Pelawat iMotivasi Sukakan Tips Motivasi Pendek

Betul kata pepatah, keep it short and simple, straight to the point! Hasilnya benar-benar memuaskan.

Setelah setahun berada di ruang Internet Malaysia, blog iMotivasi terus diburu populariti.

Mengikut statistik terkini, blog ini mendapat lebih 20, 000 pengunjung tetap dalam sebulan dan kini berjaya mencapai 1166 orang subscriber. Jumlah ini terus meningkat dari sehari ke sehari.

Berbanding dengan tahun lalu, artikel-artikel yang ada di iMotivasi lebih ringkas, simpel dan pendek. Sebab, trend pembaca blog sendiri sukakan informasi segera dan senang diamalkan. Pembaca lebih banyak klik pada artikel-artikel motivasi pendek.

Mereka masuk, baca artikel terkini lalu pergi. Ada yang print out lalu dikongsi bersama kawan-kawan. Thank You!

87% pembaca iMotivasi adalah dari kalangan non-bloggers, selebihnya adalah penulis blog, wartawan, graphic desinger, penulis buku, jurnalis dan webmaster (termasuk juga internet marketer). Dari golongan pembaca, 79% melayari iMotivasi menggunakan browser Internet Explorer.

Imej dibawah adalah petikan statistik terkini pelawat iMotivasi. Kebanyakannya masuk ke iMotivasi selalu meluangkan masa kurang dari 5 saat.

klik untuk imej yang lebih besar

Guess what? Fakta ini menunjukkan pembaca blog sukakan tips motivasi pendek! Lebih banyak tips motivasi pendek, lebih ramai pelawat yang masuk.

Populariti iMotivasi juga menjadi pencetus inspirasi pada ramai blogger baru. Terkini, salah seorang pembaca iMotivasi telah memulakan blognya sendiri. Banyak lagi blog-blog pembaca iMotivasi sebenarnya, tapi yang ni saya sempat track.

Layari http://motivasimama.blogspot.com. Kalau boleh, tinggalkan komen, pesan saya yang rekemen ya! Moga komen-komen itu membuat dia makin bersemangat menulis blog.

Saya tahu ramai pembaca iMotivasi yang menyokong blog ini dalam diam. Sokongan Anda amat berharga buat saya, bahkan lebih bernilai dari sebiji permata. Thank you…

Sms yang saya terima tak pernah putus, sampai henpon saya jadi sesak dibuatnya!.

Itulah penangan sebuah blog motivasi

Share This Post

2 Responses to “Pelawat iMotivasi Sukakan Tips Motivasi Pendek”

  1. JuliaNa Says:

    Betul tu, saya sukakan tips yang pendek dan direct to the point. Cepat masuk bila baca.

    Tahniah, nampaknya dah berjaya melahirkan blogger2 motivasi baru.

  2. mama Says:

    aslmkum…hai shueqry…terimakaseh kerana promote blog mama kat kawan-kawan..memang menyuntik semangat untuk lebih berjaya….sebagai orang baru banyak benda yang perlu mama ketahui..teruskan menyokong shueqry mencapai cita-citanya…kepada yang telah memberi komen kat blog mama,its all about life,thinkerich,basyirah dan manje…terimakaseh banyak2…

Komen? Pendapat?