Artikel motivasi automatik
Ada di antara rakan-rakan pembaca yang bertanya, adakah saya bekerja menjadi blogger motivasi full time. Pada pandangan Anda, adakah Anda merasa saya ni blogger motivasi full time? Sebenarnya saya hanya blogger part time.
Pada saat mata Anda membaca catatan ni, saya sedang bekerja di tempat lain, bukan mengupdate blog motivasi dari bilik tidur. Artikel ni dikeluarkan secara automatik menggunakan fungsi ’scheduled posts’ yang terdapat dalam Wordpress. Blog iMotivasi ni dibina di tapak hosting sendiri menggunakan Wordpress sebagai perisian untuk mengurus kandungan blog (dipanggil CMS – Content Management System).
Seboleh mungkin saya taip artikel awal-awal, kumpul pastu masukkan satu persatu di ruang artikel. Kemudian, setiap artikel baru di diset untuk terbit secara automatik mengikut tarikh dan urutan masa tertentu. Semua ni saya buat tiga hari sebelum tarikh sebenar artikel tu terbit di muka depan blog iMotivasi. Selepas iMotivasi kena hack, saya jadi makin bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak artikel.