Percuma atau Berbayar?

Terlebih dahulu, post kali ni tak point kepada sesiapa, ia cuma isu yang ditanyakan kepada saya melalui email, mengapa saya hanya gunakan
blog percuma saja ..

Sama ada menggunakan blog percuma atau yang berbayar, terpulang pada niat Anda mahu berblog, untuk apa menulis di blog dan tujuan sebenar Anda membina blog. Saya fokus di tapak blog percuma ni kerana saya menggunakannya 100% untuk berkongsi ilmu dan menyebarkan motivasi di ruang Internet khususnya untuk pengguna Internet Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Walaupun saya tahu risikonya dari segi kredibiliti, imej dan tanggapan tak professional dari blogger lain, namun di sinilah platfrom permulaan untuk saya pamerkan expertise saya dan minat mendalam pada motivasi. Buat masa ini saya lebih menumpu pada penambahan info dan artikel-artikel motivasi kerana hasil dari kajian yang saya jalankan, pembaca lebih menumpu pada info di blog dan kejujuran penulisnya.

Blog percuma atau berbayar, terpulang pada Anda kerana masing-masing ada kelebihan sendiri, cuma Anda perlu optimasikan ia untuk do something good for others. Jika Anda masih menggunakan blog percuma atau website percuma, jangan asyik rasa rendah diri dan jangan pula selalu membanding-bandingkan diri dengan blogger professional yang ada host berbayar, terima seadanya itu adalah kelebihan mereka.

Buktikan kemampuan Anda pula dengan menjadikan tapak percuma tu untuk memperlihatkan kepakaran Anda bersaing dengan blog-blog lain yang menggunakan host berbayar, lama-kelamaan, pembaca akan respek juga pada Anda, tak kisah sama ada guna host percuma atau yang berbayar.

Saya tak tahu mengapa saya fokus pada blog percuma ni, tapi saya dah tak fikir tu, yang ada dalam minda saya cuma keseronokan menulis dan mengupdate blog. Keseronokan tu juga yang mendorong saya untuk rajin membaca buku-buku motivasi dan berbincang motivasi dengan kawan-kawan melalui Internet.

Di alam sebenar, minat saya pada motivasi diperlekehkan dan dipandang serong. Takde atlit renang lelaki beragama Islam yang minat membaca, dalam masa yang sama minat pada teknologi dan kewangan. Saya tak tahu kenapa saya minat, tapi ia berapi, galak menyala di dalam diri saya.

Tips hari ini, jika ada orang perlekehkan apa yang Anda buat, biarkan saja mereka dan jangan biarkan kata-kata mereka menggangu fikiran Anda. Teruskan saja dengan apa yang Anda buat sekarang ini dan perlihatkan hasil kejayaan dari usaha keras Anda, itu akan membuat mereka terdiam kelu!!

Kata Andrew Matthews, Follow Your Heart!

- Shueqry -
all for one, one for all.

p.s. Saya sungguh gembiara, jumlah subscribers dah nak dekat 500 orang!!

Share This Post

12 Responses to “Percuma atau Berbayar?”

  1. Dik Mal Says:

    Salam,

    Itu memang betul.. asalkan Abg Shueq selalu ada back up untuk semua post-post ini.. jadi tak jadi masalah.. saya ada kenal seorang blogger Indonesia. Menggunakan blogspot sahaja. Merupakan seorang pakar motivasi yang selalu beri ceramah motivasi di sana.

    What so amazing about him? Blog dia mendapat tempat 1 -2 kalau dalam search engine di sana. :) as usual, content is king.

    Tapi saya rasa, satu hari nanti, mungkin Abg Shueq akan ada blog domain sendiri sebagai official site. Macam Dr Irfan, idola kita. Ye tak? :)

  2. Shueqry Says:

    Betul, saya juga selalu masuk ke blognya, jadi bersemangat saya lepas baca post beliau.

    Tiap kali taip “motivasi” di Google, akan muncul blognya di tempat pertama.

    backup sentiasa ada untuk semua post, sebagai langkah berhati-hati. Pasal blog di domain sendiri, dah disediakan cuma masih kosong.

    Apa nama domainnya? Biar rahsia dulu, sebab saya mahu tambahkan artikel kat sini sebagai melengkapkan fasa pertama..

    Saya akan ikut jejak langkah Dr Irfan dan Dikmal yang dah ada domain sendiri, dlm perancangan bulan ni saya akan tukar rumah blog, tapi atas sebab tertentu, saya mahu buktikan yang saya juga boleh menjadi blogger hebat dan popular walaupun dengan menggunakan tapak percuma.

    All comes straight from the heart !

    - Shueqry -

  3. Dik Mal Says:

    Tak apa tu, perlahan2 :)

    Oh saya pula macam tak percaya dah ada domain sendiri. Sebab mulanya saya cuma cakap nak ada domain menjelang bulan 6 tahun ni.. tiba2 idea tu tenggelam macam tu saja. tiba2, menjelang tengah bulan 7 kalau tak silap, saya bersungguh2 pulak mendapatkan domain sendiri. semuanya kuasa dan ‘rasa’ nak ada domain yang pernah saya tarik pada awalnya.. :)

    Loa.. Loa :)

  4. Raymond Chua Says:

    “QUALITY content is king”

    Banyak blog berbayar yang tidak setanding blog Shueqry ini.

    Teruskan usaha, Shueqry.

    Anda pasti dapat melakukannya. :)

  5. Shueqry Says:

    DikMal,

    saya juga ada perasaan yang sama, bahkan saya dah sediakan bajet hosting dan booking domain name, tinggal nak bayar aje.

    Lepas tu, timbul pula 5 orang (yang nama mereka saya rahsiakan di ruang komen ni) satu persatu yang bersetuju mahu sponsor saya untuk beli domain name dan host, dengan syarat saya ikut kata mereka dan tulis apa yang diorang nak, that means saya terpaksa ikut aturan mereka. Rasa macam tak bebas sebab duit domain dan hosting milik pihak sponsors.

    Then suddenly ada seorang send email, dia nak lihat sejauh mana saya boleh menulis di tapak blog percuma, sebab katanya ramai blogger yang di free host lingkup serta tak bertahan lama.

    Fikir punya fikir, saya ambil keputusan utk anggap ia satu cabaran. Bila cabaran disahut, memberikan satu keseronokan tatkala menulis dan mengupdate blog, lebih-lebih hubungan rapat terbina antara saya dan pembaca-pembaca saya melalui sms, email dan YM.. terima kasih yang tak terhingga ..

    Insya allah, saya akan buat step by step, fokus saya sekarang adalah utk naikkan PR, tambah info dan tambah bilangan pengunjung sehari mencecah sehingga 2,344 orang. Sekarang maintain dalam 800-1,100++ orang pelawat sehari.

    Thanks DikMal, komen DikMal memberi saya inspirasi :)

    - Shueqry -

  6. Lis Says:

    When i first meet you, awak merupakan seorang yang professional, good looking (sedap mata memandang) dan sanggup bekerja keras. Mata awak memberitahu saya segalanya. Your smile is honest and gentle.

    I believe you can make it, dari cerita yg Shueqry share ngan saya, ada kekuatan mental pada diri kamu, dan itu membuat saya sungguh kagum!

    Lagi heran, awak di besarkan dlm latar belakang perguruan, lepas tu awak ambil jurusan banking & finance, then kerja sebagai IM, dlm masa yang sama minat pada teknologi dan seni.

    Dari yang saya tahu, ia memerlukan kesemibangan mental, means logik + kreatif, jarang orang ada kelebihan mcm ni.

    Who such man can do multiple things other than u? Awak orang pertama yg saya jumpa. Rasanya bakat awak seperti Dr Fazley, dia penyanyi, pakar motivasi, usahawan dan minat mendalam pada perkembangan teknologi, sama seperti awak juga!.

    Thanks sbb temankan saya swimming, you have a beautiful athletic body, a shy guy dan saya suka attitude positif awak.. teruskan usaha ..

    Jumpa lagi!

  7. Shueqry Says:

    Raymond,

    Thanks :)

    Bersemangat saya selepas membaca komen awak..

    You’re also a good blogger, maybe someday we can achieve ProBlogger level together. At this moment i’m working hard toward it ..

    - Shueqry -

  8. Dayang Says:

    Bagi saya, blog awak lagi “berisi” dari blog-blog lain yang saya subscribe.

    Tak ramai yang sanggup menulis mcm awak, hampir kesemua pasal pernigaan Internet, Internet marketing, make money, eBook, afifliate dan Adsense. Saya faham itu hak mereka utk tulis apa yg mereka nak, tapi blog Shueqry berlainan sekali… u stand out form the crowd…

    Saya percaya awak akan menjadi sangat popular satu hari nanti. Tahniah, teruskan menulis tips-tips motivasi, tak ada yang berani melakukannya seperti Shueqry.

    spt kata Lance Armstrong, LiveStrong… I see that fighting spirit in you!

    Salam motivasi dari Brunei.

  9. Thinkerich Says:

    Salam,

    Shueqry…

    Percuma atau berbayar tidak menjadi masalah, yang penting matlamat kita yang tercapai. Kebanyakan daripada kita nampaknya ‘mindset’nya masih mengagungkan apa yang dibayar, tanpa menghargai sesuatu yang percuma.

    Dek, kerana itulah ramai yang mula tidak menghargai alam sekitar, tidak menghargai kehidupan, tidak menghargai oksigen yang kita sedut untuk bernafas, maka lihatlah apa yang berlaku kini, pencemaran di sana sini, bunuh diri, penagihan dadah,…

    Kita manusia sepatutnya apabila berpeluang menikmati sesuatu yang percuma, perlu menghargainya sebagai suatu anugerah atau nikmat yang perlu kita gunakan sepenuhnya bukannya memperlekehkannya mahu pun merosakkannya.

    Tuan-puan,

    Sememangnya yang berbayar itu ada kelebihannya, namun begitu, Blog atau website percuma ini merupakan satu platform yang baik untuk kita belajar dan mengasah bakat kita sebelum kita melangkah lebih jauh..

    Shueqry,….”Just Do It” and “follow ur heart”

    “Jika anda ingin Kaya, utamakan yang Percuma sebelum mencari yang berbayar. Yang Percuma anda boleh menggunakannya tanpa mengeluarkan wang anda satu sen pun sebaliknya yang berbayar belum tentu anda dapat gunakan kesemuanya”
    - Thinkerich

  10. Zul Says:

    Bila shueqry mention Andrew Matthews, saya teringat buku ‘Follow Your Heart’ yg boss saya bagi.

    Cari2 buku tu… tak jumpa.. mana ek.. hilang!

    Nak kena execute law of attraction untuk jumpa balik buku tu. By the way, Andrew ada skill yg cukup hebat; menulis sambil melukis kartun!

  11. Shueqry Says:

    Bro Zul,

    buku tu juga kawan saya ambik tanpa bagitau, last-last saya guna LOA tetiba dia pulangkan balik, katanya rasa bersalah pula tak bagitau saya. Caranya, saya niatkan supaya buku tu datang balik pada saya dah selalu mewujudkan imej yang saya nampak ia di tangan saya ..

    Kebetulan, dia nak pinjam buku Andrew Matthew yang lagi satu, tajuknya Happiness Now..

  12. Raymond Chua Says:

    Andrew Matthews memang pandai lukis. Beliau dapat melukis selaju beliau bercakap.

    Bayangkan. Lukis sambil bagi ceramah. Bukan itu je. Andrew Matthews juga pandai bagi ceramah dalam Bahasa Mandarin.

    I was blown away in the seminar room.

Komen? Pendapat?