Pentingkan Yang Utama
Dalam apa sja yang kita usahakan, perlu tahu mana satu yang lebih utama. Jadi, fokus takkan lari dan apa yang kita kerjakan benar-benar memberi hasil.
Selepas tahu apa yang menjadi utama, Anda perlu tahu apa yang jadi keutamaan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Masalah kebanyakan orang adalah, mereka kurang mementingkan yang utama tetapi mendahulukan yang kurang utama.
Dalam kerjaya, ramai pekerja kurang mementingkan pekerjaan utama mereka. Maksud saya, mereka tidak fokus untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya, meletak target menjadi pekerja contoh, mencari keseronojkan dalam bekerja ataupun menambahkan lagi kemahiran dalam bidang kerja sedia ada.
Kesannya, tak ramai yang boleh menjadi pekerja cemerlang. Kerja seperti sesuatu yang membebankan, menyeksakan. Akhirnya, mereka bekerja dengan ‘terpaksa’. Setiap pagi mereka bangun awal kerana terpaksa, kerana hujung bulan perlu membayar bil-bil segala.
Dalam perniagaan, seringkali ramai peniaga kurang mementingkan perniagaan utama tetapi mencampur adukkan perniagaan sedia ada dengan perniagaan lain dalam masa yang sama. Kesannya, mereka hilang fokus, hilang matlamat, fikiran bercelaru bahkan bertemu dengan kegagalan dan permasalahan.
Mencegah lebih baik dari mengubat. Jadi, pentingkan dulu yang utama bila kejayaan menjadi target Anda.
Lakukan satu-satu kerja dalam satu masa. Walaupun sebenarnya Anda boleh melakukan tiga kerja dalam satu masa, tetapi FOKUS pada satu-satu kerja memberi hasil yang lebih baik.