Pandang Positif Dalam Negatif
Kekadang Anda akan berjumpa dengan orang yang tak sukakan Anda. Anda tak tahu sebab apa dia tak suka Anda, jadi jangan sesekali mempersoalkan mengapa dia begitu atau seringkali berfikir mengenainya.
Tetapi, pandang kepada nilai-nilai positif yang ada dalam dirinya. saya dah ulang perkara ni banyak kali sejak dari tahun 2007 lagi.
Walau sejahat cemanapun orang tu, pedih cemana pun dia sakitkan hati Anda, fokus kepada sifat-sifat baiknya. Sebab, fokus kepada keburukan yang dia lakukan pada Anda, hanya akan membuat Anda tidak bersemangat, lemah longlai, down jadinya serta merta.
Semua orang ada sikap baik, juga sikap tak baik.
Pandang yang positif, dalam yang negatif. Fokuskan pada yang positif saja, walau pada zahirnya dia seorang yang lebih banyak berfikiran negatif, kuat mencaci dan mempamerkan muka yang tak menyenangkan.
Orang yang berfikiran negatif biasanya suka memandang buruk pada kemajuan orang lain. Anda maju sikit, dia jeles, berdendam, bahkan benci dengan Anda. Dalam hatinya penuh kata-kata negatif, caci maki dan bintik-bintik hitam yang sukar dibuang.
Bila jumpa orang camni, pedulikan dia. Biarkan dia sendiri, terkurung dengan pemikirannya dan dunianya. Selagi dia tak kacau Anda atau mencederakan Anda, biarkan saja dia.
Tetapi, teruskan dengan usaha Anda mahu mencapai matlamat kejayaan.
Lupakan saja dia, walaupun dia muncul setiap hari di depan mata Anda. Relaks, be in control, but donno saja..
Tak semua orang bukan melakukan apa yang saya sarankan ni. Sebab, tak semua boleh melupakan apa yang menyakitkan hati mereka, atau memaafkan kesalahan orang yang membuat mereka sakit hati tu.
Anda perlu kuat semangat, Anda perlu berani menjadi pemaaf.
Orang-orang berjaya, mengambil keputusan untuk melihat pada aspek-aspek positif saja, hanya yang positif lalu mengelak dari melihat yang negatif (walaupun sedikit). Elak sejauh yang mungkin, lupakan selupa yang mungkin.
Sekali lagi, ia memerlukan semangat yang kuat. Kuatkan jiwa, kuatkan minda.
LiveStrong!
Salam..
↓ Quote | Posted June 14, 2008, 2:52 pmThanx so much Shueqry.
Really appreciate =)
Live Strong!
salam
pada pendapat saya, perkara ini sama seperti dalam SWOT analisis, iaitu di mana, W - weaknesses , dan bagaimana seseorg usahawan itu hendak menutup W ini pada produk yang ditawarkan dalam pasaran?
Dgn tonjolkan S - strength. dan pastikan juga, S tu adalah yang kukuh, kuat dan tidak boleh dicabar supaya tiada T - treat daripada pesaing anda.
tq!
↓ Quote | Posted July 24, 2008, 4:40 pmhuh! memang dalam kehidupan nie.. kalau ade someone yang benci dengan kite tapi kite tak tahu sebab dan mengape agak pelik rasenye.. sampai sekarg.. walaupun sy juz wat tak taw dgn care dieh.. tapi yang lebih menyakitkan hati bile dieh pergunekan rakan dieh utk saund sy… but!!! ape yg sy nak katekan… mcm mane klw kte pandg positif dlm dirinye tapi dieh pulak yg menambah2 rase sakit hati kite.. help!
↓ Quote | Posted July 28, 2008, 12:51 ambaguihh
↓ Quote | Posted August 2, 2008, 10:51 am