Motivasi Yang Saya Lihat Tiap Hari

Khas untuk post motivasi kali ini, saya dengan penuh excitednya mahu berkongsi dengan Anda muka depan skrin desktop komputer saya yang telah mengalami perubahan terbaru. Dalam beberapa hari saya amat berminat mahu melihatkannya pada Anda gambar kat bawah ni.. klik untuk besarkan..

Saya suka sesuatu yang ringkas, simple dan yang relaks. Bak kata omputeh, “less is more”.

Bila buka saja komputer, motivasi dalam diri saya meledak tiba-tiba tatkala mata saya menatap wajah-wajah idola saya terutama dalam industri motivasi Malaysia. Mereka adalah nama-nama yang cukup dikenali ramai, bermula dari Dr Fadzilah Kamsah, Dr Tuah Iskandar, Dr Shukri Abdullah, Dr Fazley Yaakob, Dr Irfan Khairi, Dr Sheikh Muszaphar dan Azizi Ali.

Gambar di desktop ni saya reka mengikut citarasa sendiri supaya api motivasi saya sentiasa “menyala” tiap kali mula bekerja. Jika cara ini berkesan buat saya, Anda boleh melakukan perkara yang sama.

Kita jadi teruja dan bersemangat apabila melihat orang yang menjadi idola kita dan yang kita kagumi pencapaiannya.

Dalam membina motivasi, ransangan visual lebih cepat untuk menaikkan semangat kerana minda separa sedar lebih mudah menangkap apa yang Anda lihat berbanding dengan apa yang Anda dengar. Dalam masa yang sama, minda separa merakam emosi gembira Anda setiap kali melihat gambar idola-idola Anda.

Tips motivasi kali ini, saya menyarankan Anda supaya cari siapa idola Anda, siapa yang Anda kagumi dan yang Anda hormati. Kemudian, cari gambar mereka lalu lekatkan di mana-mana saja mata Anda mudah melihat gambar tu, sama ada di skrin komputer, di dalam bilik belajar, atas meja membaca atapun di selit saja dalam buku.

Kesannya, motivasi diri Anda meningkat setiap kali melihatnya, secara sengaja atau tidak.

Nak rasai sendiri kesannya? Buat hari ini juga!

- Shueqry -
blogger motivasi Malaysia

Share This Post

3 Responses to “Motivasi Yang Saya Lihat Tiap Hari”

  1. Lis Says:

    Shueqry, ko ada gambar terbaru ka? mau letak di pc sia! hehe .. your blog brightens up my day!

    - Lis -

  2. Raymond Says:

    Hai Shueqry,

    Aise, dah pakai Vista. :) Nampak canggih!

    Tapi … tapi tak nampak gambar aku pun. ;)

    Liz,

    Nak tak gambar aku sekali. :P

    Aku bagi diskaun 99%. :)

  3. Dik Mal Says:

    ha ah la Raymond! gambar saya pun tak ada.. ehehehe.. kalau gambar abg Shueqry ada kat sini, mesti banyak pc akan letak as wallpaper :)

Komen? Pendapat?