Penulis Motivasi Paling Di Gemari
Setelah membaca tajuk di atas, mungkin di dalam kepala Anda terbayang wajah penulis buku motivasi seperti Dr Fadzilah Kamsah, Dr Tuah, Dr Fazley, Dr Shukri Abdullah, Dr Irfan Khairi, Fadzly Yusof, OsmanAffan, Amin Idris atau Dr Tengku Asmadi.
Bukan, bukan mereka yang menjadi penulis motivasi kegemaran saya.
Saya paling menggemari Azizi Ali. Walaupun dalam hampir kesemua buku bestsellernya dia menulis hartanah, saham, wang dan pengurusan kewangan namun dia turut menyelitkan tips motivasi serta penggunaan minda separa sedar.
Kesemua buku Azizi Ali ada dalam koleksi saya. Berabis kengkawan kat sini nak pinjam tapi saya tak bagi.
Dari pengalaman lepas, lebih 20 buah buku saya hilang, rosak, dipinjam tanpa izin ketika saya tiada di rumah. Ada juga yang tak dikembalikan langsung setelah dipinjam dengan alasan member lain yang pinjam dulu, pastu member kepada member dia pulak bagi pinjam member dia semunggu dua. Laaa..
Sedih gak, lama saya kumpul duit nak beli buku-buku tu semua. Hilang camtu saja.
Sampai saya terfikir nak buat peti besi yang besar untuk simpan semua buku-buku saya. Sekarang sedih tu dah takde. Think positive, rite?
Gaya Azizi Ali menulis lebih unik sebab dia menggabungkan pengalaman dengan apa yang mahu disampaikan olehnya.
Yah, dia juga merujuk kepada beberapa buku, namun dia lebih banyak menggabungkan pengalaman dengan ideanya sendiri berbanding kajian-kajian saikologi mahupun teori motivasi yang ayatnya sedikit akademik bagi sesetengah pembaca.
Kesannya, apa yang ditulis oleh Azizi Ali senang diikuti, lalu senang diamalkan sebab dah terbukti berkesan pada diri Azizi Ali. Namanya dah jadi satu jenama digeruni.
Azizi Ali membuat Anda terhibur, tertawa, dalam masa yang sama berkongsi beberapa tips yang pernah digunakannya beberapa tahun lalu. Bagi saya, dia bukti sebenar usaha keras membuahkan kejayaan.
Tak heran mengapa kebanyakan ada beberapa buku Azizi Ali jadi best seller, sebab lari dari gaya penulisan motivasi yang biasa.
Dia berjaya menjadi jutawan kerana dia ada banyak ilmu melalui pembacaan meluas, mahir dalam mengurus wang dan rajin dua kali ganda dari orang lain. Tak semua orang sanggup melakukan apa yang dilakukan oleh Azizi Ali. Anda bagaimana?
Sanggupkah Anda melakukan apa yang orang biasa tak sanggup nak buat?
Tanya diri Anda. Andai kejayaan menjadi idaman, pastikan Anda sedia bekerja keras. Semuanya bermula di minda.
Perkuatkan mental, emosi dan rohani.
Live Smart, Live Strong!
June 6th, 2008 at 6:39 am
boleh tolong kongsikan tips berkomunikasi dengan orang?saya jadi malu untuk bercakap dihadapan orang ramai..segan untuk berkata-kata.tak reti buat(joke) untuk menjadikan perbualan menarik.
June 6th, 2008 at 8:42 am
tanpa nama,
untuk berkomunikasi dengan baik adalah untuk tidak membezakan bercakap dengan kawan-kawan dengan bercakap di depan khalayak ramai..
Jadikan ianya perkara yang natural atau biasa dan jangan fikirkan apa yang orang lain akan fikirkan tentang anda - boleh rujuk perkara ini di http://www.PemikirKaya.com
Salam kekyaan,
THINKERICH
June 6th, 2008 at 8:54 am
Dear Shueq,
Ya, memang tak disangkal lagi Azizi Ali ialah antara orang yang mempunyai personaliti yang patut kita contohi. Saya pun minta dia punye buku jugak. Walaupun tak semua buku dia yang saya beli, ilmu di dalam beberapa buah buku yang dia tulis belum pun habis saya dapat amalkan.
Mengenai buku yang hilang dek dipinjam kengkawan. Takpelah, saya pun begitu jugak.
Niat sedekah jer. Buku=Ilmu, kalu diniatkan sedekah, besar pahala. Biarlah orang yang pinjam/curi/hilangkan buku tu dapat manafaat ilmu yang shueq sedekahkan.
Mungkin satu hari nanti, diorang dapat manafaat dari buku-buku tersebut.
Good Luck!
June 6th, 2008 at 11:26 pm
terima kasin thinkerich…ill try it…