Motivasi Seperti Mandi
Saya teringat kata-kata pakar motivasi terkenal, Zig Ziglar. Katanya, “Motivation is like bathing. That’s why we recommend it every day’. Dalam bahasa Melayu, motivasi adalah serupa dengan mandi, kita patutnya melakukan setiap hari.
Semua kita menjadikan mandi diwaktu pagi satu kemestian. Selain menjaga kebersihan diri, ia juga bertujuan untuk menyegarkan badan. Ada sesetengah dari kita yang mandi lebih dari 3 kali sehari, pagi, tengahari, petang, malam dan sebelum tidur!
Persoalannya, berapa kali pula kita memandikan sanubari kita dengan siraman motivasi? Dalam suasana kehidupan moden, kita bagaikan terlupa ‘internal breakfast’ atau penyegar jiwa kita iaitu motivasi dan inspirasi.
Kesan daripada kurangnya motivasi setiap pagi, tengahari, petang dan sebelum tidur, kita jadi stress, tertekan, sakit kepala, asyik gusar, susah hati, risau, takut dan tak keruan. Simptom ni semua adalah kesan dari aspek dalaman kita yang kurang di sirami oleh motivasi, dalam perbincangan kali ini, kurang dimandikan dengan motivasi.
Ini tips motivasi untuk Anda. Cari seseorang yang Anda boleh jadikan sebagai sumber inspirasi.
Cari sesiapa saja yang Anda kagumi dalam apa jua bidang kerjayanya, mungkin Irfan Khairi, Dr Fadzilah Kamsah, Muhtar Suhaili, Dr Tuah Iskandar, Datuk Azhar Mansur atau Malik Maidin, cari kisah kejayaan mereka, ingat selalu dan jadikan sebagai pembakar semangat Anda !.
Bagi saya, secara peribadi, saya menjadikan kisah Najmi sebagai sumber inspirasi setiap hari. Saya telah menulis kisah dirinya di artikel lalu, klik di sini. Moga kisah benarnya turut menyemarakkan semangat Anda.
Tanya diri Anda dengan soalan “siapa yang aku kagumi? Siapa yang memberi inspirasi padaku?”. Sebab, secara psikologinya, kisah kejayaan orang lain lebih memberi motivasi pada diri kita.
Ini akan meransang ‘booster’ motivasi dalam diri Anda lalu mencetuskan perubahan. Yang malas boleh jadi rajin dan yang dah rajin menjadi semakin rajin. Mandikan diri Anda dengan motivasi setiap hari, kalau boleh lebih dari 3 kali sehari !
Kisah-kisah kejayaan orang lain yang menjadi inspirasi Anda ni akan di simpan di minda separa sedar, lalu bila Anda selalu berimaginasi menggapai kejayaan seperti mereka, ia akan ditarik datang pada Anda!
- shueqry -
all for one, one for all
Tips Motivasi Berkaitan
- Cara Najmi Bangkit Dari Kegagalan
- Inspirasi - Lance Armstrong
- Muhtar Suhaili Yang Cemerlang
- Tukar Masalah Kepada Cabaran
Recomended !
MagnetRezeki.com
bagaimana menarik rezeki dengan kuasa minda
October 9th, 2007 at 8:24 am
Mandi? Metafora yang baik.
February 17th, 2008 at 11:58 am
salam,
saya baru jer membaca blog ni, mmg memberi motivasi kpd sy
tq