Nuffnang Di iMotivasi

Saya meletak iklan Nuffnang kerana saya katakan pada diri sendiri yang rakan-rakan di luar sana mahu melihat saya jadi seorang blogger motivasi berjaya dan di kenali ramai.

Saya anggap orang-orang yang mentertawakan impian saya, sebenarnya mahu melihat saya muncul di kaca tv dan mahu melihat saya ditemuramah tentang blog motivasi saya yang memberi artikel-artikel percuma. (reverse thinking!)

Saya ingatkan diri sendiri yang mereka mahu lihat muka saya menjadi ‘featured blogger’ di muka depan Nuffnang. Mereka ketawakan saya .. berkata impian itu umpama habuk semata.

Oleh kerana passion saya lebih kepada motivasi dan jadi lebih serasi dalam bidang ni, saya bulatkan tekad, work hard in smart way untuk menjadi blogger motivasi cemerlang dan memberi inspirasi pada ramai orang!

Dengan itu, kredibiliti meningkat dan saya boleh berkongsi lebih banyak ilmu lagi di blog motivasi ni. Ingat tak kata-kata masa brithday saya tahun lepas?

Saya berjanji pada diri sendiri yang saya berubah setiap hari, menjadi yang lebih baik dari kemarin!

Kali ni, saya hanya meletak produk-produk affiliate yang direview terlebih dahulu oleh saya.

Jika Anda ada apa-apa persoalan tentang produk-produk tersebut, boleh letak di ruang komen. Pembaca blog yang lain juga dapat membantu.

Jika mahukan privasi, email ke imotivasi@gmail.com atau SMS terus ke 016 834 0107. (oh, inbox henfon saya selalu jem, tiap hari banyak sms masuk)

Saya bersedia memberi support, meng’help’ mana-mana yang patut, mana tahu jika ada yang kurang faham, keliru, tak clear, bingung, tak taw yang mana satu nak buat atau jadi info overload.

Jujur dari hati, saya rajin nulis sebuah blog sebab mahu berkongsi lebih banyak ilmu, selain mewujudkan  persahabatan, ada komunikasi yang rapat dan ’strong bond’ di antara saya dan Anda. Saya tak dapat jumpa Anda depan-depan, hanya blog motivasi ni jadi perantara kita berdua.

Berfikir tentang pembaca-pembaca blog saya dan apa yang saya mahu capai, membuat saya naik semangat tiap hari, tiap pagi, tiap kali selesai sembahyang fardhu. Saya panjatkan doa buat pembaca-pembaca blog yang selalu menyokong usaha  saya dan yang selama ni setia membaca apa saja tulisan saya. Thank you..

Mulai saat ni, kita perlu berubah menjadi lebih kuat, lebih rajin, lebih cemerlang supaya kita berjaya mencapai apa yang menjadi matlamat kita.

Allah maha adil. Sesiapa yang kuat berusaha, dia layak memperoleh ganjaran sebuah kejayaan darinya.

Sebab itu kita perlu berubah, kuatkan semangat, kuatkan usaha, bulatkan tekad.

Choose To Be Strong. LiveStrong!

Share This Post

4 Komen Pembaca


  1. Salam Shueqry,

    Ye ka ada orang ketawakan Shueqry?Mungkin seorang yang ketawakan tetapi ada 10 orang yang mendoakan KEJAYAAN impian Shueqry.Jangan bimbang, satu yang Shueqry beri, 100 yang Allah beri semula kepada Shueqry.

    Saya doakan Shueqry berjaya.Insyaallah.

    Quote | Posted July 22, 2008, 8:52 am

  2. Ady,

    Terima kasih .. ya, benar ..selalu dah diorang ketawakan saya, sabar paling perlu.

    Bukanya orang lain, kawan-kawan sendiri. Sekali dua ndak apa, ni tiap hari.

    Quote | Posted July 22, 2008, 10:22 am

  3. Salam,

    Ya betul.. sabar paling perlu. Pakar motivasi bah…

    Quote | Posted July 22, 2008, 4:21 pm

  4. hehe .. ngammm!!

    Quote | Posted July 22, 2008, 4:40 pm

Kongsikan Komen Anda Selepas Membaca Artikel Ini