Pekerja Kontrak Yang Bersemangat
Salam pembaca iMotivasi, moga Anda memulakan hari ini dengan penuh semangat!
Ketika berbasikal tiap hari ke tempat kerja, saya berjumpa dengan bermacam ragam orang. Melihat perilaku mereka membuat saya sering berfikir kenapa, sebab apa, mengapa dan bagaimana.
Satu yang pasti mereka, mereka ada pekerjaan masing-masing dan sesuatu yang mereka usahakan. Di ini saya ternampak motivasi tersirat dalam diri mereka.
Setiap pagi, saya selalu bertemu dengan segerombolan pekerja kontrak yang berbasikal ke tempat kerja. Mereka dalam 10-13 orang lebih kurang. Saya cuma seorang saja.
Tiap kali saya melintas di tepi mereka, salah seorang daripada mereka selalu tersenyum dan menyapa. Kebanyakan mereka memberi kata-kata semangat pada saya, sebab saya berbasikal laju daripada mereka.
Maybe sebab di basikal saya ada logo LiveStrong, ada sorang pakcik tu berteriak, “go go go!”
Wow, siapa yang tak naik semangat kalau camtu!
Sinar bangga terpancar di wajahnya. Saya jadi cukup gembira!
Satu yang pasti, saya lihat mereka begitu rajin. Lalu, saya membuat kesimpulan.
Walaupun mereka hanya pekerja kontrak, mereka bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Bila jadi pekerja kontrak, mereka jadi pekerja kontrak yang benar-benar rajin, yang ada motivasi.
Jadi, bila jadi pelajar, jadilah pelajar yang benar-benar tekun, yang cemerlang dalam setiap keputusan peperiksaannya.
Bila jadi pekerja, jadilah pekerja yang benar-benar ada dedikasi terhadap tugasan, yang sangat amanah dengan majikannya.
Bila jadi usahawan, jadilah usahawan yang berniaga dengan penuh telus, jujur serta memberi yang terbaik buat pelanggannya.
Walau apa jua anda lakukan, buat betul-betul. Pamerkan kesungguhan.
Set target, set dealine, rajinkan usaha dan lihat sejauh mana pencapaian Anda.
Ubah diri menjadi orang biasa, kerana hanya orang luar biasa dapat mencapai kejayaan yang juga sangat luar biasa!