Personal Power Yang Benar-benar Power

Personal power maksudnya ada inisiatif sendiri memulakan sesuatu, mengusahakan sesuatu atas usaha sendiri dan memulakannya dengan idea sendiri. Usaha itu pula digerakkan oleh keinginan membara mahu berjaya mencapai satu target dan didorong oleh motivasi untuk membina kehidupan yang lebih senang.

Nama-nama hebat seperti Billi Lim, Colonel Sanders, Lance Armstrong, Lim Goh Tong, Irfan Khairi dan Dr Rusly Abdullah semuanya ada personal power dalam diri masing-masing. Mereka terkenal bukan kerana mereka selebriti, tapi kerana kejayaan mereka yang menyuntik inspirasi dalam sanubari ramai orang.

Bagaimana nak memupuk personal power dalam diri sendiri?

Cuma Satu jawapannya, take action!

Bertindak terus, tanpa memikirkan ia akan gagal. Usah gusar, buat saja.

Walaupun langkah pertama gagal, terus berusaha. Jika masih gagal, ubah strategi, ubah pelang kemudian usaha lagi.

Jika masih gagal, kaji strategi, kaji pelan perancangan, tambah ilmu, tambah usaha, tambah keberanian.

Personal power menjadi benar-benar power jika Anda bersikap berani gagal. Gagal tu bukan gagal, cuma cara yang salah, teknik yang salah lalu memberi hasil yang salah juga.

Kita kena belajar untuk buat yang lebih baik. Lebih banyak kita usaha, lebih banyak kemahiran kita.

Kesannya kita menemui cara yang betul, lalu boleh berjaya!

Share This Post

5 Responses to “Personal Power Yang Benar-benar Power”

  1. ruza Says:

    askm,
    selagi kita memegang Phd ‘EXCUSELOGY’ memang kita susah nak berjaya.Jgn pandang hasilnya sebelum buat, tp buat dulu sungguh2 baru tengok hasil hehehe

  2. nurashikin1969 Says:

    Assalamualaikum

    Allah Maha Adil. Apabila kita bersungguh-sungguh melakukan suatu kerja, di samping kita berdoa ada lagi satu syarat iaitu kita hendaklah bertawakal. Tawakal itu adalah hati kita yakin 100% tanpa sedikitpun keraguan bahawa Allah PASTI akan memberikan kejayaan buat kita kelak, Insha Allah!

    Wallahua’lam

  3. missmiya Says:

    Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

    saya menyokong perkara ini. HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH.

  4. Shueqry Says:

    Missmiya,

    Bak kata slogan Nike…

    “Just Do It”.

  5. iedasa Says:

    salam shuq,
    saye slalu membisikkan perkataan ni pade dri bile rase teragak-agak tuk melakukan sst perkare.pun pe yg nk dilakukan tu bukan sst yg salah kan.JUZ DO IT!hasilnye….blum cube,mane nk tauuu…=)

Komen? Pendapat?