Keburukan sikap membaca berita di awal pagi pada kuasa minda separa sedar
Elak membaca berita di awal pagi kerana berita-berita yang kita baca boleh membangkitkan berbagai emosi negatif seperti kemarahan, geram, meyampah atau tidak puas hati. Semua emosi-emosi negatif ni mempengaruhi diri kita lalu diserap masuk oleh minda separa sedar kita.
Kesannya, kita akan terdorong untuk beremosi negatif dari pagi sampai ke malam. Kita tak perasan semua ni sebab kita rasa perubahan tu sesuatu yang normal.
Bila sudah beremosi negatif, kita akan terdorong untuk berkata hal-hal yang negatif diringi ayat-ayat negatif seperti memaki-maki. Kita akan cepat naik marah tak semena-mena.
Marah tu adalah sikap negatif didorong oleh emosi negatif, dipengaruhi oleh gelombang minda negatif yang dijana oleh pemikiran negatif.
Kebiasaan membaca surat khabar di awal pagi dan mengikuti perkembangan berita di awal pagi membentuk minda separa sedar Anda menjadi negatif. Anda akan jadi kurang bermotivasi bahkan cepat tertekan di dalam situasi-situasi tertentu.
Minda separa sedar akan mengeluarkan aliran tenaga negatif lantas menarik situasi-situasi negatif masuk ke dalam hidup Anda. Anda akan selalu dirundung malang secara tiba-tiba juga ditimpa masalah berat yang tak diduga.
Semua ni berlaku secara kebetulan. Tak habis satu masalah datang lagi masalah berikutnya satu persatu, saling berkait.
Kesan lain, Anda mungkin kurang mencapai tahap-tahap kemajuan dalam hidup Anda walaupun Anda boleh mengawal emosi Anda menjadi tenang sentiasa.
Cakapan negatif akan membuat situasi-situasi negatif muncul dalam hidup Anda. Bila situasi negatif sudah muncul, ia akan menjadi penghalang besar buat Anda dalam usaha memburu kejayaan.
Usaha fizikal dan usaha mental
Topik kuasa minda separa sedar yang saya bincangkan dalam blog iMotivasi lebih banyak menjurus kepada penggunaan kuasa minda separa sedar untuk mencapai kejayaan hidup. Maklumat berkenaan topik kuasa minda separa sedar ada banyak pecahan, seperti penggunaan untuk tujuan perubatan, pertahanan diri atau untuk hipnotik (mempengaruhi orang lain).
Fokus saya memaparkan topik minda separa sedar di blog ni adalah untuk membuat Anda tahu teknik untuk menajamkan ingatan, membuat minda Anda kaya dengan aliran idea serta membuat Anda yakin Anda boleh berjaya – berjaya sebagai seorang pelajar, sebagai seorang suri rumah berkerjaya, sebagai seorang usahawan atau berjaya sebagai seorang pekerja dihormati dalam organisasi Anda.
Jalan untuk menuju kejayaan bukannya mudah kerana bermacam rupa cabaran sedia menanti kita. Anda perlu tahu banyak perkara tentang minda kemudian gabungkannya dengan elemen lain (seperti cinta, meditasi dan afirmasi) untuk membuat Anda dapat mencapai matlamat Anda.
Saya suka untuk mengingati Anda dan mengingati diri saya sendiri. Lebih banyak kita berimaginasi tentang sesuatu kejayaan, lebih besar peluang kita untuk mencapai kejayaan tu.
Kita akan dijumpakan dengan ramai orang yang membuat kita dekat dengan kejayaan yang kita impikan, tak kiralah siapapun mereka. Selepas itu kita akan ditemukan dengan benda-benda yang membuat kita semakin hampir dengan kejayaan yang kita idamkan.
Minda separa sedar amat unik untuk dikaji dan difahami kerana ia membuat kita seolah-olah boleh dapat apa yang kita mahukan dengan usaha minima. Maksud saya, usaha fizikal yang minima tapi dengan usaha mental yang minima maksima.
Saya bahagikan jenis usaha kepada dua – usaha fizikal dan usaha mental.
Manfaat meditasi pendek
Meditasi adalah cara untuk kita mengawal aliran gelombang minda separa sedar.
Meditasi merupakan aktiviti di mana kita duduk, mendiamkan diri dan melatih emosi kita turun ke tahap paling tenang.
Meditasi adalah saat di mana fikiran kita di tenangkan seketika dengan mengelak untuk tidak memikir apa-apa hanya menumpukan perhatian pada turun naik nafas kita sahaja.
Meditasi ringkas amat baik untuk membuat Anda mahir mengawal emosi. meditasi ringkas (5-7 minit) yang dilakukan setiap jam melatih minda separa sedar Anda supaya semakin alert dengan kata-kata Anda, sama ada kata-kata yang Anda tuturkan di hati, di fikiran atau kata-kata yang muncul secara tiba-tiba (idea). Meditasi yang kerap Anda menjadikan minda separa sedar Anda amat sensitif.
Anda boleh melakukan meditasi ringkas dengan menutup mata, duduk dalam postur badan yang Anda selesa (duduk bersila atau duduk di atas kerusi) kemudian kawal pernafasan Anda supaya Anda jadi relaks. Anda boleh lakukan meditasi ringkas selepas menyempurnakan sembahyang, sebelum bersembahyang ataupun di luar waktu sembahyang.
Tujuan utama meditasi adalah untuk menenangkan minda sebab minda kita ni ada puluhan ribu fikiran-fikiran liar yang bersimpang-siur, keluar masuk ke dalam kepala kita tanpa kita sedari. Untuk membuat kita sedar dan benar-benar ‘alert’ dengan apa yang kita fikirkan, kita perlu selalu bermeditasi.
Meditasi terbaik bagi seorang yang beragama Islam adalah menenangkan diri dengan alunan zikir.
Zikir dan terus berzikir sehingga Anda terbuai dengan kekusyukan berzikir, hingga Anda tidak sedar yang Anda sudah berzikir 10 minit lamanya.
Zikir yang berkesan adalah zikir yang membuat Anda merasa tenang, damai serta puas hati.
Fokuskan perhatian pada merasai nikmatnya ketenangan ketika bermeditasi. Mula-mula buat agak susah sikit. Tapi dengan bermeditasi secara berterusan lama-kelamaan Anda akan jadi semakin mahir. Kesannya, Anda dapat membuat keputusan drastik dengan cepat dan tepat. Idea Anda unik dan bernas.
Meditasi membuat Anda mampu mengekalkan sikap berfikiran positif.
Dengan selalu mengamalkan meditasi ringkas, Anda mampu menangkis fikiran-fikiran negatif yang datang dari persekitaran Anda.
Anda dah baca tips ni, jadi untuk merasai keberkesanannya Anda kena buat. Artikel ni hanya memaparkan panduan sahaja.
Kesannya hanya akan benar-benar dirasai apabila Anda memahaminya kemudian bertindak melaksanakannya.
Minda separa sedar – 4 perkara yang menguatkan daya tarikan kuasa minda separa sedar Anda
4 perkara yang menguatkan daya tarikan kuasa minda separa sedar tu adalah:
1.matlamat yang ditulis dengan jelas dan TIDAK DIUBAH.
2.gambaran mental yang diulang-ulang
3.emosi positif yang dimasukkan ke dalam gambaran mental
4.kemahuan membara yang amat kuat
Anda perlukan keempat-empat elemen ni untuk menguatkan keupayaan minda separa sedar Anda menarik apa yang Anda mahukan – tak kiralah apa dia – misalnya kenaikan pangkat, kejayaan mencapai skor tinggi dalam kelas, kejayaan menemui pasangan hidup, kejayaan membeli kereta idaman, mendapat untung berterusan dalam perniagaan atau kejayaan mendapat kerja yang bagus serta sesuai dengan minat Anda.
Tutupkan mata selama 5-11 minit, bayangkan seolah-olah Anda dah dapat apa yang Anda mahukan. Bayangkan yang Anda gunakannya sekarang, bagaikan ia dah berada di sisi Anda, dilihat, disentuh dengan jelas.
Lakukan latihan ni sekerap mungkin diringi emosi yang tenang, di saat suasana persekitaran Anda tenang.
Minda separa sedar – Lebih terfokus matlamat kita, lebih besar peluang untuk kita mencapainya
Menurut maklumat dari buku motivasi bertajuk Panduan Mencerdaskan Minda terbitan Telaga Biru di muka surat 93, berfikiran positif boleh mencerdaskan minda sebab minda akan bekerja keras mencapai apa yang kita cita-citakan.
Lebih positif kita, maka akan lebih dekatlah kita dengan apa yang kita cita-citakan. Semakin positif kita, maknanya semakin dekatlah kita dengan apa yang kita cita-citakan.
Semua dari kita mencita-citakan kejayaan supaya dengan kejayaan itu kita beroleh kekuatan untuk berbakti pada insan lain disamping mendapat penghormatan daripada mereka. Ada juga yang mahu berjaya sebab kejayaan yang mereka idamkan membuat mereka merasa puas dihargai oleh orang-orang disekeliling.
Walau apapun sebab yang Anda pilih untuk dijadikan faktor penyebab Anda mahu berjaya, berpegang teguhlah pada sebab tu dan jangan tukar-tukar selagi ia belum berjaya dicapai. Minda kita ni hebat kuasanya.
Kuasa minda menjadi tak hebat apabila kita menukar-nukar sebab untuk kita berjaya.
Kejar satu kejayaan dulu sebelum kita berpindah kepada kejayaan yang lain.
Jangan kejar 2 kejayaan sekaligus sebab kita akan berisiko untuk gagal mencapai kedua-duanya hanya kerana fokus kita lari.
Benar pepatah yang mengatakan, lebih kurang lebih bagus. Lebih terfokus matlamat kita, lebih besar peluang untuk kita mencapainya.
Minda bawah sedar – bagaimana minda bawah sedar memberi respon kepada kemahuan Anda
Saya percaya untuk kita nak bahagia, nak berjaya, nak ceria, kita perlu faham cemana minda bawah sedar kita bekerja supaya tak le kita yang dikawal oleh minda, sebaliknya kita yang mengawal minda bawah sedar kita.
Tujuannya? Supaya kita boleh membentuk situasi-situasi yang datang dan pergi dalam hidup kita terutama situasi-situasi di masa akan datang.
Ramai orang dah habis membaca buku The Secret tapi ramai juga yang jadi keliru mengenai konsep yang diketengahkan oleh buku The Secret simply sebab masih keliru bagaimana minda bawah sedar memberi respon kepada kemahuan-kemahuan kita.
Minda bawah sedar memberi respon pada kemahuan kita melalui gambaran mental yang kita selalu mainkan berulang-ulang di fikiran.
Lebih banyak kita mainkan gambaran mental tu, lebih kuatlah minda bawah sedar memahami itulah dia apa yang kita mahukan.
Contohnya, lebih banyak kita tengok iklan yang dimainkan di tv, lebih banyak kita ingat iklan tu time fikiran kita melayang-layang. Kita kenail iklan tu iklan apa.
Gitu jugalah minda bawah sedar kita – ia respon pada gambaran mental dan emosi kita ketika itu, dirakam lalu disimpan.
Bila Anda nakkan sesuatu, munculkan keinginan yang amat kuat untuk memilikinya. Gambarkan seolah-olah apa yang Anda nakkan tu dah ada sekarang.
Anda gunakannya, Anda rasainya di tangan Anda, Anda gembira apa yang Anda nakkan dah ada.
Jangan gambarkan apa yang Anda mahu.
Sebaliknya, gambarkan yang Anda sedang menggunakan apa yang Anda mahu.
Gambarkan Anda sedang menikmati apa yang Anda mahu. Bukan memiliki, tapi menggunakan dan mengalaminya sendiri. Feelnya mesti kuat. Untuk membuat feelnya kuat, emosi Anda mesti kuat.
Contohnya, jika Anda mahu membeli sebuah kereta berjenama Infiniti, gambarkan yang Anda sedang menggunakan kereta tu dengan girang, bangga dan gembira.
Gambarkan sejelas mungkin yang Anda sedang memandunya, Anda lihat dengan jelas tangan Anda memegang sterengnya, telinga anda menangkap bunyi enjinnya, kulit Anda terasa sejuk dek kedinginan ‘ekon’ nya, hidung Anda menangkap bau sarung kulit yang dipasang dibangkunya.
Gambarkan sejelas mungkin, sekerap mungkin setiap hari supaya minda bawah sedar boleh membuat Anda berjumpa dengan kemahuan Anda tu secara kebetulan.
Jika Anda nak bahagia dan nak berjaya, gambarkan sekerap mungkin Anda SUDAH bahagia dan berjaya kemudian wujudkan kegembiraan, seperti kejayaan yang Anda nakkan tu sudah berlaku sekarang.
Gambarkan sekerap mungkin. Wujudkan ia di fikiran lalu fikirkan sepanjang masa.
Inilah cara untuk kita memberitahu minda bawah sedar apa dia kemahuan kita. Minda bawah sedar respon pada apa saja kemahuan kita, besar atau kecil, yang possible atau yang impossible.
Jika kemahuan kita besar, minda bawah sedar mengambil masa untuk merealisasikannya. Jika kemahuan kita kecil, minda bawah sedar mengambil hanya sedikit masa untuk merealisasikannya.
Kemahuan Anda mempengaruhi cara tindakan minda bawah sedar Anda.
Kemudilah emosi Anda, jadikannya positif sentiasa supaya kita ditemukan dengan situasi-situasi positif sentiasa.
Minda bawah sedar
Minda bawah sedar adalah bahagian minda yang berlainan dari minda sedar.
Kita boleh kawal minda sedar kita melalui penaakulan, pemikiran dan pengawalan kata-kata. Minda sedar adalah logik akal, juga dipanggil rasional, kerasionalan, kewarasan.
Kita memerlukan sedikit kemahiran untuk mengawal minda bawah sedar.
Minda bawah sedar tak berapa susah untuk dikawal.
Untuk mengawal minda bawah sedar, Anda perlu bertenang sepanjang masa. Di saat kita tenang, minda bawah sedar patuh kepada setiap arahan kita, sama ada arahan yang kita beri melalui kata-kata di fikiran atau arahan yang kita beri melalui gambaran fikiran.
Kita menggunakan minda bawah sedar tanpa kita sendiri menyedarinya. Tiap kali kita berfikir tentang masalah, taip kali itu jugalah minda bawah sedar menarik masalah datang ke dalam hidup kita sebab kita banyak berfikir tentang masalah. Jadi, elakkan berfikir terlalu banyak pasal masalah, nanti bertambah banyak masalah.
Tiap kali kita berfikir tentang kejayaan, tiap kali itu jugalah minda bawah sedar menarik kejayaan dalam ke datang hidup kita simply sebab kita banyak berfikir tentang kejayaan. Nak berjaya dalam hidup, kita kena lebih banyak berfikir tentang kejayaan – tentang kejayaan kita sendiri.
Minda bawah sedar ibarat enjin kereta yang hidup sepanjang masa. Kita kena kawal enjin tu, set arah ke mana kita nak tuju kemudian pandulah kereta tu berjalan menuju ke arah yang kita nak tuju.
Sesetengah orang memanggil minda bawah sedar sebagai minda separa sedar. Walau apapun nama yang Anda panggil, kedua-duanya tetap merujuk kepada benda yang sama. Dr Tuah Iskandar, pakar motivasi terkenal panggil minda separa sedar sebagai sub-cm dalam buku motivasi Membina Imaginasi Cemerlang.
Untuk kita jadi cemerlang, berjaya dan ceria, kita kena belajar mengenali minda bawah sedar selepas itu meransang kekuataannya melalui aktiviti kerohanian dan pemakanan. Kedua-duanya akan dikupas di artikel-artikel motivasi selepas ini.