Hantar Ulasan Buku Motivasi Anda Ke iMotivasi

Berita baik. Saya dan blog iMotivasi membuka ruang pada rakan-rakan, mana-mana penulis blog dan pembaca iMotivasi untuk menghantar ulasan buku-buku motivasi yang telah Anda baca atau yang ada Anda miliki.

iMotivasi amat berbesar hati menerima ulasan-ulasan buku motivasi terkini daripada Anda, terutama jika Anda salah seorang dari pembaca tetap iMotivasi. Ulasan buku motivasi Inggeris juga diterima, janji ia buku motivasi. Anda boleh hantar imej muka depan buku tu sekali jika ada.

Bekerja secara berjemaah membawa lebih kualiti dan keberkatan daripada bekerja seorang. Saya percaya dengan konsep ini kerana di dalam sembahyang, pahala sembahyang berjemaah 27 kali ganda lebih banyak dari sembahyang bersendirian.

Mesti ada sebab mengapa Allah jadkan pahala berjemaah banyak camtu. Jika kita melaksanakan satu kerja bersama-sama dengan pembahagian tugas, kualiti kerja jadi lebih baik, kandungan artikel juga lebih bermanfaat.

Jika Anda dah selesai membaca sesebuah buku motivasi, atau baru saja membeli buku motivasi terbaru yang terbit di pasaran, saya menjemput Anda untuk menghantar ulasan tentang buku tersebut. Saya percaya, pembaca-pembaca iMotivasi ada koleksi buku motivasi mereka sendiri, walaupun hanya 1 buah buku.

Dalam masa yang sama, sudah tentu saya akan menulis buku motivati terbaru yang saya dah habis baca. Sayangnya di Semporna ni tak ada kedai buku yang menjual buku motivasi terbaru, semua yang dijual saya dah beli semasa di Kota Kinabalu. Buku-buku yang ada diperpustakaan daerah masih edisi lama dan kurang ditambah dengan buku yang baru, dengan alasan menunggu peruntukan bajet dari Perpustakaan Negara.

Jika Anda bekerja di salah sebuah syarikat penerbitan dan menerbitkan buku-buku pembangunan diri, iMotivasi amat berbesar hati menerima buku-buku terbitan syarikat Anda untuk diulas di dalam blog ini. Niat saya, moga pembaca blog tahu isi-isi dari buku tersebut dan keunikan yang ada di dalamnya.

Bila mereka dah tahu semua itu, mereka akan tergerak untuk membelinya. It can be a free advertising publicity the book and the company. Buku-buku motivasi tersebut boleh dihantar kepada saya melalui alamat pos untuk ulasan peribadi di blog iMotivasi.

Tentang keselamatan nama sebenar Anda, alamat dan maklumat peribadi yang lain, saya jamin akan menjaganya. Nama dan alamat email Anda takkan didedahkan kepada umum. Semuanya terkawal dengan selamat di dalam database saya.

Bagaimana nak menghantar ulasan Anda?

Taip di dalam Notepad (buka komputer, klik start - Accessories - Notepad), karang ulasan Anda kemudian Save. Selepas itu, buka akaun email Anda dan klik Attachment untuk menghantar ulasan anda yang dah di
Save tadi bersama eMail itu. Bila dah diattach, send ke imotivasi@gmail.com

Bagi Anda yang tidak mempunyai sambungan terus ke Internet, boleh menghantar ulasan yang dah di save tadi dari komputer di siber kafe. Caranya, save dulu di dalam USB pen drive, thumb drive, flash USB atau external hard disc (jika ada).

Bila dah sampai kat siber kafe, buka email Anda, klik Compose, klik Attachment. Selepas itu, browse untuk mencari pen drive Anda lalu klik Attach.

Tunggu sebentar untuk ia diupload ke dalam email Anda. Bila dah siap, taip “imotivasi@gmail.com” di ruang alamat penerima. Letak tajuk “ulasan buku” di ruang tajuk emai yang mengandungi ulasan buku motivasi Anda.

Kenapa saya gunakan Gmail? Sebab Gmail ada baaaanyak function berguna. Lagipun, simpanannya sebanyak 1GB diberi percuma, tanpa perlu banyak penyusunan folder. Buat masa ini, saya gunakan akaun email dari Gmail terlebih dahulu sebab ia mudah digunakan.

Anda boleh gunakan Microsoft Word untuk menaip ulasan Anda, save lalu hantar melalui email kepada saya. Di dalam laptop,saya ada install Ms Word 2003 dan Ms Word 2007, juga software Open Office Write.

Selepas menghantar, boleh beritahu saya melalui sms ke 016 834 0107. Dengan itu, saya boleh check email dengan segera.

iMotivasi akan menyiarkan nama dan email sekali dengan web adress blog/website Anda, jika Anda meminta begitu.

Jika tidak, saya hanya akan menyiarkan ulasan yang Anda hantar saja beserta nama ringkas atau nama samaran, tidak disertakan dengan email dan alamat blog sekali.

Share This Post

Mengapa Anda Huruf A Ditulis Besar

Sejak saya mula menulis blog dari Mac 2007, saya menulis perkataan Anda dengan huruf kecil lalu menjadi "anda" seperti yang ada di majalah, artikel, blog, suratkhabar, risalah atau makalah.

Tulisan saya berubah selepas baca buku The Secret lebih dari dua kali. Antara banyak-banyak buku motivasi yang ada dalam koleksi saya, The Secret adalah satu-satunya buku dibaca berkali-kali. Tak tahu berapa kali, yang pasti lebih dari dua kali. Seronok tiap kali selesai membaca kesemua bab The Secret.

Saya menulis dengan membayangkan Anda ada di depan saya, ibarat saya sedang bercakap dengan Anda. Sebab itu saya tulis anda dengan words "Anda", huruf A tu saya taip huruf besar supaya artikel motivasi saya jadi lebih personal.

Oleh kerana blog saya masih baru, saya buat begini supaya Anda kenali saya hanya kerana keunikan yang iMotivasi tampilkan. Dari pemerhatian saya, blog-blog lain masih belum ada yang buat hal serupa. Jika ada, alhamdulillah.

Moga jawapan ini menjawab persoalan pembaca yang menyoal melalui email. Ya, apa yang saya buat ganjil pada pandangan orang, apatah lagi jika yang membacanya penulis buku, wartawan, jurnalis, cikgu Bahasa Melayu atau editor sesebuah majalah.

Maafkan saya jika perkataan "Anda" yang saya tulis selama ni menyinggung perasaan. Dah setahun nama saya dalam arena penulisan blog, baru kali ini ada pembaca iMotivasi yang bertanya hal sedemikian.

Moga artikel ini menjawap pertanyaan beliau. Dia tak berterus terang dia siapa, apa kerjanya dan sebab apa dia bertanya sedemikian. Walaupun di Internet kita boleh menyamar sesuka hati, tapi pengguna sangat bijak menilai.

Share This Post

Set Imej Diri Positif Untuk Kejayaan Diri

Sudah tentu Anda tertanya-tanya apa maksud imej diri positif. Adakah ia sama dengan gambaran diri positif, atau bayangan diri positif?

Imej diri adalah persepsi kita pada diri sendiri. Cuba lihat cermin. Apa yang Anda lihat dan pendapat Anda tentang diri sendiri saat Anda menatapi cermin, itulah ibarat imej diri.

Mengikut eBook Magnet Rezeki di muka surat 47, imej diri adalah cara Anda melihat diri sendiri, berfikir, mengenal diri sendiri dan ianya juga disebut sebagai cermin diri.

Setiap kali kita meluhat cermin, tentu akan hadir perasaan-perasaan seperti bangga, suka, hebat, yakin, tidak bahagia, bermasalah, pemalu, kurang bermaya atau kurang bersemangat.

Sekiranya Anda melihat diri Anda sebagai seorang yang berjaya dan Anda percaya Anda mampu mencapainya, maka secara automatik diri Anda akan terdorong untuk bertindak seperti orang yang berjaya.

Ia juga berlaku sebaliknya. Saat Anda duduk sorang-sorang pastu terbayang kegagalan dalam fikiran Anda, maka Anda sedang mewujudkan imej diri negatif.

Di dalam gambaran itu Anda melihat diri Anda sebagai seorang yang gagal, kemudian timbul perasaan bersalah, geram dengan kegagalan, rasa tertekan dan gusar, maka secara automatik diri Anda terdorong untuk bertindak seperti orang yang gagal.

Orang yang gagal suka duduk terceruk di satu sudut, asyik meratapi kegagalannya dan menyalahkan diri sendiri, orang sekeliling dan keadaan, tetapi tidak mengambil keputusan utuk berubah serta merta. Itulah sikap orang gagal, kita boleh lihat di mana-mana saja.

Imej diri positif membuat Anda berjaya, kerana ia menarik situasi-situasi yang membuat Anda semakin hampir dengan kejayaan, lalu terus menerus berjaya selagi Anda terus menerus melihat diri Anda berjaya, sentiasa berjaya.

Imej diri negatif membuat Anda gagal, kerana ia menarik situasi-situasi yang membuat Anda semakin dekat dengan kegagalan, lalu terus menerus gagal selagi Anda terus menerus melihat diri Anda gagal, sentiasa gagal.

Pilihan sentiasa ada di tangan kita. Nak pilih baik, atau nak pilih yang buruk.

Kekadang kita membuat pilihan salah tanpa kita sedari, hanya kerana kita terlalu ikutkan emosi. Imej diri yang timbul di fikiran, hanya ada satu imej pada satu-satu masa saat kita berfikir. Takkan ada dua imej diri (positif dan negatif) dalam satu masa yang sama.

Anda pula, apa yang Anda selalu fikirkan tentang diri sendiri saat bercermin di waktu pagi?

Katakan Anda boleh berjaya (bahkan ada potensi untuk berjaya), berikan senyuman pada diri sendiri kerana secara automatik, ia akan membuat Anda jadi cukup bersemangat.

Tak biasa buat camtu? Ubah diri Anda hari ini, untuk kecemerlangan Anda sendiri juga. Bukan orang lain.

Share This Post

Tidak Bekerja Walau Bekerja

Saya selalu berjumpa dengan orang yang merungut pasal kerja. Katanya, dia cukup tertekan dengan kerjanya sekarang ini dan meminta penyelesaian.

Memang benar, kita bekerja semata-mata nak cari rezeki, nak dapatkan duit, apatah lagi jika gaji yang kita terima tetap datang bulan-bulan dan jawatan kita tetap pula, juga berpencen atau berKWSP.

Walaupun kita suka ada gaji bulanan dan jawatan tetap, tapi kita jangan lupa sebab sebenar kita dibayar. Kita hanya mahukan gaji, tapi kita dah lupa niat kita ketika bekerja.

Jarang ada orang selalu bersyukur sebab ada kerja tetap, tapi selalu berlagak pula. Ini realiti. Bukan saya nak tujukan pada sesiapa, tapi sebagai pengajaran kita bersama.

Kerja yang baik dan menyeronokkan adalah kerja yang sesuai dengan minat, bakat dan kecenderungan kita. Alhamdulillah, jika Anda dapat kerja yang ngam dengan minat Anda.

Misalnya, Anda suka kereta pastu dapat kerja di bengkel kereta sebagai mekanik membaiki kereta. Anda sudah tentu suka sebab Anda minat kereta dan kera-kerja membaiki kereta. Sama juga halnya jika Anda minat membaiki motorsikal.

Kerja yang kita minat, takkan terasa seperti kerja sebab kita dah minat apa yang kita buat.

Tapi, cemana pula bila kerja kita sekarang ni bukan jenis kerja yang kita minat?

Pada pengamatan saya, itulah sebabnya mengapa ramai orang bekerja hilang minat nak bekerja, berat nak bangun pagi untuk masuk bekerja dan tertekan sebab banyak yang dibayar tiap kali datang hujung bulan. Di kepala hanya ada bil-bil, tapi tak ada keseronokan.

Sebab tak minat, hanya mahukan wang gaji itu saja. Bila dah ada tugasan, mula rasa berat, malas, tertekan, stress memanjang.

Jika kita tak minat kerja kita, anggap kerja tu sebagai cabaran. Lama-kelamaan akan timbul minat dari keseronokan mengharungi cabaran.

Misalnya, walaupun saya tak tahu membaiki kereta tapi saya disuruh membaiki kereta, saya akan anggap ia sebagai cabaran. Saya akan guna reverse saikologi (reverse psychology) pada saat itu.

Bila dah guna reverse saikologi, saya andaikan yang mereka mahu melihat saya pandai membaiki kereta walaupun saya tak pernah membaiki kerosakan kereta. Oleh kerana saya dah anggap ia cabaran dan merasa sungguh tercabar, sudah tentu saya terdorong untuk belajar hal-hal mekanikal kereta.
Saya akan kenali nama-nama perkakas, kegunaanya dan saiznya. Selepas itu, saya akan kenali bahagian-bahagian enjin, mana satu karburetor, mana satu cooler, mana satu piston.

Kesannya, saya akan tahu jenis-jenis kerosakan kereta dan kat mana yang perlu dibaiki. Sebab, pengetahuan tentang enjin kereta dah ada dalam minda saya.

Yang tadi tu contoh saja, contoh!

Kita sebagai manusia, naik menggelegak darah setiap kali dicabar. Walaupun ada sesetengah orang menidakkannya, tapi dalam hati dia tetap rasa nak marah punya sebab tercabar, seakan-akan kebolehannya dipandang rendah.

Tiada siapa yang mahu dipandang rendah. Sebab itu dia sanggup melakukan apa saja setiap kali dicabar.

Jika kita anggap tugasan kerja mencabar, kita akan terdorong buat kerja tu walaupun pada mulanya kita tak suka. Tak caya? Cuba lihat wartawan, kolumnis majalah, pemberita. Kerja diorang mencabar, memenatkan dan memeritkan sebab deadlinenya ketat.

Tak siapa sanggup berada dalam suasana tertekan camtu, sebab semua benda nak cepat. Tapi, bagaimana mereka kekal dengan kerja sebegitu?

Jawapannya, mereka menganggap kerja tersebut sebagai cabaran. Bila dah rasa tercabar, mereka sanggup siapkan kerja dengan cepat, menaip artikel dalam saat-saat menekan dan terdesak, sanggup dimarahi editor berkali-kali semata-mata mahu menerbitkan artikel yang memuaskan.

Dah berbualan buat kerja camtu, lama-kelamaan melekat dengan diri sendiri lalu berubah menjadi minat. Cuba tengok sukan-sukan lasak, sebab apa ramai orang suka sukan sebegitu walaupun ia berisiko tinggi?

Sebab mereka seronok dengan cabaran yang diharungi ketika melakukan sukan itu.

Jika Anda kurang minat pada kerja Anda sekarang ini, anggap tugasan-tugasan dalam waktu kerja itu sebagai cabaran untuk diri Anda. Cabar diri Anda untuk menyiapkannya dengan berkualiti sekali.

Lupakan dulu soal duit, soal masalah, bil-bil dan semua yang perlu dibayar tiap hujung bulan.

Cari dulu keseronokan dalam cabaran di waktu kerja Anda. Berani diri berubah untuk kecemerlangan hidup.

Share This Post

Asyik Menyampah

Orang yang asyik menyampah melihat kemajuan orang lain, sebenarnya tidak memberi peluang pada diri sendiri menjadi maju kerana di dalam hatinya penuh dengan perasaan dendam, amarah halus dan sangsi.

Bila Anda melihat seseorang yang maju, yang berjaya lalu Anda merasa cukup menyampah ngan orang tu, maknanya Anda adalah salah seorang daripada orang-orang yang dimaksudkan dalam ayat di atas. Bunyinya kasar, tapi berguna sebagai pengajaran.

Perbuatan ini tidak dapat dilihat oleh orang lain, kerana ia tersembunyi wujud di dalam hati Anda, hanya Anda seorang saja yang tahu. Sesetangah orang juga bijak melakonkan watak sebegini.

Kata pakar motivasi, orang yang asyik menyampah takut dengan bayang-bayang sendiri. Dia asyik sangsi dengan kebolehan diri sendiri bahkan sangsi menggali sejauh mana kebolehan dirinya, sebab itu dia cukup cemburu (juga sakit hati) melihat kejayaan orang lain.

Cemburu yang ada di dalam hatinya adalah cemburu negatif yang penuh rasa muak, cuak juga menyampah pada orang tersebut. Sebab itulah timbul amarah halus di dalam hatinya, kita dapat lihat dari bibirnya yang mencebik tiap kali melihat kejayaan orang lain. Dia juga seringkali melihat aspek negatif di dalam aspek positif.

Anda boleh berubah menjadi orang yang lebih positif. Sikap yang menjadi kebiasaan diri kita boleh diubah bila kita selalu melakukan sesuatu yang baru. Lama-kelamaan ia akan menjadi sikap kita juga.

Ingatkan diri Anda supaya sentiasa berfikiran positif, berkata-kata positif, sentiasa bertindak positif kerana sikap menyampah ini adalah dalam diri kita, boleh menyerang bila-bila masa saat kita hilang kawalan diri seketika.

Share This Post

Kita Malas Hanya Kerana Kurang Keseronokan Dalam Diri

Sebelum menulis artikel motivasi ini, terlebih dahulu saya telah melihat kesannya pada diri sendiri lalu saya rekodkan setiap keputusan.

Kita malas kerana kita kurang keseronokan dalam diri, itu puncanya.

Keseronokan yang cemana? Rasa gembira saat melakukan sesuatu dan rasa enjoy setiap kali melakukan sesuatu.

Sesuatu yang saya maksudkan mungkin adalah hobi Anda, sukan yang Anda minati atau perbuatan berulang yang melekat pada diri Anda. Ada orang minat menyanyi, main games komputer, minat menulis atau minat melukis.

Bagi saya, saya minat berbasikal, menulis, membaca dan menyanyi-nyanyi kecil. Sometime bila dah malas benar, melalak ada juga sekali sekala. Lepas tu, baru rasa malas hilang, berganti dengan rasa bersemangat.

Bagi sesetengah orang apa yang saya minati nampak janggal, tapi itulah sebenarnya diri saya.

Terimalah hakikat apa yang kita lakukan tak selalunya ngam dengan mata semua orang sebab mereka ada tafsiran masing-masing terhadap tabiat kita. Tugas kita pula, biar ada pendirian, jangan terlalu ikut telunjuk orang lain kerana kita akan hilang jati diri.

Kita boleh terima pendapat orang lain, kritikan orang lain.

Tetapi, fikir dulu, tapi dulu baru terima untuk diri sendiri sebab bila kita ambil semuanya, identiti kita akan bercampur-campur, akhirnya kita keliru lalu hilang arah.

Ok, berbalik pada kisah saya. Saat bangun pagi, memang malas rasanya.

Masuk waktu tengahari, tiba-tiba pula malas dan mengantuk menyerang. Bila selepas isyak, datang lagi rasa malas, saat itu teringin nak melupakan sekejap tugas-tugas juga tanggungjawab yang mesti dibuat.

Jika keadaan yang sama berlaku pada Anda, perlu faham, saat ini minda cuba menguasai Anda, kesannya Anda terdorong untuk merasa khayal. Kita perlukan sesuatu untuk melawannya, lalu menghilangkan rasa mengantuk.

Saat minda aktif atau sedang menumpu pada sesuatu perkara, perbuatan, situasi, analisa atau benda, minda akan menjadi sedikit cergas, maknanya gelombang minda berada di antara gelombang Alpha dan Beta. Jika gelombang minda berada pada paras selepas gelombang Alpha, itu maknanya Anda sedang mengantuk, malas, kurang bertenaga atau kurang bersemangat.

Untuk melawannya, kita perlu fokus pada perbuatan, sikap atau perkara yang kita suka buat. Beri masa khusus, misalnya dalam 30 minit, 45 minit atau satu jam.

Selepas itu, baru kembali semula pada pekerjaan asal kita. Hanya fikiran positif, yang baik-baik saja dapat
menghalangnya.

Cara lain, paksa diri untuk jadi bertenaga. Memula buat memang agak mencabar, lama kelamaan bila dah biasa paksa diri jadi bertenaga dan tak layan malas, akan jadi terbiasa akhirnya.

Share This Post

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari iMotivasi

Kemeriahan menyambut 1 Syawal kini makin terasa. Kat sini kesibukan makin terasa, mana nak buat kuih, nak bersihkan rumah, tambah apa yang patut, buang apa yang patut.

Blog iMotivasi dan saya personally, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Anda, pembaca-pembaca, ahli komuniti dan sesiapa juga yang mengenali saya di Internet.

Buat pembaca-pembaca iMotivasi dari luar negara, terima kasih atas sokongan berterusan.

Jujur dari hati, setiap minggu saya menerima kiriman sms dari luar negara, terbaru dari Old Trafford, Manchester. Thank you!

Saya mahu berterus terang dengan Anda. Setiap minggu memang saya selalu terima sms, datang dari Kaherah, Cairo, London, New York, Iowa, California, Brisbane, dari Jakarta pun ada. Kebanyakannya di kirim oleh student-student Malaysia, ada juga sms dari mereka yang bekerja di sana.

Setiap sms bagaikan hadiah menggembirakan buat diri saya, tiada apa yang sungguh mengujakan selain ucapan terima kasih dari pembaca-pembaca setia iMotivasi walaupun jauh di luar negara.

Tu baru sms, belum lagi email-email di inbox saya. Saya gunakan dua email, satu di imotivasi@gmail.com dan shueqry@yahoo.com.

On aje Yahoo Messenger, berlambak offline message dihantar pada saya, sekali buka dalam 50-90 mesej sehari. Jika Anda di tempat saya, adakah Anda reply setiap satu mesej tersebut, setiap hari?

Raya kali ni, saya masih sambut sebagai orang bujang. Saya percaya jodoh saya dilambatkan kerana Allah mahu saya buat sesuatu yang lain dulu, tak tahu apa dia.

Yang pasti, waktu bujang ni saya akan guna sebaik mungkin untuk terus memberi khidmat buat pembaca iMotivasi khususnya, untuk pengguna Internet amnya.

Theme raya family saya tahun ni campur-campur, baju Melayu saya kaler lain, adik-adik dan bapa saya pula kaler lain. Kami dah kurang ada masa nak gi shopping baju raya sama-sama, sebab dah makin sibuk.

Bukannya sibuk dengan kerja, sibuk mengurus dua permata yang menjadi cucu pada mak dan bapa saya. Anak buah pertama kami namanya Aini Maizurah, kali ni dia dah dapat adik baru, baru saja lahir 18 Ramadhan yang lepas.

Anak lelaki. Makcik-makcik kat kampung ni dah bertanya bila pula mereka dapat menimang cucu dari zuriat saya. Aiseh, soklan yang membuat saya jadi cemas!

Nama baby tu lum ada lagi, tapi kelahirannya membuat kami semua cukup gembira.

Anda pula persiapan raya cemana? Ceritalah sikit di ruang komen…

Share This Post

Kesan Dari Jiwa Tenang

Saya percaya jiwa adalah punca cemana rupa hidup kita hari ini. Jiwa penuh dengan ketenangan, membuat kita fokus, emosi penuh stabil lalu mudah untuk kita menumpu sepenuh perhatian pada usaha-usaha memburu kejayaan.

Jiwa yang kacau bilau, asyik dipenuhi rasa tertekan dek masalah hidup, kegusaran dan emosi-emosi negatif, membuat kita tak keruan, kurang cemerlang, bahkan berada dalam penjara kesengsaraan yang tak
berkesudahan. Selagi kita tak melatih jiwa supaya menjadi tenang, selagi itu kita rasa jauh dari kecemerlangan.

Cuba Anda perhatikan orang yang sentiasa cemerlang. Kaji air mukanya.

Sentiasa tenang… Cuba air muka seorang pelajar cemerlang, pekerja yang rajin dan juga cemerlang dan usahawan-usahawan cemerlang.

Sebab dia tahu, ketenangan membuat dia senang mengawal emosi, dari situ dia boleh membuat keputusan dengan tepat juga dapat memberikan idea-idea bernas yang langsung tak terfikir oleh orang lain.

Saya pernah terbaca kata-kata Alex Lim Keng Liat (perenang negara) dan Lance Armstrong (juara 7 kali Le Tour De  France). Alex pernah berkata, ketika dia berenang laju, seboleh mungkin dia akan memastikan hatinya sentiasa tenang dan emosinya cukup terkawal.

Kata Lance Armstrong pula, ketika berada dalam satu perlumbaan basikal, seboleh mungkin di akan pastikan air mukanya neutral dan fikirannya tenang walaupun ketika itu ramai pelumba lain berbasikal dengan kelajuan lebih 60kmsj (kilometer sejam). Bagaimana saya tahu? Sebab saya dah baca habis buku tulisan Lance Armstrong bertajuk "Its Not About The Bike - My Journey Back To Life" .

Jika atlit renang bersaing dalam satu pertandingan dan mereka berenang laju, mereka terdorong untuk panik, takut dan kelam kabut kerana adrenanlin dirembes dengan laju ketika itu seiring dengan perjalan darah yang dipam laju ke sel-sel otot. Bila dah kelam kabut dan panik, perenang tersebut terdorong untuk melakukan kesilapan, lalu menyebabkan dia ketinggalan sedikit dalam perlumbaan renang.

Tak percaya? Cuba Anda berenang dengan laju. Mesti Anda termengah-mengah, panik dan kelam kabut kan?

Anda akan berkata susah nak tenangkan diri pada saat itu. Kesannya, jika Anda sedang berlumba dengan perenang lain, pasti Anda ketinggalan.

Jika Anda tak pandai berenang, cuba berlari dengan cukup laju, selaju mungkin hanya selama 11 saat. Pasti Anda akan rasa kesan yang sama.

Anda akan berkata betapa susahnya nak bertenang, setenang yang mungkin ketika berlari laju. Memang mencabar.  Tetapi, bagaimana alex Lim Keng Liat dan Lance Armstrong boleh melakukannya?

Mereka sentiasa melatih jiwa supaya berada di dalam ketenangan . Mereka juga berlatih mengawal emosi.

Bila jiwa tenang, emosi terkawal, sudah pasti sesiapa juga boleh jadi cemerlang. Sepatutya kita yang Muslim sedar awal-awal hal ini, kerana ia sudah dinyatakan di dalam Al-Quran.

Mulai hari ini, ubah diri Anda.

Tekadlah untuk bertenang dalam apa jua keadaan.

Share This Post

Kata-kata Motivasi #24

Kata-kata motivasi kali ini saya petik dari firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat ke 202 .

Maksudnya…

"Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang amat baik dari apa yang telah mereka usahakan, dan Allah amat cepat hitungannya."

Kejayaan milik sesiapa jua yang rajin berusaha. Dalam sejarah dunia, orang-orang yang berjaya adalah mereka yang sanggup rajin berusaha, bekerja dan belajar sebanyak mungkin.

Nama-nama mahsyur di dalam sejarah tamadun Islam adalah mereka yang sanggup mengorbankan masa selesa semata-mata untuk mencapai matlamat masing-masing.

Mereka ada pilihan untuk bersenang lenang, bersantai-santai sahaja tetapi mereka memilih untuk lupakan semua itu kerana mereka ada matlamat tersendiri.

Rasulullah saw bekerja keras menyebarkan ajaran Islam pada masyarakat Quraisy walaupun Baginda menerima tentangan hebat. Walaupun terpaksa berhijrah ke Madinah, namun Rasulullah berjaya menawan kota suci Mekah beberapa tahun selepas itu.

Ini bersesuaian dengan hukum sebab dan akibat (cause and effect). Jika sebab kurang, maka akibat (hasil) jadi kurang.

Jika sebab lebih atau banyak, maka akibat (hasil, end result) banyak.

Usaha kurang, kejayaan pun kurang.

Usaha lebih, kejayaan pasti juga lebih!

Share This Post

Belajar Minda Super Sedar Dari Soul Power Kendalian Dr. Azhar

Dalam Majalah Mingguan Wanita, saya selalu membaca artikel-artikel tulisan beliau selepas saya selesai membaca artikel motivasi Dr Tuah Iskandar di setiap keluaran Mingguan Wanita. Hehe, saya mengaku saya selalu baca Mingguan Wanita, walaupun saya lelaki.

Sebab, saya suka belajar tentang saikologi wanita. untuk nak mendalami jiwa wanita.

Selain disebabkan pembaca iMotivasi ramai wanita, satu hari nanti kita semua yang bujang-bujang ni, akan bergelar isteri, bergelar suami. Perlu ada persediaan awak ke arah itu kerana kita berkahwin bukanya setahun dua.

Tahukah Anda, wanita adalah golongan yang paling banyak mengalami masalah emosi?

Antara majalah-majalah lain, saya dapati Mingguan Wanita satu-satunya majalah yang memuatkan paling banyak kisah-kisah wanita, misalnya dalam perjuangan meneruskan hidup, kerjaya, kejayaan, hal rumahtangga, kewangan dan kehidupan secara keseluruhannya. Patutlah Mingguan Wanita ni ramai peminat, sebab terbit setiap minggu.

Saya benar-benar kagum dengan wartawan, editor serta seluruh kakitangan Mingguan Wanita, sebab mereka berjaya mempersembahkan satu bahan bacaan penuh dengan maklumat berkualiti!

Jika ada staff Mingguan Wanita masuk ke iMotivasi, jangan lupa letak komen ya, sekurang-kurangnya saya dah pembaca-pembaca iMotivasi tahu kehadiran Anda. Jika nak jemput saya sebagai blogger atau salah seorang kolumnis Mingguan Wanita, saya berbesar hati menerimanya.

Siapa beliau yang saya maksudkan? Dia adalah Dr Azhar , aktivis minda yang giat menulis tentang minda separa sedar. Dr Azhar dah berkecimpung 17 tahun dalam bidang ni.

Anda boleh baca profil lanjut di Blogger Profile beliau di sini…

Dr Azhar banyak berkata tentang ketengan jiwa dan minda super sedar dalam artikel-artikel tulisannya. Kini Anda boleh mengikuti artikel-artikel beliau tentang minda super sedar dalam sebuah blog di alamat http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com

Dr Azhar adalah orang pertama yang memberitahu saya dan ribuan aktivis minda yang lain tentang minda super sedar dalam tulisannya. Artikel-artikel minda super sedar jarang ada di dalam buku-buku motivasi berbahasa Melayu. Maklumat minda super sedar yang ada di Internet juga masih sedikit.

Dr Azhar menggabungkan minda super sedar dengan meditasi Islam. Tak perlu cari Silva Mind Method, Tibetan Monks Meditation atau ajaran psikik Barat untuk nak mengawal minda kerana kini kita ada Meditasi Islam, satu kaedah yang saya percaya boleh merubah diri seseorang bermula dari dalam minda.

Lawati blog Dr Azhar hari ini juga.

Share This Post

Kata-kata Motivasi #23

"Untuk cemerlang memang banyak halangannya tetapi untuk tidak cemerlang pun apa kurangnya" - Dr Tuah Iskandar .

Selama kita berusaha keras memburu matlamat, seringkali berdepan dengan banyak halangan dan permasalahan.

Hasil usaha berterusan, sudah tentu matlamat tersebut tercapai jua.

Untuk nak cemerlang, memang banyak halangannya.

Selama kita kurang berusaha, bermalas-malasan dan masih keliru apa matlamat yang kita nak kejar, kita selalu berdepan dengan banyak halangan, seperti kata-kata tohmahan negatif, tuduhan melulu, pandangan negatif orang sekeliling, masa depan yang tak ketentuan. Sebab? Kerana kita tak tahu apa yang sebenarnya kita nak capai.

Nak jadi kurang cemerlang pun banyak juga halangannya.

Dalam dunia kita sentiasa ada dua pilihan, dua pintu, dua jalan.

Ia biasanya baik atau buruk, putih atau hitam, cemerlang atau gagal. Pilihan Anda menentukan sejauh mana perubahan hidup Anda, bahagia, biasa-biasa atau penuh duka.

Jika ditanya pilihan Anda yang mana satu, apa jawapan Anda?

Share This Post

Kata-kata Motivasi #22

"Seorang yang mempunyai kepercayaan terhadap sesuatu perkara, sudah cukup untuk menyamai kehebatan 99 orang yang hanya mempuyai minat" - Dr Tuah Iskandar.

Dari apa yang saya lihat pada orang-orang berjaya, mereka menonjol di dalam bidang mereka minati. Saya ambil contoh Hijjas Kasturi dan Azizi Ali .

Hijjas Kasturi menonjol di dalam bidang artikek dan seni reka bangunan. Sebut saja arkitek bangunan, terbayang Hijjas Kasturi.

Sedangkan, ada beribu lagi arkitek-artikel lain dalam bidang yang sama, industri yang sama iaitu kerjaya sebagai artikek. Sudah tentu setiap seorang dari mereka hebat-hebat belaka.

Azizi Ali, dikenali ramai sebagai penceramah kewangan. Sebut saja ceramah kewangan, seminar kewangan atau bengkel berkaitan hal-hal kewangan, mesti teringat Azizi Ali. Nama Azizi Ali dan wang rapat sekali.

Tetapi, tahukah Anda terdapat ramai lagi penceramah kewangan atau financial consutant di Malaysia selain Azizi Ali? Mengapa Azizi menjadi begitu menonjol?

Jawapannya hanya satu, semuanya dimulakan oleh kepercayaan mendalam dalam minda mereka.

Saya tak tahu kepercayaan cemana yang Hijjas Kasturi dan Azizi Ali katakan pada diri mereka sebab saya tak pernah jumpa lalu bertanya pada kedua-dua mereka. Saya benar-benar tak tahu ayat-ayat cemana yang selalu mereka bualkan pada diri sendiri untuk memberi semangat pada diri mereka.

Tetapi, saya tahu mereka ada kepercayaan mendalam, yakin mereka ada peluang untuk berjaya, mahu nama mereka dikenali ramai, menonjol dan menjadi pendahulu dalam bidang masing-masing mengatasi ramai lagi yang turut mempunyai minat serupa.

Paling penting, mereka menanam kepercayaan mendalam di minda yang satu hari nanti mereka akan berjaya. Hari itu adalah hari ini, saat Anda mengenali nama kedua-dua mereka.

Kepercayaan mendalam itu menarik apa yang mereka mahukan datang pada mereka. Mereka diulas dalam majalah-majalah, nama mereka ditulis dalam buku, orang kebanyakan menyebut-nyebut nama mereka dan kehebatan mereka.

Media memasarkan nama mereka, selepas itu barulah mereka dikenali ramai lalu dianggap berjaya.

Semuanya bermula dengan kepercayaan mendalam, bukan sekadar minat. Ada beribu (bahkan berpuluh ribu) orang di Malaysia yang minat pada arkitek, sama seperti Hijjas Kasturi.

Ada berpuluh ribu (mungkin juga beratus ribu!) orang di Malaysia yang minat kewangan seperti Azizi Ali dan mempunyai kelayakan berdaftar sebagai perunding kewangan bertauliah, sama seperti Azizi Ali juga.

Kejayaan mereka bukan hanya disebabkan oleh kebijakan mereka memasarkan skill dalam bidang masing-masing, tapi bermula dari kepercayaan mendalam yang diset oleh mereka satu ketika dulu, ketika mereka baru saja memulakannya.

Kini, nyatalah yang asas kepada kejayaan, paling asas sekali adalah bermula di minda.

Selepas itu, barulah ilmu, selepas itu baru kemahiran.

Minda membuka pintu-pintu kejayaan pada sesiapa yang menyedari kekuatannya. Terlebih dahulu, mesti ada kepercayaan mendalam.

Share This Post

Pandang Belakang Bila Ada Kegembiraan Di Dalamnya

Saya pernah kata dulu, jangan asyik pandang belakang. Sekali sekala tak apa, jangan selalu.

Maksud saya, jangan asyik mengingat masalah di masa lalu, ingat sesuatu musibah, penyesalan atau kesilapan kita kerana ia akan menarik emosi-emosi negatif, lalu menukar diri kita menjadi kurang bersemangat.

Tetapi, pernah tak Anda terfikir, jika emosi negatif membuat kita kurang bersemangat, maknanya, emosi positif juga boleh menukar emosi kita menjadi bersemangat! Kesannya sama, hasilnya berlainan.

Cemana nak buat? Cuma perlu ingat semula memori lalu yang ada kegembiraan di dalamnya.

Saya berikan beberapa contoh. Mungkin, Anda pernah memenangi anugerah, atau pernah dinobatkan sebagai juara beberapa tahun lepas, atau beberapa bulan lepas, atau baru-baru ini.

Contoh lain, mungkin Anda pernah disapa oleh seorang gadis cantik atau ketika belajar di universiti dulu, ramai orang minat dengan ketampanan atau kecantikan Anda.

Atau, Anda berjumpa dengan pasangan Anda sekarang ini saat bertembung di pintu perpustakaan, lalu berkenalan mulai saat itu. Kemudian, Anda menerima cahaya mata pertama, menyerikan lagi hidup Anda.

Mengingat kembali semua memori-memori gembira ni, sudah tentu membuat kita jadi gembira tiba-tiba.

Mengapa tidak ingat selalu supaya kita sentiasa jadi gembira? Satu kegembiraan boleh menarik kegembiraan yang lain, jika kita terus menerus gembira.

Fikiran kita hanya boleh memuatkan satu fikiran dalam satu masa, bukan dua fikiran sekaligus.

Anda hanya akan boleh memikiran satu perkara, selepas itu baru boleh memikirkan satu perkara lagi. Anda tidak boleh memikirkan dua perkara dalam masa yang sama.

Sekali lagi saya ingatkan Anda. Apa yang ada di fikiran kita juga ibarat doa.

Lebih banyak kita fikiran sesuatu, sama seperti kita berdoa supaya apa yang kita fikirkan itu dijelmakan datang pada kita.

Tak salah jika kita ingat masa lalu jika ada kekuatan di dalamnya, apatah lagi jika ada kegembiraan juga kerahmatan di dalamnya.

Bagi saya, saya suka mengingat masa ketika hari pertama saya pergi ke sekolah (takut tul time tu, tapi hepi benar!), tawa riang anak saudara yang nakal dan ketika mengucup tangan ibu dan bapa saya ketika di pagi Hari Raya Aidilfitri.

Membayangkan semula semua itu berkali-kali membuat saya makin bersemangat, sebab gembira setiap kali memikirkannya.

Bagi Anda, apa pula kenangan lalu yang menggembirakan Anda?

Saya percaya kita semua ada. Mesti ada.

Mungkin, bertemu pasangan idaman, dapat membeli kereta idaman, dapat membina blog sendiri, dapat berkenalan dengan orang baru, dapat inspirasi baru, dapat masuk ke Universiti impian, atau simply memiliki kerjaya yang selama ini menjadi idaman.

Share This Post

Dua Boleh Ubah Satu Tidak

Apa dia dua boleh diubah, satu tidak?

Dua tu adalah rezeki dan jodoh.

Satu, adalah mati. Mati adalah sesuatu yang pasti.

Bersedia sudahkah kita berdepan mati? Sebagai peringatan untuk Anda dan juga diri saya.

Kekadang merasa takut, sebab macam terasa pahala masih kurang, sedangkan dosa-dosa kecil yang terkumpul tak tahu berapa kilo dah beratnya. Mana tahu, timbangan dosa jadi lebih berat pula.

Jodoh masih boleh diubah. Sesetengah orang kata, jodoh dah tertulis di Luh Mahfuz, tapi kita tak tahu siapa sebenarnya jodoh kita.

Saat kita dah mengerti soal jodoh di usia akil baligh, ia menjadi satu misteri.

Walaupun kita dah berkahwin, masih ada risiko pasangan kita tu bukan jodoh kita. Maknanya, jodoh boleh berubah, diubah atau terubah.

Setujukah Anda? Atau Anda ada pendapat lain tentang soal ini?

Begitu juga dengan rezeki. Walaupun dah tertulis di Luh Mahfuz cemana rezeki kita nanti, namun rezeki masih boleh diubah, berubah dan terubah.

Rezeki bergantung pada usaha, ilmu dan ketakwaan. Ada orang kuat berusaha, sedangkan kurang pendidikan dan bukan Muslim pula. Cemana tu?

Usaha menjadi kekuatannya, pengalaman hidup itulah gurunya.

Jika kita ada ilmu, kerajinan dan ketakwaan mendalam, sudah tentu rezeki kita melimpah ruah kerana sikap sebegitu disukai oleh Allah, pemilik segala pintu-pintu rezeki dan pemegang kunci pada pintu-pintu kekayaan.

Maka, sudah tentu dia akan menunjukkan punca rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka munculnya, hanya kerana kita bertakwa. Dari apa yang saya baca, para ulama setuju, dahulukan takwa dulu, kemudian baru ilmu, baru usaha.

Soal jodoh dan rezeki sebenarnya boleh diubah, boleh diusaha, bukan hanya sekadar berserah pada takdir.

Walaupun saya juga masih belum jumpa siapa jodoh saya, saya bersedia untuk berjumpa dengannya, mungkin boleh berjumpa bila-bila masa, di mana-mana saja!

Share This Post

Kata-kata Motivasi #21

"Kalau Anda arif bijaksana Anda akan mengetahui bahawa kegagalan Anda sama pentingnya dengan kejayaan-kejayaan Anda" - Dr Tuah Iskandar.

Orang yang berjaya, berjaya kerana kegagalan banyak mengajar mereka cara yang mereka tak tahu.

Dari kegagalan, mereka bertemu dengan cara salah, cara bukan menjadi target mereka.

Walaupun gagal pahit dirasa, mereka bersyukur kerana ada peluang untuk bangkit, keluar dari kegagalan.

Gagal di masa lalu sudah tidak boleh diubah.

Kejayaan hari esok masih boleh dibentuk hari ini, saat ini.

Sejarah masa depan masih boleh ubah, kerana ia belum terjadi.

Kegagalan sama penting dengan kejayaan kerana gagal membentuk kita dan mendidik kita supaya nampak apa yang orang lain tak nampak.

Kita dah tahu cara yang salah, jadi itu menambahkan pengetahuan kita, pengalaman kita.

Inilah yang diketahui oleh orang-orang bijaksana.

Inilah sebab mengapa mereka sanggup gagal, berani gagal kerana mereka tahu kegagalan memberi mereka sesuatu.

Ia adalah ilmu, pengalaman dan pengetahuan!

Orang yang kurang bijak, sudah tentu menuding jari pada kegagalan, menyesal gagal dan kecewa amat sangat saat dikelubungi kegagalan.

Jalan ke depan tak nampak, apalagi jalan nak meneruskan usaha.

Yang nampak adalah wang, tenaga dan masa. Hangus terbakar, tanpa hasil sedikit cuma. Kesan daripada itu, tanggapan negatif tentang kegagalan melekat di minda mereka.

Mulai saat ini, ubah tanggapan Anda terhadap kegagalan. Fikir positif selalu.

Kegagalan, walaupun perit, semakin membawa Anda hampir kepada kejayaan. Jadi, tak rugi jika kita berani gagal, berani ambil risiko.

Share This Post

Apa Yang Difikir Saat Bangun Pagi

Tiap kali membuka mata setiap pagi, apa yang Anda fikir saat bangun ?

Adalah malas? berat? syok tidur? atau tertekan fikir pasal kerja?

Walau apapun yang akan Anda fikirkan, hati-hati memilih apa yang ada di fikiran.

Kenapa pula saya perlu nasihatkan Anda supaya berhati-hati?

Gini, fikiran kita mempengaruhi fizikal kita. Apa yang kita fikirkan di dalam minda ketika bangun di awal di pagi akan segera masuk ke dalam minda separa sedar.

Ketika rasa mengantuk atau baru bangun dari tidur, gelombang minda berada di arus Alpha. Pada gelombang ini, apa saja yang Anda fikirkan akan segera ditangkap masuk oleh minda separa sedar kerana minda berada dalam keadaan yang cukup-cukup tenang. Kosong lagi.

Selepas itu, minda separa sedar akan menyelaraskan fizikal Anda mengikut apa yang Anda fikirkan. Minda separa sedar boleh buat camtu sebab dia yang kawal kadar degupan jantung, pernafasan, saraf tunjang, perut, perjalanan darah dan otot badan.

Jika kita fikir malas, tertekan atau tak suka bangun pagi , maka itulah yang akan jadi. Kita akan rasa malas sampai ke petang. Pernah tak Anda alami keadaan camni? Cemana boleh jadi gitu?

Minda separa sedar menyelaraskan sistem saraf, perjalanan darah, pernafasan dan kadar degupan jantung supaya menjadi perlahan, slow-slow saja, agar Anda sentiasa rasa malas, tertekan dan tak suka bangun pagi . Kesannya, asyik rasa mengantuk. Longlai saja.

Jika kita fikir nak berjaya, nak menjadikan hari ini hari yang cemerlang buat diri kita, nak hari ini hari yang gembira buat kita, serta merta kita akan jadi bersemangat walaupun baru saja bangun di awal pagi . Kita akan bergegas mandi, bersarapan dan bernyanyi-nyanyi gembira.

Bagaimana pula ini boleh terjadi? Sebab di fikiran, kita berniat mahu menjadi gembira.

Saat ketika Anda pasang niat nak menjadikan hari ini hari yang gembira buat Anda saat Anda baru saja bangun pagi , minda separa sedar menangkap apa yang Anda fikiran lalu mengubah degupan jantung, kadar pernafasan dan kadar pergerakan otot supaya menjadi cepat.

Kesannya, Anda menjadi cukup cergas, bertenaga dan bersemangat!.

Share This Post

Cara Nak Kirim Kad Raya Atau Kuih Raya

Salam Ramadhan buat pembaca iMotivasi, juga buat Anda.

Banyak saya terima kiriman SMS cemana nak kirim kad raya ke alamat saya.

Ok, kat sini saya letakkan alamat kampung. Rumah kampung, tak ada nombor, sebab itu kami ramai menyewa peti surat dipejabat pos. Posmen di Semporna tak masuk ke kawasan kampung.

Bagi pembaca iMotivasi yang nak kirimkan kada raya, kuih raya, hadiah atau yang serupa dengannya, boleh kirim ke alamat berikut..

"Mohd Shukri Abdullah, Peti Surat 178, 91308 Semporna, Sabah."

Cara lain, boleh send ucapan melalui SMS ke 016 834 0107 . Privasi Anda keutamaan saya, sebab saya tak akan mendedahkan nombor dan nama Anda kepada orang lain.

Kepada pembaca iMotivasi yang mengirimkan kad raya atau kad digital, saya ucapkan ribuan terima kasih. Pemberian Anda membuat hidup saya lebih bermakna, syukran jazilan dan terima kasih..thank you!

Share This Post

Kata-kata motivasi #20

"Ramai orang yang nak berjaya, tapi tak sanggup nak membayar harganya" - Dr Tuah Iskandar

Ini realiti hidup. Ramai orang nak berjaya, tapi dalam proses mencapai kejayaan, mereka berhenti kerana tak sanggup menanggung peritnya.

Kejayaan memang manis, tapi sebelum sampai ke situ, banyak kepayahan yang kita kena lalui. Kepayahan yang cemana tu?

Anda perlu…

1. Sanggup Berkorban.

Sanggup tidak melakukan apa yang menjadi kebiasaan orang, seperti tak menonton tv lama-lama, kurang bershopping, kurang jalan ambil angin, cari makan atau cari aweks (oops!).

2. Menangguhkan Keseronokan.
Susah-susah dulu, senang-senang kemudian. Sikit saja orang yang sanggup susah dulu, senang kemudian.
Tapi, nak senang dulu tanpa berusaha bekerja. Tak terfikir yang mungkin akan susah kemudian.

3. Gagal Banyak Kali.
Tiap kali gagal, Anda akan berdepan rasa sakit hati, geram dan kecewa kerana usaha Anda gagal. Kena banyak bersabar.

Tapi, banyak bersabar itulah tak ramai orang sanggup buat. Sebab, mereka hanya mahu hasil datang cepat!

4. Sikap Berlainan.
Bila tekad mengejar kejayaan, Anda akan berubah jadi orang positif.

Orang akan heran dengan Anda sebab Anda cool saja. Sebagai contoh, Anda tak mudah marah, tak mudah melatah, cepat memaafkan orang dan cepat melupakan kesalahan orang pada diri Anda, sedangkan orang lain cukup marah setiap kali diperlakukan sebegitu.
Kekadang, Anda dianggap bodoh sebab lebih suka mendiamkan diri. Kan ke marah-marah tu sikap negatif?

5. Dicemuh, Diketawakan, Diperlekeh.
Orang akan ketawakan Anda bila Anda jarang keluar, kurang berseronok, sikap berlainan dan sanggup mengorbankan masa selesa hanya kerana mahu bekerja.

Jika tekad nak jadi student cemerlang, pekerja cemerlang, usahawan cemerlang, belia cemerlang, perlu sanggup membayar harganya terlebih dahulu. Perlu bersedia di minda, di hati, di jiwa.

Untuk berjaya, kena sanggup kuat semangat. Mesti LiveStrong !.

Share This Post

Pakai Panah, Peluru Atau Laser?

Bagaimana Anda saat menegur kesalahan seseorang?

Adakah dengan cara kasar tapi direct to the point?

Berkias-kias, atau menegur dengan cara menyindir dia?

Anda boleh pilih sama ada nak menggunakan pendekatan panah, peluru atau laser. Gunakan dengan bijak, sesuaikan dengan keadaan.

Panah bila terkena, lukanya tak berapa dalam, lubangnya kecil saja tapi sakit. Ini adalah stail teguran nipis, lembut, berhemah, supaya dia fikir sendiri apa salahnya.

Gunakan teguran stail panah bila Anda cuma mahu menegur saat pertama dia buat salah, atau Anda memilih menegur dia dengan lembut.

Peluru bila ditembak, momentumnya sangat tinggi. Kelajuan peluru membuat kesannya bila terkena amat-amat sakit, dalam pula.

Teguran seperti peluru adalah teguran direct to the point, terkeluar semasa kita dalam emosi marah, sakit hati atau tertekan .

Saat itu, kita menegur dengan suara tinggi, seperti mengherdik atau meneriak. Namun, ada juga yang menegur dengan suara perlahan, tapi berubah tiba-tiba meninggi selepas itu.

Gunakan teguran peluru saat orang tu degil, tak dengar cakap, melawan atau keras kepala.

Laser bila dipancar, sinarannya nipis, kecil, halus tapi lukanya berbekas hitam seperti kesan terbakar. Sinar laser membunuh sel-sel kulit, menjadikannya mati tak berganti lagi.

Teguran laser adalah stail teguran kasar, tegas, pedis, menyindir dan nampak kurang ajar. Tak semua orang sesuai dengan kata-kata sebegini, jadi kena tengok orang dulu bila Anda menegur.

Orang yang menegur dengan stail laser biasanya menegur dalam emosi stabil, atau dalam emosi marah yang ditahan-tahan, ketara emosionalnya . Mereka tak menegur dengan suara tinggi, tapi suara yang dilontar sambil kepala dipalingkan ke arah lain.

Ada juga menegur dengan memberi senyuman, sebagai tanda sindiran yang dia sedang marah.

Ketiga-tiga stail teguran ni memberi kesan berlainan, ditujukan pada orang yang perangainya berlainan, sikapnya berlainan. Anda, sebegai orang yang menegur, kaji dulu siapa yang Anda nak tegur, analisis cemana orangnya.

Walau apapun cara Anda menegur, satu saja yang saya mahu sampaikan. Tegurlah untuk kebaikan orang lain, sambil tu untuk menjadi peringatan pada diri sendiri juga.

Sebab, kadang-kadang saat kita tegur orang, tapi salah sendiri kita tak nampak.

Share This Post

Kata-kata Motivasi #19

"Satu kesalahan besar yang boleh Anda lakukan dalam hidup Anda ialah terus menerus bimbang yang Anda akan lakukan kesalahan." Dr Tuah Iskandar.

Kita takkan lepas dari melakukan kesilapan. Tapi, jangan kerana kesilapan sekali, kita tidak sanggup bangkit lagi.

Orang-orang berjaya menerima kesilapan, tapi tidak kecewa lama, lebih dari 10 minit.

Sebab, mereka tahu bila simpan kecewa tu lama-lama, ia akan menarik banyak lagi situasi yang akan membuat mereka terus menerus kecewa, lalu sering berduka.

Jadi, mereka memilih untuk berani melalukan kesilapan, mereka berani ambil risiko.

Sikap berani membuat mereka bersemagat kerana mereka bersedia mendepani apa jua yang akan berlaku nanti.

Share This Post

Bagaimana Membina Disiplin Dalam Menjaga Emosi Positif

Mengawal emosi memerlukan disiplin . Jadi, untuk itu kita perlu berubah jadi orang ada disiplin .

Kawalan emosi rapuh kerana kita kurang berdisiplin menjaga emosi.

Kita tak ada stamina emosi positif, kerana kita banyak menghampirkan diri pada benda-benda yang sering membangkitkan emosi negatif.

Sebagai contoh, kita suka dengar berita di tv, baca berita di suratkhabar, Internet, radio atau join perbincangan orang pasal isu-isu semasa.

Kita seringkali suka membaca artikel yang mengandungi komen-komen negatif pada ekonomi, sosial dan politik tanpa kita seda itu sebenarnya merubah emosi kita menjadi negatif. Bukan negatif yang biasa, yang kaw-kaw punya, pekat, susah nak diubah.

Kita juga suka berkata pasal orang lain, mentertawakan kekurangan mereka, cakap pasal tabiat mereka atau menyuarakan rasa tak puas hati atas sikap mereka.

Juga, seringkali mentertawakan orang, memandang rendah atau Anda suka menunjuk.

Kesannya, kita tak ada disiplin dalam menjaga emosi-emosi positif, tetapi lebih suka layan emosi negatif seperti rasa kurang puas hati, geram, sakit hati, marah, dendam dan benci saat kita menonton, mendengar dan membaca berita-berita ni.

Oh, saya dah bongkarkan rahsia mengapa Irfan Khairi tak beli suratkhabar dan faktor mengapa dia tak tengok berita.

Bagaimana nak membina disiplin dalam menjaga emosi positif?

Ikuti langkah di bawah…

1. Membaca Bahan-bahan Bacaan Positif.

Baca sebanyak mungkin kisah kejayaan orang lain, bagaimana mereka mendapat inspirasi untuk berjuang dan apa yang mendorong mereka supaya jadi bermotivasi.

2. Berkata Hal-hal Positif, Idea-idea Positif Saja.

Bincang selalu bagaimana nak memajukan diri, bagaimana mengubah sikap menjadi lebih baik, cara cemana nak mencemerlangan diri dalam pelajaran, pekerjaan dan perniagaan.

3. Berusaha Menggembirakan Diri.

Be strong, latih diri supaya sentiasa gembira, jadi tenang walau sesedihmanapun dugaan menimpa. Elak untuk jatuh ke dalam emosi sedih, walaupun sedikit.

4. Memikir Memori Gembira Dan Pencapaian Lalu Yang Menjadikan Anda Cukup Bangga.


Kesannya, tiap kali memikir memori gembir dan pencapaian lalu yang menjadikan Anda bangga merubah fikiran jadi bersemangat, lalu ada inspirasi untuk meneruskan usaha.

5. Elak Perkara Sedih-sedih, Kesengsaraan, Keperitan, Kesusahan.

Jangan selalu menonton drama tv yang sedih-sedih, yang memaparkan keperitan berakhir dengan kesedihan. Tetapi, tontonlah drama yang oenuh dengan kegembiraan, cinta bahagia dan yang ada membuat Anda ketawa.

Bukan tak boleh tengok yang sedih-sedih, tapi kurangkan kerana ia membuat minda Anda menarik kesedihan terjadi pada diri Anda.

6. Jaga Apa Yang Dengar, Perhati Dan Renung.

Elak sedih sekali ketika mendengar lagu-lagu sedih, lagu perpisahan, putus cinta atau yang bernada pilu.
Jika Anda suka dengar lagu sedih-sedih, lebih baik ubah sikap tu sekarang.

7. Paling Penting, Tekad Menjaga Emosi Positif.

..dari pagi sampai ke waktu tidur, setiap hari sepanjang Anda hidup. Fikir positif walau apapun berlaku.

Berani buat? Cabar diri Anda!

Untuk berjaya, kita perlu menjadi sedikit pemilih.

Pilih positif saja, lupakan negatif. Bila tekad nak berjaya, Anda mesti sanggup melakukannya!.

Share This Post

Untuk Apa Selalu Semak Attitude Positif

Adakah Anda selalu semak attitude kita?

Adakah Anda selalu menilai bagaimana prestasi mindset Anda?

Jika belum, lakukannya segera. Sebab? Mana tahu kita tersilap, kita terjerumus sedikit ke fikiran-fikiran negatif.

Sudah tentu Anda tahu keburukan dari melayan fikiran-fikiran negatif di dalam kepala.

Ingatkan diri supaya sentiasa berfikiran positif, sebab kita sebagai manusia biasa takkan lari dari melakukan kesilapan.

Orang-orang cemerlang menyemak attitude diri mereka sepanjang masa.

Mereka adalah pengkritik tetap pada diri sendiri, bahkan mengkritik sejujur mungkin pada setiap inci kesilapan mereka.

Itu orang cemerlang, ini kita. Takkan pernah sama.

Tapi, tahukah Anda pemikiran sebegini hanya akan merugikan diri Anda sendiri?

Walaupun orang cemerlang dan diri kita adalah dua orang yang cukup berlainan, tak ada salahnya jika kita menjadikan orang cemerlang tu sebagai contoh kita, pengukur sejauh mana sikap kita dan idola kita dalam diam.

Serap sikapnya yang baik-baik, ambil sebagai sikap kita, ubah sedikit supaya sesuai dengan diri sendiri, selepas itu serap menjadi tabiat, jadi kebiasaan.

Mulai hari ini, semak attitude positif Anda dengan kerap.

Jangan selalu puas hati dengan prestasi semasa, tapi cabar diri untuk capai prestasi lebih baik dari sebelumnya.

Share This Post