Perkembangan Blog Shueqry Berkata

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?

Saya keluarkan post ini untuk menjawap beberapa pertanyaan yang diajukan pada saya melalui email mengenai perkembangan blog ‘Shueqry Berkata’.

Dalam minggu lalu banyak perkara yang berlaku pada blog ini, terutama bilangan pengunjung tetap dan bilangan RSS Subscribers yang kini mencecah ke angka 232 orang, jumlah yang agak tinggi bagi seorang blogger yang menulis di dalam bahasa Melayu dan baru berblog semenjak 29 Mac 2007 yang lalu, baru nak masuk 6 bulan.

Saya tak tahu berapa jumlah RSS subscribers blog-blog lain, tapi rasanya bilangan RSS subscribers mereka juga tinggi, mungkin dalam lingkungan 350 orang ke atas, saya juga tak tahu jumlah subscribers blog-blog yang berpengaruh dalam Bahasa Melayu yang lain seperti blog SmartUsaha, SaifulSham, Raja Adsense dan Amaz.net.

Sebab tak ada button widget yang menunjukkan jumlah subscribers mereka, dalam anggaran saya, maybe dekat 1,000 orang (atau lebih daripada itu) sebab mereka dah lebih setahun berblog, anggaran saya saja .. contoh saja, contoh ! Bak kata Dr Fadzilah Kamsah ..

Blog ini tak tersenarai dalam WC bloggers walaupun saya join forum WangCyber.com, jadi harap Anda yang mengirim email pada saya sedia maklum mengenai hal ini yang bertanyakan mengapa blog “Shueqry Berkata” tak tersenarai walau pengunjungnya ramai.

Lagipun, saya masih guna blog percuma di host Blogspot.com. Ada 5 orang yang menawarkan diri untuk sponsor beli hosting dan domain, masih lagi saya pertimbangkan offer itu sehingga ke hari ini.

Saya ada mindset tersendiri untuk blog “Shueqry Berkata” dan salah satunya ialah mensasarkan jumlah RSS Subsribers yang tinggi, lebih tinggi dari yang sekarang supaya lebih ramai pengguna Internet mendapat tip-tip motivasi dan pembangunan diri yang ringkas serta bermanfaat.

Saya dan saudari Norakmal (DikMal) melihat kurangnya blog yang 100% menumpu pada artikel-artikel motivasi, jadi kami mengambil inisiatif sendiri untuk menjadi yang pertama berbuat demikian, menjadi penulis artikel-artikel motivasi di Internet didorong oleh satu minat yang sama pada niche motivasi, psikologi, pembangunan diri dan semua yang berkaitan dengannya.

Jumlah pengunjung sehari juga kini dah mampu mencapai 6oo++ orang, Anda boleh lihat di sini atau klik “View My Blog Stat” dekat butang Stat Counter kat bawah. Ia juga berdekatan dengan link Giuk.net

Untuk mengukur jumlah Unique Visitor, jumlah masa yang menjadi ukurannya paling kurang adalah 30 minit, ia dah ditetapkan oleh StatCounter dan saya tak leh set kurang dari itu. Jadi, jika pengunjung membaca artikel-artikel saya kurang dari masa tu, maka ia hanya akan di kira sebagai Page Load sahaja, bukannya Unique Visitor. Lagipun tips-tips di sini saya tukarkan kepada yang pendek-pendek supaya ia senang di baca dan senang untuk difahami.

Saya kalau gi blog yang lain bila baca post yang panjang, mula rasa rimas. Saya pendekkan tips-tips yang saya tulis supaya ia memudahkan Anda, dalam masa yang sama membuat saya untuk rajin menulis, sebab ia pendek dan direct to the point. Ia membolehkan saya menulis sehingga 3 tips sehari, walaupun pada hakikatnya saya keluarkan sehingga 1-2 artikel sehari.

Di ruang draft ada lebih 300++ artikel yang menunggu untuk dikeluarkan, ada sesetengah yang tajuk saja, belum ada isi. Saya tak letak iklan dari Advertlets dan Nuffnag kerana ia melambatkan proses loading.

Membanyakkan info dan tips-tips berguna adalah menjadi matlamat saya. Saya cuma make money dari penjualan ruang iklan di ruang Site Partners. Itupun bila didesak oleh seorang pembaca tetap (kini dah menjadi FriendsOfShueqry-F.O.S) yang mengatakan saya cukup ‘rugi’ kerana tak menyewakan ruang iklan.

Jadi, harap post ini dah menjawap beberapa pertanyaan yang diajukan, sebenarnya lebih daripada satu yang semua berkisar mengenai hal yang sama. Jumlah pelawat masih 5oo-600 orang sehari. I’m trying to catch up with ‘biggger’ Malay blogs in shortest time possible.

Tips Motivasi !: Bina blog tentang apa yang menjadi passion Anda. Cari apa yang menjadi minat Anda, mungkin kereta, teknologi, masakan, bidang kerja dan pekerjaan mahupun perniagaan Internet dan tulis blog mengenainya, seperti apa yang saya lakukan untuk blog ini. Jujurnya saya mengaku, saya cukup obses dengan motivasi dan minat sangat menulis artikel-artikel motivasi.

Itu saja untuk kali ini. Buat pembaca blog saya yang bernama Lini, sabar menempuh dugaan dan cabaran yang mendatang. Percayalah ada hikmah disebalik semua itu. Saya selitkan klip lagu Ada Cinta di sini, moga ia memberi suntikan inspirasi.

Nasihat saya, cari nilai-nilai positif yang ada disebalik setiap masalah dan jangan layan perasaan negatif yang timbul, sebab ia akan membuatkan lebih banyak masalah datang tanpa di duga. Ingat, Law Of Attraction ada setiap masa. Minda separa sedar menarik apa yang menjadi fokus fikiran kita tanpa tersilap sedikitpun, tak kira sama ada ia masalah atau peluang.

Dalam semua keadaan, kita sentiasa ada 2 pilihan. Pilih untuk jadi POSITIF dan percaya dengan mendalam Anda sebenarnya seorang yang positif.

Jumpa di artikel seterusnya ! Saya akan menyentuh tentang kegagalan, bagaimana melahirkan perasaan di dalam komunikasi, tips pekerja cemerlang dan beberapa artiekel mengenai minda bawah sedar. Stay tuned with ‘Shueqry Berkata’.

p.s. : Saudari Norakmal yang menulis di blog Motivasi Kejayaan kini dah berpindah ke blog baru di alamat website http://www.motivasikejayaan.com . Mari ramai-ramai masuk rumah baru Dikmal. Here we come!

p.s. More, more and more sponsors are coming in !! Wow ! Siapa mereka?

Artikel Lain Yang Boleh Membantu
Emosi Dan Minda
Emosi Penggerak Kecemerlangan
Terima Kasih!
Kena Tag
Fokus Blog Saya
Tips Menjadikan Diri Anda Bermotivasi
Sabahan Bloggers List

+ Lawati Site Partner Blog Shueqry Berkata
Sara eBooks.com
Blog Perniagaan Internet - Jana Wang Dengan eBook

Komen Anda?

Share This Post

6 Responses to “Perkembangan Blog Shueqry Berkata”

  1. Raymond Says:

    Tahniah atas kejayaan yang telah dicapai oleh Shueqry.

    Saya berasa amat bangga terhadap pencapaian Shueqry.

    Nampaknya saya kena melipat-gandakan usaha saya lagi.

    Buat masa ini Alexa ranking aku cuma 372,837 je walaupun sudah berblog selama 3 bulan + satu minggu.

    Saya merancang untuk meningkatkannya lagi sehingga ke dalam lingkungan 100,000 - 200,000
    dalam masa 2 bulan lagi.

    Terima kasih atas inspirasi yang diberikan kepada saya.

  2. 5xmom.com Says:

    Wah 200+ memang dah banyak. Saya pun cuma lebih kurang bilangan ini saja.

    Berkenaan dengan hosting sendiri, memang bijak dapat hosting sebab hari itu satu blogger PR6/10 punya blogspot kena hijacked dan dia tidak ada back-up.

    Chewah, saya pun boleh tulis dalam BM!

  3. shueqry Says:

    Raymond,

    terima kasih kerana rajin datang ke sini. Saya percaya awak boleh mencapainya, tambahan pula awak menulis dalam BI. Saya juga ada menulis blog lain dalam BI.

    All i can say, i’ve attracted all this. I visualised it every day, every time i have a chance. I sleep, breathe and train my mind to attract it all.

    Insya allah bila blog ini berpindah rumah, saya akan berusaha sehabis daya naikkan rankingnya di Alexa, seperti blog-blog Melayu yang lain.

    5xmom.com,

    Hai! Selamat datang. Ye, awak boleh menulis dalam BM, saya selalu ke blog awak dan saya ada ambil beberapa tips dari sana.

    Kena hijacked? ish, ish ish .. PR blog saya ni 0/10 dan saya tak tahu cemana nak naikkan. Saya cuma tahu naikkan jumlah artikel dan tambahkan tips dan info.

    Nasib baik, saya dah backup awal-awal dan cuma Raymond saja yang menjumpai blog backup itu secara tak sengaja.

    Raymond, keep the secret for me, will ya? Thanks ..

    - Shueqry -

  4. dik mal Says:

    Salam,

    Abg Shueq, thanks sebab advertise blog di sini :) Ouh ya, Abg Shueq pun sebahagian dari keluarga MK di sana :) MK —> sedap juga ya :D kalau jadi nama syarikat :D hohoho

  5. Raymond Says:

    Jangan bimbang. Your secret is safe with me.

    Google akan update-kan PR sekali dalam masa beberapa bulan. Mungkin masa Pak Google update nanti. PR blog Shueqry terus naik hingga PR6 atau lebih.

    Kena attractlah, haha…

  6. ktom Says:

    Askm Shuq, beberapa hari tak online dan tak masuk sini, rupanya dah byk perkara dah ketinggalan ni…hehehe

    Anyway tahniah dari Ktom. Jika Shuq buat sesuatu itu dari hati Shuq, sudah pasti segala apa yg dibuat itu akan dihargai.

    Hohohoho….dikmal dah pindah rumah baru. Hmmm…sampai hati tak email pun. Hhuhuhuhu

Komen? Pendapat?