Orang Gagal Tak Suka Dengar Cerita Orang Berjaya
Orang gagal tak suka dengar cerita orang berjaya kerana dia akan iri hati. Dia tak suka dengar kerana cerita-cerita sebegitu seperti satu sindiran pedas buat dirinya. Sebab itulah orang gagal lebih suka berkawan dengan orang gagal juga. Kesannya, akan bertambah-tambah gagal dia kerana masuk ke komuniti orang-orang gagal.
Jika ada orang seperti di atas, Anda kena berubah. Kita dalam hidup ni kena berjaya. Sebagai orang Melayu dan beragama Islam pula, sepatutnya kita mempunyai keinginan kuat nak berjaya kerana laungan azan mengajak kita ke arah kejayaan. Bukan sekali kita dengar laungan azan tu tapi lima kali berturut-turut dalam sehari, 365 hari dalam setahun sepanjang Anda hidup. Kita kena capai kejayaan dalam pelajaran, kerjaya, perniagaan, kekeluargaan dan kewangan.
Kejayaan yang kita capai akan menjadi pendorong pada orang-orang di sekeliling kita supaya mereka turut mahu menjadi orang berjaya. Agama kita menyuruh kita berjaya, kerana dalam jangka masa panjang ia akan mengangkat ekonomi ummah kita ke tahap ekonomi berjaya. Lantas, kejayaan ekonomi akan meransang kejayaan dalaam pendidikan, politik, persekitaran dan kemanusiaan.
Jika Anda pernah jadi orang gagal, jangan biarkan diri Anda terperuk dalam kancah kegagalan. Lepaskan diri dari kegagalan dengan mula memfokus fikiran ke arah kejayaan. Fikirkan kejayaan, bayangkan kejayaan, bertindak menuju kejayaan. Lakukan 3 perkara itu dan secara automatik Anda akan mempunyai cetusan motivasi untuk lancar bergerak.
Hari ini Anda orang gagal. Esok, Anda kena berubah jadi orang cemerlang. Lusa, pastikan Anda jadi orang berjaya. Pilih untuk menjadi orang berjaya.
June 16th, 2009 at 9:08 am
betul tu..kegagalan bukan bererti dunia sudah kiamat.sebenarnya kegagalan itu la kunci kejayaan..kegagalan wat kte sdar yg kte perlu berusaha lebih lagi utk berjaya pada masa depan..
June 17th, 2009 at 4:13 pm
Kegagalan saya sejak 2 3 hari ini ialah membuka dan membaca semua email terutama dari Blog Motivasi ini. Esok tak mahu ulang lagi…
June 17th, 2009 at 8:14 pm
salam..
saya sangat setuju bahawa orang Islam adalah orang yang hebat, rajin, bersungguh-sungguh dan sebagainya. Sejarah telah membuktikan kehebatan Islam sehingga empayar Islam seluas 2/3 muka bumi. tentulah pada ketika itu..umat Islam hebat-hebat
June 22nd, 2009 at 5:19 pm
saya suka dengar cerita orang berjaya.
siapa orang berjaya yang patut kita ketahui?
saya tau ramai. maybe the top 5 or 10?
ada pendapat…????
maybe shueqry boleh share cerita. thanks.
June 30th, 2009 at 1:34 pm
Kegagalan adalah Platform untuk kita lebih berjaya dalam HIDUP INI!
kerana tanpa kegagalan kita tidak tahu kekuatan yang ada dalam diri kita ….
Kerana saya sendiri pernah GAGAL dalam hidup……..Tapi yg pasti saya akan Bangkit untuk menebus kegagalan saya ……………:) Menjadi seorg insan yang cemerlang untuk DUNIA DAN AKHIRAT.
July 4th, 2009 at 2:31 am
kemungkinan saya ada juga pengalaman begini..kawan berjaya saya mudah iri hati….tetapi kekadang saya diiri hati oleh orang sekeliling tanpa saya sedari…when i think about it, it’s was fair…
July 31st, 2009 at 10:37 am
Salam Mesra Beraura Motivasi!!
Saya Memilih Untuk Menjadi Orang BERJAYA!!!!!