PostHeaderIcon Menarik teman istimewa

Pada hari Sabtu dan Ahad saya luangkan masa membaca buku, menghasilkan artikel, kurang berjalan ke mana-mana. Tapi dalam minggu ni, pada hari Ahad jam suplo saya keluar berjumpa seorang gadis. Dia saya terima sebagai seorang kawan biasa, bukan teman istimewa. Sebagai klu, mukanya selalu muncul kat blog ni di ruang komen. Masih bujang lagi. Umur kami sama. Minat pun sama. Dia sangat mahir berenang.

Saya sibuk, bukan sibuk apa. Sibuk masuk kedai pastu keluar kedai – try baju baru, try kasut baru, try seluar baru. Dia bayarkan semunya. Caya tak? Saya pun tak caya, ingatkan saya yang kena belanja dia semuanya. Perancangan awal, saya nak keluar sengsorang, beli semuanya sengsorang sebab saya biasa beli barang-barang sengsorang aje.

Tapi dia tak nak. Katanya saya kena membiasakan diri berteman supaya dari segi saikologinya saya akan menarik seorang teman yang istimewa punya teman. Hmm..betul jugak. Saya benarkan dia join saya sebab katanya dia akan belanja saya beli baju, beli kasut, beli seluar kerja yang. Semua kos dia yang bayar! Lagikah saya tak caya, tapi itulah yang berlaku. Saya cuma bayar tambang bas dan kos makanan kami.

Orang perempuan bila dah berbelanja, memang tak ingat dunia. Bezanya, dia pilihkan, saya meng’OK’kan. Dia bayarkan segala-galanya sesambil dia beli barang-barang pilihannya sendiri.

Syukur saya ditemukan dengan kawan yang amat memahami. Akhirnya, saya balik ke rumah dengan senang hati. Ada orang belikan baju baru!

6 Responses to “Menarik teman istimewa”

  • d_ana says:

    kalo x silap saya gadis itu adalah Lis…kan..kan..betul x???hehe

  • anayna says:

    Salam..

    Lis la tuh..hehe.

  • maya says:

    emm.. rezeki namanye tu… alhamdulillah…

  • syda says:

    isk3..ape yg awk buat smpi org tu snggup bayar sume tu?

  • Iz says:

    Salam..En Shueqry..Sy rase gadis tu betul2 sukakan saudara la.. =)

  • terkejut says:

    Salam ,
    kalau anda sukakan wanita sedemikian, ikhlas dalam membayar semuanya,
    apa salahnya mencuba ….
    tak ramai perempuan yang sanggup belanja lelaki , apatah lagi apabila tiada hubungan yang sah,
    Namun bagi saya , tak salah kita berkongsi atau bergilir belanja selepas ini , bukannya tujuan untuk ‘berkira’ atau membalas budi tapi budaya berkongsi bebanan (kewangan) patut diterapkan juga.

Leave a Reply

Sponsor
Artikel percuma ke email

Masukkan alamat eMail Anda untuk mendaftar bagi menerima penghantaran artikel motivasi percuma tiap kali ada artikel baru dikeluarkan

Khidmat pantas oleh FeedBurner

Subscribe RSS? Klik di sini

Statistik email + RSS Feed

Pembaca terkini
Himpunan artikel