Perlunya Anda Kenali Diri

Salam pembaca blog, moga Anda berada dalam suasana yang sungguh bermotivasi. Bertemu kita kali ni di dalam perbincangan tips motivasi.

Orang-orang yang berjaya dan yang bermotivasi kenal diri mereka dengan mendalam. Mereka sentiasa muhasabah diri dan menyerap kritikan-krtikan negatif dari orang lain sebagai satu feedback, bukannya komen. Adakah Anda kenal dengan diri Anda sendiri? Jika ya, adakah Anda kenal luar dan dalam, kekurangan Anda, kelemahan Anda dan kekuatan Anda? Jika belum, lakukannya sekarang.

Ramai orang-orang berjaya datang dari bidang yang mereka minati sendiri, yang mereka kenal diri mereka serasi dengan bidang itu. Seniman Agung P.Ramlee misalnya, dalam ramai-ramai penyanyi, pelakon, pelawak dan pengarah, beliau adakah yang paling menonjol. Mengapa? Sebab dia kenal dirinya sebagai seorang penyanyi, pemuzik, pelakon, pelawak dan pengarah lalu beliau menggilap bakatnya dalam bidang seni yang diceburinya tu, langkah demi langkah.

Dalam ramai-ramai menteri, Dr Mahathir Mohamad adalah yang paling menonjol sebab dia kenal dirinya sebagai seorang pemimpin, walaupun beliau berkelulusan dalam bidang perubatan. Dalam ramai-ramai pakar motivasi, Dr Fadzilah Kamsah adalah yang lebih menonjol, kerana dia kenal dirinya sebagai seorang pakar motivasi (dan motivator yang paling tinggi bayarannya di Malaysia!).

Dalam ramai-ramai penulis buku, Dr Tuah Iskandar seorang yang mencipta rekod menulis 50 buah buku dalam setahun sedangkan ia mustahil dilakukan oleh seorang penulis biasa. Dr Tuah kenal dirinya yang cintakan ilmu dan minat pada penulisan buku, sebab itu dia mampu melakukannya lebih hebat daripada orang lain.

Kaji dengan mendalam apa minat Anda, kenali kekuatan Anda dan gilap bakat Anda dalam bidang tu. Bagi saya, saya minat motivasi dari zaman sekolah lagi dan saya jadikan tokoh-tokoh di atas sebagai penyuntik semangat saya. Cari siapa idola Anda, gali bakat Anda dan asah kemahiran hari ini juga!

Salam Motivasi.

p.s. : Harap bersabar, saya dalam proses mencari chat box yang baru. Rindu nak chat ngan kawan-kawan semua! Tunggu ya..

Tips Motivasi Berkaitan

Disyorkan Oleh Shueqry

Panduan Adsense Yang Pertama Dalam Bahasa Malaysia
- cara jana income dengan kos percuma dalam US Dollar
- rahsia penggiat Adsense Malaysia yang kini dibongkar!
Kini Anda Juga Boleh Berjaya Sepertinya. Siapa Dia? Klik Di Sini.

Share This Post

8 Responses to “Perlunya Anda Kenali Diri”

  1. Raymond Chua Says:

    Wah! Tulis 50 buah buku dalam setahun bukan perkara yang mudah.

    Purata sebuah buku ditulis dalam seminggu. (Jatuh terpelanting)

  2. Shueqry Says:

    saya juga sukar nak percaya, tapi itulah hakikatnya!

    Means, when we programmed out mind to something and fully directed it towards our goal, the mind can achieve, when we work hard to achieve!

    Shueqry

  3. Blog Rasmi Motivasi Minda Says:

    Dari mana sumber Dr Tuah berkata dia menulis 50 buah buku setahun? Kena perhalusi betul-betul ni, saya ada koleksi buku dia sejak dia join Arqam, menulis menggunakan nama betul Fadhilah B Ithin sehinggalah nama sekarang HM (Hajah Maryam: nama ibunya) Tuah Iskandar…

  4. Shueqry Says:

    Dia sebut dalam buku Membina Imaginasi Cemerlang..muak surat berap a saya tak ingat, insya allah saya akan update di sini.

    Kena bongkar dulu menara buku saya, buku yang paling baru saya letak kat atas, jadi buku yang lama-lama tertimbus kat bawah..

  5. Anonymous Says:

    Rab A. Broto adalah penulis buku “Psikologi Duit” (Bornrich, 2006) yang sejak lama menekuni ihwal pelatihan peningkatan motivasi berprestasi. Pegiat jurnalistik dan alumnus Fak. Psikologi UGM yang kini menjadi direktur Sekolah Penulis Pembelajar ini dapat dihubungi di: nauram@yahoo.com.

    Individu ini membuat kajian The Secret, kiranya kita boleh berbincang dari sudut pandangnya.

    http://www.pembelajar.com/wmview.php?ArtID=998

    Sepanjang pemerhatian, saya dapati Indonesia sangat ke depan dari sudut analisis kritikal dan pengenalan konsep dalam apa jua bidang.

  6. Anonymous Says:

    Salam Shueqry,
    Saya ingin bantu awak disini, supaya buku menara awak tak jatuh terpelanting kebawah.
    Sumbernya dari buku MIC muka surat 119 Perihal 8 benar 50 judul buku dalam setahun. Benar sekali subcm akan menyimpan kesemua fantasi sebagai realiti. Harap ini membantu, terima kasih berkongsi ilmu dalam keluaran artikel hari ini.
    Eh..eh.. ada orang diatas tu jatuh terpelanting ke atau buku nya jatuh terpelanting keliru lah saya dgn perkataan itu, kesiannya kerana sebuah buku ditulis dlm seminggu, jangan marah ye Raymond kita jumpa lagi lah.

  7. Shueqry Says:

    Terima kasih, saya juga dah jumpa info dalam buku Membina Imaginasi Cemerlang tu..

    Betul, di muka surat 119.

    Saya mengambil masa 12 minit untuk mengorek buku Membina Imaginasi Cemerlang dari bawah dan mengalihkan buku-buku yang bertimbun di atasnya, takut menara buku saya jatuh lagi!

    Ada buku Dr Tuah yang baru, tajuknya Ada Bagus?Bagusss tapi kat kk ni dah habis di jual. Laku buku Dr Tuah kat sini.

    Shueqry

  8. Anonymous Says:

    Sama-sama. Tapikan Shueqry apa pasal menara buku tinggi sangat dulu saya pun begitu tapi sekarang tidak saya pecahkan jadi rendah sikit menara buku saya senang hendak capai bila buat references walaupun saya ada rak buku jarang gunakan kelakarkan.
    Oh! buku Ada Bagus Bagusss saya dah baca dah best sekali walaupun rengkas. Memang buku Dr Tuah tu cepat laris penulisan yang bagus siapa tak terpikat. Dr Tuah ada berpesan kalau buku dia susah hendak dpt order saja menlalui post. Shueqry baca novel dia tak? Ada diantara novel dia banyak meceritakan tentang Sarawak dan sejarah dia waktu di sana. Baiklah disini dulu. Terima kasih tntg artikel2 yg ditulis kebanyakkan nya memudahkan lagi fahaman. Sekian dulu.

Komen? Pendapat?