PostHeaderIcon Krismas 2009

Malam ni saya akan balik ke Semporna untuk menghadiri majlis kawin adik perempuan saya pada 27 Disember 2009. Ketika saya menaip artikel ni, saya sedang makan tengahari di waktu rehat hari bekerja. Saya jadualkan untuk ia terbit pada jam 5 petang. Dalam minggu ni, hari ini adalah hari terakhir bekerja sebab esok kita cuti umum sempena perayaan Krismas.

Buat kawan-kawan kita kat iMotivasi ni yang menyambut Krismas, Merry Christmas saya ucapkan. Moga Krismas kali ni membawa kemeriahan yang lebih meriah dari Krismas pada tahun-tahun sebelumnya. Pada hari Krismas, saya selalu berkunjung ke rumah kengkawan di Penampang, Menggatalan dan Inanam. Kat area tu majoriti penduduknya beragama Kristian dari suku KadazanDusun, SinoKadazan, Rungus, Murut dan Cina.

Mereka beragama Kristian, tapi diorang tetap hormat rakan-rakan yang beragama Islam. Tak ada dihidangkan minuman keras. Kebanyakannya hidangan mengikut masakan Melayu dan beberapa menu masakan Barat yang masih halal untuk dimakan.

Doakan keselamatan saya dan adik saya Azizi.

Kami balik kampung malam ni, bertolak jam 7:30 malam. Naik bas ekspress, biasanya sampai di Semporna dalam jam 3 pagi atau 4 pagi.

9 Responses to “Krismas 2009”

  • one says:

    semoga selamat sampai ke distinasi yg di tuju…

  • ummib says:

    Salam. Hati-hati di perjalanan. Semoga selamat sampai. Terimakasih kerana banyak kongsi bahan. Moga ilmu ini dapat dipanjangkan sebagai amal jariah.

  • wkk says:

    bile dah sampai inform la kat blog ni.

  • Dhana4 says:

    Slmt pg,
    ShueQry & adik mesti da smpi d S4na kn? Slmt dtg diucapkn. Sy pn nk ucapkn slmt pengantin baru kpd adik ShueQry & slmt mdpt adik ipar utk ShueQry. Smga slmt semuanya, aminnnn… :D

  • Fawzia says:

    Selamat bercuti……dan rehatkan fikiran. Semoga pd wktu bercuti ini, byk ilham yg dtg..

  • Siti says:

    Hai Sqhueqry….Semoga selamat pergi & selamat sampai ke Semporna kay….

  • ShueQry says:

    Update: saya dah selamat sampai di Semporna.

    Alhamdulillah..

    cuma terlambat sikit nak update blog sebab line Celcom Broadband kat sana cuma dapat coverage GPRS saja.

  • mahar says:

    salam..lama sangat dah sy tak reply kat blog ni…laman baru ni sangat2 cantik dan nampak lagi eksklusif…tahniah..semoga anda berjaya dunia akhirat..bit taufiq wan naja7

  • NURSI says:

    ORG SEMPORNA KE? SEMPORNA KAT NER EK??? HEHEHEHEH…

Leave a Reply

Sponsor
Artikel percuma ke email

Masukkan alamat eMail Anda untuk mendaftar bagi menerima penghantaran artikel motivasi percuma tiap kali ada artikel baru dikeluarkan

Khidmat pantas oleh FeedBurner

Subscribe RSS? Klik di sini

Statistik email + RSS Feed

Pembaca terkini
Himpunan artikel