Paip Air - Motivasi Tersirat
Dalam beberapa hari ini saya bergusti dengan air, bukan air kolam mahupun yang fizikal tetapi pam air dan paip air. Walaupun dah berkali-kali saya perbaiki, namun hasil yang nampak berada di luar jangkaan. Apa yang dah dibetulkan rosak lagi, tak tau di mana silapnya.
Namun, saya percaya jika saya konsisten dalam usaha dan mengkaji apa lagi cara yang saya boleh buat untuk memperbaikinya, segala masalah akan selesai dan kami serumah boleh menikmati air paip yang dingin serta menyegarkan. Lalu, itulah apa yang saya lakukan, tanpa mengenal erti penat lelah, saya terus memperbaikinya walaupun dah banyak kali rosak.
Prinsip saya, jangan banyak cakap, jangan banyak komplen. Dont just blame, blame and blame .. ia takkan buat masalah selesai.
Diamkan mulut, rajinkan tangan dan fokuskan minda untuk terus buat kerja yang perlu. Kawan-kawan serumah asyik pula asyik tertekan sebab pam air selalu rosak, tapi masih tak buat apa-apa, bahkan sampai ada yang melepas geram ngan pintu bilik, stress katanya. What can i say? Ia tak merubah apa-apa..
Jika orang lain di tempat saya, bukan mudah melakukan sesuatu yang Anda tak pernah dilakukan selama ini, apatah lagi dalam situasi yang meruncing, menekan dan mendesak. Saya tak tahu langsung cara nak baiki paip air, namun, i do it all based on instinct.
Sebab, saya dah menanam kepercayaan dalam diri pada tahun lalu yang saya boleh melakukan apa saja dengan izin Allah. Mulakan dengan Bismillah dan petunjuk akan muncul bila-bila masa. Ia mungkin datang dalam bentuk idea dan ilham, walaupun Anda buat kerja seorang diri.
Tips ini juga baik untuk Anda, kerana ia terbukti berkesan pada saya. Maknanya, ia berkesan pada Anda juga.
Boleh Berjaya Dalam Apa Saja Yang Anda Lakukan,
Tak Kira Besar Atau Kecil.
Bagi saya, kejayaan membaiki paip air dan pam air merupakan kejayaan kecil yang sungguh bermakna, bahkan saya dapat belajar sesuatu yang berguna. Jadi, maknanya, saya boleh mencapai kejayaan yang lebih besar selepas ini!
Fikir tentang kejayaan, Anda akan menarik kejayaan !
- Shueqry -
all for one, one for all.
Tips Motivasi Lain Yang Berkaitan
Lance Armstrong - Inspiration
Berfikir Positif, Bertindak Positif
Usaha Dengan Konsisten
Tingkatkan Keyakinan Diri
Maksud Fikiran Positif
Masalah Takkan Kekal
Recomended Readings By Shueqry
Dilema Pelajar Melayu - Mengapa Kurang Berdaya Saing?
klik di sini untuk ketahui jalan penyelesaiannya
http://smartz.wordpress.com/
Pendapat Anda Mengenai Artikel Ini?
August 26th, 2007 at 11:12 pm
Siap dibaiki jua.
Tahniah. Kecil atau besar sesuatu kejayaan adalah bergantung kepada perspektif orang yang melihatnya.
Saya melihatnya sebagai suatu kejayaan yang besar. Kejayaan yang saya lihat bukan sekadar kejayaan membaiki paip air tetapi juga kejayaan Shueqry dalam mengekalkan kesabaran diri.
Mudah dicakap tapi tak ramai yang mampu melakukannya. Betul tak, Shueqry?