Pemikiran Negatif Punca Masalah.
Selamat pagi! Apa khabar Anda? Saya sungguh ceria dan bersemangat hari ini.
Kemarin saya tak dapat nak update artikel motivasi terbaru, sebab sibuk dengan urusan adik saya yang akan mula sesi kolejnya pada bulan September ni, seharian masa habis kat luar. Cuaca kat KK juga dah tak menentu, pagi cerah dan petang ujan.
Dalam pada itu, saya berfikir apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan pemikiran negatif dan mengapa ia menghalang kejayaan dari datang kepada orang yang selalu berfikiran negatif. Selepas tu, saya mencari-cari cemana untuk menghalang pemikiran negatif ni.
Bagi saya, sangkaan buruk pada orang lain, situasi, perkara, benda dan apa saja adalah pemikiran negatif. Ini termasuk bila Anda mentertawakan, memperlekeh, benci, meluat, memandang rendah dan menyampah pada orang lain.
Bila Anda benci pada orang lain dalam diam, secara automatik Anda akan menarik rasa benci orang tu pada diri Anda tanpa Anda sedari. Kemudian, dalam masa yang sama, Anda juga akan menarik situasi-situasi yang menjadikan Anda lebih benci kepada orang tu dan menjadikan Anda semakin benci pada apa jua benda, orang perseorangan, perkara dan pada sesiapa sahaja.
Kenapa? Sebab Anda asyik layan rasa benci dan selalu memikirkan perkara-perkara yang membuat Anda semakin benci, bahkan macam syok pula layan rasa benci.
Minda separa sedar sensitif pada sukma rasa yang ada dalam hati Anda. Minda separa sedar juga sensitif pada apa yang ada di fikiran Anda.
Seandainya Anda sering bersangka buruk, maka segala yang datang pada Anda juga yang buruk-buruk sebab minda menarik apa yang serupa di fikiran Anda. Ini saya panggil ‘faktor penarik’ atau dalam kata Inggerisnya Attractor Factor.
Ini semua mainan minda. Minda separa sedar hanya ikut apa yang ada di dalam hati dan apa yang sering Anda fikirkan.
Oleh itu, kawal hati, emosi dan perasaan, Anda sudah boleh mengawal minda. Di sini pentingnya kecerdasan emosi, Anda perlu bijak mengawal emosi.
Anakin Skywalker menjadi pahlawan jahat kerana dia membenarkan emosi negatif menguasai 100% dirnya, rasa marah, dendam kesumat dan rasa di khianati memenuhi hatinya lalu menjadikan dia seorang lelaki yang tak kenal erti peri kemanusiaan dan hanya tahu membunuh.
Jika Anda lihat orang yang sedang marah, emosi buruk menguasai dirinya dan dia akan buat apa saja untuk melepas rasa marahnya tu, akibatnya dia terjerumus dalam situasi yang buruk dan yang tak keruan, kerana logik akal sudah hilang, diganti dengan emosi negatif (marah) yang menjadikan dia tak tahu nak buat apa hanya nak lepas rasa marah saja.
Bila dia dah ok, selalunya orang yang marah tak tentu pasal ni menyesal berpanjangan, kawan menjauh, kekasih hati merajuk, adik-beradik jadi dah tak ngam dan ada saja yang tak kena, last-last jadi tak cemerlang.
Ok, Anda dah tahu pemikiran negatif dan kesan buruknya. Kalau asyik di layan Anda takkan jadi cemerlang dalam apa jua yang Anda usahakan. Orang yang cerdik dan pintar dalam akademik, tak semestinya cerdik dan pintar dalam kerjaya, keluarga dan kewangan.
IQ takkan sama dengan EQ. Maksudnya, kecerdasan logik akal takkan pernah sama dengan kecerdasan emosi. Jadi, apa yang perlu dibuat untuk mengawal dan mengurangkan pemikiran negatif dalam diri Anda?
Pertama sekali, ibarat sebuah gelas kaca yang berisi air berwarna hitam, apa yang Anda boleh buat untuk membuang kehitaman pada air tu? Buang air hitam dan gantikan dengan air baru yang berwarna jernih. Begitu juga dengan minda Anda, saya umpamakan ia sebagai gelas kaca tersebut.
Buang segala pemikiran negatif dan yang buruk-buruk ni dan jangan benarkan diri Anda dari memikir yang negatif. Sebab, jika ia berada dalam fikiran Anda (walaupun sedikit), minda separa sedar akan ‘menangkapnya’ dan menarik situasi-situasi yang serupa dengan fikiran Anda itu. Ini memerlukan latihan konsisten.
Bayangkan pemikiran negatif tu seperti seketul batu yang keras, Anda lihat ia berada di dalam genggaman Anda. Kemudian, Anda lempar batu tu jauh-jauh, sejauh yang mungkin dan lama-kelamaan semakin menghilang dan terus lenyap. Anda akan rasa lebih ‘ringan’ selepas itu. Cubalah ..
Kedua, dekatkan diri Anda dengan segala pemikiran yang positif dan yang baik-baik. Latih diri Anda untuk bersangka baik dengan sesiapa saja, dengan apa jua situasi, keadaan, benda, perkara dan segalanya. Masukkan segala yang positif dalam diri Anda, sebanyak yang mungkin sehingga tak ada ruang untuk yang negatif menyelit walau seinci.
Bila Anda melihat orang lain, latih diri Anda dan fikiran Anda untuk melihat nilai-nilai positif yang ada di dalam diri orang lain, walaupun pada mulanya Anda cukup benci. Maafkan dia dan lupakan kesalahan lalu yang dia dah buat pada Anda.
Saya tahu ia sukar untuk dilakukan. Tapi, dari pengalaman saya, seandainya kita sering mengungkit perkara-perkara yang lalu, kita takkan jadi maju dan ini membuatkan pencapaian kita jadi statik, kaku dan tak bergerak-gerak. Kalau simpan rasa benci ni ia takkan berguna dan akan menghalang kemajuan diri dari mencapai kejayaan.
Sebab itu, jika Anda lihat orang yang selalu mengkritik orang lain dan asyik tak puas hati dengan orang lain, menyimpan rasa tak puas hati pada apa jua situasi dan apa jua perkara, hidupnya asyik bermasalah dan takkan pernah surut dari masalah.
Kenapa pula? Sebab fikirannya menumpu pada aspek negatif sahaja, lalu minda separa sedarnya menarik semua yang negatif datang pada dia bila-bila masa.
Jadi, ubah mindset Anda dari dalam. Jauhkan diri dari mendengar kata-kata cacian, kritikan negatif, umpatan dan komen-komen negatif serta yang melahirkan rasa tak puas hati. Boleh tu memang boleh, tapi, berjaga-jaga.
Satu lagi, jangan selalu ketawakan kekurangan orang lain, kerana bila Anda berbuat begitu, Anda sedang menumpu kepada fikiran negatif dalam lama-kelamaan Anda akan bermasalah jadinya. Terima kekurangan orang tu seadanya dan kalau boleh, cari nilai-nilai positif yang ada pada dia.
Anda selalu ketawakan orang lain? Huhu, berhenti dari melakukan sedemikian. Jika sikap ini ada pada Anda, mesti Anda tertanya-tanya kenapa Anda asyik bermasalah ..
Moga tips ini bermanfaat hendaknya. Jumpa di artikel akan datang !
Artikel Yang Berkaitan
Betulkan Mind Setting
Emosi dan Minda
Terapkan Fikiran Positif
Nak Yang Baik Atau Yang Buruk?
Motivasi Bersama Dr HM Tuah Iskandar
Sedia Untuk Berubah
My Favourite Quotes
+ MySitePartner
SKOR Career.com
maklumat pekerjaan dan kerjaya
Komen Anda?
August 3rd, 2007 at 10:48 am
Ya ya, bak kata pepatah, “Buang yang keruh, ambil yang jernih”
August 3rd, 2007 at 1:01 pm
think positive may happiness come to us.
August 3rd, 2007 at 9:19 pm
pemikiran negatif semacam virus, semakin kita biarkan, semakin ianya merebak. Cegah sblm terlambat
August 3rd, 2007 at 11:49 pm
just to share my reading on managing yourself.
There are 4 aspects of ourselves in which we need to survive, maintain and develop. These are:
1)health:a sound mind in a sound body
2)skills:mental,technical,social,artistics
3)action:getting things done in the world.
-just my 2 cents-
-Naz-
4)identity:knowing who you are,accepting yourself while having an idea of who you want to become
There is a link between these four; you need health if you are to become skilful, or to get things done. Similarly, getting something done requires skill, as well as motivation. And your skill is bound up with the way you see and value yourself.
There are 3 basic inner process that affect our behaviour
1)Thinking:ideas,thought,perceptions,concepts,theories,beliefs,values
2)Feeling:emotions,moods,feelings
3)Willing or doing: intentions,motives,drives.
In order to manage yourself, then,
you need to be able to manage your thinking, your feeling and your willing.