu masa, jangan asyik ubah-ubah.

Bila matlamat dah tetap, senang untuk minda “menangkap” matlamat Anda dan mula merealisasikannya.

Fokus satu pekara dulu, jangan main lompat-lompat. Bila dah siap baru ubah fokus pada matlamat lain.

Mulalah set matlamat hari ini juga.

Anda seorang yang amat hebat, kerana Anda memiliki minda yang hebat.

Cuma minda Anda dah tertidur lama. Bangunkan ia dan biar lepaskan kuasanya untuk merubah hidup Anda.

Cemana nak bangunkan?

Fokus pada matlamat dan tanya diri apa matlamat Anda sebenarnya.

Sertai Komuniti Motivasi-Minda Hari Ini. Klik Di Sini.

Baca Motivasi Lain Yang Berkaitan:

Motivasi Penggerak Diri
Menjadi Orang Cemerlang
Jika Gagal, Bangkit !
Ada Apa Dengan GAGAL
10 Rules To Live By
Gapai Kejayaan Dalam 5 Langkah
Bersedia Untuk Berdepan Dengan Yang Terburuk
Kuasa Terpendam Dalam Diri Anda.
Fikiran Positif Dan Fikiran Negatif

Baca Tulisan Motivator Lain:

IrfanKhairi
DikMal
Impax!
Linn
Tuah Iskandar
Bent
Zubli Zainordin

Share This Post

Komen? Pendapat?