Pakai Panah, Peluru Atau Laser?

Bagaimana Anda saat menegur kesalahan seseorang?

Adakah dengan cara kasar tapi direct to the point?

Berkias-kias, atau menegur dengan cara menyindir dia?

Anda boleh pilih sama ada nak menggunakan pendekatan panah, peluru atau laser. Gunakan dengan bijak, sesuaikan dengan keadaan.

Panah bila terkena, lukanya tak berapa dalam, lubangnya kecil saja tapi sakit. Ini adalah stail teguran nipis, lembut, berhemah, supaya dia fikir sendiri apa salahnya.

Gunakan teguran stail panah bila Anda cuma mahu menegur saat pertama dia buat salah, atau Anda memilih menegur dia dengan lembut.

Peluru bila ditembak, momentumnya sangat tinggi. Kelajuan peluru membuat kesannya bila terkena amat-amat sakit, dalam pula.

Teguran seperti peluru adalah teguran direct to the point, terkeluar semasa kita dalam emosi marah, sakit hati atau tertekan .

Saat itu, kita menegur dengan suara tinggi, seperti mengherdik atau meneriak. Namun, ada juga yang menegur dengan suara perlahan, tapi berubah tiba-tiba meninggi selepas itu.

Gunakan teguran peluru saat orang tu degil, tak dengar cakap, melawan atau keras kepala.

Laser bila dipancar, sinarannya nipis, kecil, halus tapi lukanya berbekas hitam seperti kesan terbakar. Sinar laser membunuh sel-sel kulit, menjadikannya mati tak berganti lagi.

Teguran laser adalah stail teguran kasar, tegas, pedis, menyindir dan nampak kurang ajar. Tak semua orang sesuai dengan kata-kata sebegini, jadi kena tengok orang dulu bila Anda menegur.

Orang yang menegur dengan stail laser biasanya menegur dalam emosi stabil, atau dalam emosi marah yang ditahan-tahan, ketara emosionalnya . Mereka tak menegur dengan suara tinggi, tapi suara yang dilontar sambil kepala dipalingkan ke arah lain.

Ada juga menegur dengan memberi senyuman, sebagai tanda sindiran yang dia sedang marah.

Ketiga-tiga stail teguran ni memberi kesan berlainan, ditujukan pada orang yang perangainya berlainan, sikapnya berlainan. Anda, sebegai orang yang menegur, kaji dulu siapa yang Anda nak tegur, analisis cemana orangnya.

Walau apapun cara Anda menegur, satu saja yang saya mahu sampaikan. Tegurlah untuk kebaikan orang lain, sambil tu untuk menjadi peringatan pada diri sendiri juga.

Sebab, kadang-kadang saat kita tegur orang, tapi salah sendiri kita tak nampak.

Share This Post

7 Responses to “Pakai Panah, Peluru Atau Laser?”

  1. nizamadib Says:

    Satu artikel yang sangat berfaedah. Kita semua mesti melalui saat saat seperti ini.

  2. syahida Says:

    its helpful tips in order to improve our interpersonal communation skill

  3. Maria Says:

    Kupasan yg menarik..byk orang yg suka menegur dgn cara yg tidak sesuai..tak menghormati perasaan orang..saya sendiri mengalaminya..sedara sendiri pun begitu juga..akibatnya saya rasa betul2 kecewa..salah sendiri tak sedar dan tak nampak..alangkah baiknya jika artikel ini dibaca oleh orang2 begitu.. :(

  4. alin Says:

    susah sebenarnya nak menegur org nih…kekadang saya diam jer…tapi kalo diam pun tak leh…delima sungguh!!

  5. Shueqry Says:

    Alin, tengok situasi, tengok orang. Last-last, memang leh tegur punya!

    Maria, mudah-mudah artikel ini satu tazkirah dan teguran buat mereka.

    Syahida, share it with others, so they can improve too..

    Nizamadib, benar..kita semua melaluinya, jika tidak sekarang, mungkin bila-bila masa saja nanti.

  6. Ryna Juan Says:

    Bagi saya kalau nak menegur biarlah secara lembut, berhemah supaya dia fikir sendiri apa salahnya. Sebab sebagai manusia jiwa akan mudah tersentuh walau sebesar hama pun kalau kita dimarahi, ditegur secara kasar. KESANNYA adalah lebih mendalam dan ada kalanya akan berakhir dengan DENDAM. Kalau kita menegur secara lembut…SETIDAK2NYA jauh disudut hatinya akan terfikir untuk berubah kepada kebaikan..

  7. Ryna Juan Says:

    Sueqry saya nak tanya soalan yang melibatkan HATI? Betul ke kalau kita asyik terkenang dengan seseorang, wajahnya selalu timbul diingatan kita, adakah orang itu pun akan teringatkan kita atau sebaliknya? Kadangkala secara tiba-tiba ia muncul dalam MIMPI kita walaupun kita tiada apa ingatan padanya. Kenapa ia jadi MACAM tu….?

Komen? Pendapat?