Orang Depan Orang Belakang

Orang depan , maksudnya adalah orang yang memulakan sesuatu. Dia mengambil inisiatif sendiri, punya idea dan keberanian membuat apa orang lain tak buat, tak terfikir nak buat atau melakukan perkara yang orang takut-takut nak buat.

Orang-orang yang ada sikap sebegitu biasanya adalah ketua atau usahawan. Pendek kata, mereka adalah leader (si pemimpin).

Orang belakang adalah orang yang lebih suka mengikut. Dia sentiasa ok. Bila ditanya mana satu pilihannya, jawapannya "mana-mana saja". Kata lain, mereka ni adalah follower (si pengikut).

Apa beza keduanya?

Paling ketara, leaders membuat sesuatu terjadi hasil garapan idea dan kreativiti mereka, manakala followers lebih suka melihat sesuatu terjadi, berkata tentangnya kemudian mengikut mana-mana yang dia suka.

Anda yang mana satu? Orang depan atau orang belakang? Pembayang: untuk nak jadi orang cemerlang dalam hidup, nak ada kebahagiaan hidup, kita MESTI berubah jadi orang depan !

Share This Post

10 Responses to “Orang Depan Orang Belakang”

  1. kita Says:

    aku lebih suka jadi orang depan

  2. amyrule hashim Says:

    assalamualaikum..hai..klau saya prhatikn..apa yg saudara tulis smuanya memukau..bukan sja dri segi isinya..bhkan dri segi penulisan saudara..err.. bleh tak bgi tips penulisan yg power?hehe.. nywy teruskn usaha saudara..INSYAALLAH..hanya tuhan yg mmpu mmblasnya..saya doakn kebaikn buat saudara dan blogger2 pembangunn diri yg lainnya..smoga brjaya..

  3. donnyien Says:

    THANKS 4 THE TIPS.

    IF U ACTION INSPIRE OTHERS TO DO MORE,LEARN MORE,BECOME MORE AND DREAM MORE,YOU ARE LEADER!

    walaupun dalam kumpulan yang kecil,try to be a leader,beri kepercayaan kepada orang lain.
    jangan malu2 untuk bersuara,biarkan sindiran orang lain.itu semua cabaran untuk menjadi ‘orang depan’

    SEKIAN..

  4. Ani Says:

    Semua orang nak jadi orang depan.Orang depan macam
    mana?Orang depan yang memberi idea,bijaksana mengatur rancangan,berwibawa memimpin kumpulan,bersifat ihsan ,rela buat pergorbanan,berlaku adil dan sanggup hadapi rintangan.Paling penting tidak mudah putus asa.
    Siapakah yang krebeliati sedemikian?Saya rasa saya
    kurenglah……Anda bagaimana?

  5. oxados Says:

    secara jujurnya ciri2 orang dibelakang masih ada pada saya walaupun saya ingin menjadi orang yang di depan,, mungkin memerlukan keberanian yang kuat

  6. Saya Says:

    Jangan Pandang Belakang!!!!!

  7. ownroses Says:

    Secara peribadi,saya kurang setuju jika followers dilabel sbg tak boleh jadi org cemerlg sbb definasi ‘cemerlang’ bagi leader and follower is different.

  8. nizamadib Says:

    salam,

    Dah boring jadi orang belakang.

    Dulu selalu jadi orang belakang kerana nak menuntut ilmu dan mempelajari kejayaan dr orang depan.

    hasilnya amat memuaskan….

  9. abgbent Says:

    Depan atau belakang sebenarnya sama sahaja. Tidak semestinya yang di depan itu akan cemerlang sentiasa kerana ujian dan dugaan pasti ditempuhi. Begitu juga yang di belakang, tidak semestinya berada di tahap biasa-biasa sahaja sepanjang masa kerana dengan daya usahaanya, pasti beroleh kejayaan sama ada buat dirinya atau buat yang di depan!.

    Namun, saya harus mengakui bahawa yang akan menjadi cemerlang dan berjaya ialah orang yang di depan kerana yang di depan itu bukannya calang-calang orang. Dianya mesti sentiasa berfikiran positif untuk mengejar cita-cita dan impiannya. Untuk menjadi orang di depan, mesti tahu matlamatnya dan berazam untuk mencapainya kerana idea-idea untuk mencapai matlamat itu hanya dia sahaja yang tahu, bukannya yang dibelakang. Idea-idea yang terhasil itu harus dilahirkan dari jiwa yang sentiasa positif. Manusia dahulu mengakui bahawa besi itu tidak boleh terbang di angkasa dan terapung di lautan luas, tetapi matlamat dan azam yang teguh telah menghasilkan apa yang disebut Kapal terbang besi untuk terbang di udara dan Kapal laut besi untuk terapung di lautan luas.

    Tidak ada yang mustahil bagi minda yang positif.
    Saintis Graviti pernah diketawakan kerana bertanya mengapa buah epal itu jatuh ke bawah dan bukannya ke atas, dan keteguhan serta pemikiran positif terhadap dirinya telah menghasilkan kajian mengenai Teori Graviti yang diguna pakai sehingga kini.

    Abgbent.

  10. iman Says:

    erm sebenarnya jadi dua dua tu pun bagus.klu nak jd leader/org depan kena jd org belakang dulu kan. barulah keje nye jalan .coz leadernye tahu apa org dia pikir masa dia tgh mentadbir. so, kat sini sikologi memang penting. tak lah nanti perintah ikut sedap diri je tul tak.

    bagi saya pulak saya lebih suka jadi org belakang buat ketika ni. nak cari pengalaman lebih nanti taklah buat silap masa jd leader.
    anyway jd leader memang best tak dinafikan lagi.

    akulah ahli kelab _ _ _ _ yg akan jd leader next year!.arghh org bawahan jahat, takutnya. hahaha

Komen? Pendapat?