Perubahan Blog Ini
Asmkm dan salam sejahtera..
Apa khabar Anda? How are you feeling today?
Jika Anda perasan, blog “simple” ini mengalami banyak perubahan.
Saya masih berkesperimentasi. Pertama sekali, tentang muka utama blog ini, adakalanya saya letak 2 post artikel dan kekadang 1 post artikel sahaja.
Rupanya, kalau saya letak 1 post saja di muka depan, blog ini cepat loading. Bagi pengguna Mozilla Firefox, ini tiada masalah bagi mereka kerana loading agak cepat kurang dari 5 saat.
Bagi pengguna Internet Explorer, saya mendapati loading agak lambat, sehingga 20 saat ! Tak pasti kenapa ini berlaku, tapi ia akan menjadi 30 saat loading time jika saya letak 2 post dan iklan Advertlets mahupun iklan lain di penjuru atas sebelah kiri.
Saya bertekad tak nak letak apa-apa iklan kat sini, sebab ia melambatkan proses loading. Selepas bertanya pada beberapa pembaca, mereka lebih senang jika takde apa-apa iklan, cukup dengan huruf dan gambar saja.
Sebelum ini saya meletakkan iklan Nuffnang, tapi saya buangkannya kerana ia mengganggu proses loading. Lepas saya test sendiri di cyber cafe, Ya Allah.. lambat jadinya.
Jadi, seterusnya, saya takkan letak apa-apa iklan di blog ini untuk menyenangkan Anda membaca artikel saya.
Walaupun trafik blog ini mencecah 300++ pengunjung tetap setiap hari, tapi saya takkan cuba make money di sini dengan menyewakan ruang untuk iklan.
Lagipun, saya baru mula berblog Mac 2007 yang lalu. Target saya, mahu membanyakkan artikel untuk bacaan Anda, sebanyak yang mungkin, secepat yang mungkin.
Ia sebagai menghargai sokongan Anda sebagai pembaca setia artikel-artikel saya.
Terima kasih pada Anda, kerana dengan sokongan padu, blog “simple” ini popular dalam masa yang singkat, sehingga kini jumlah hits dah nak dekat 10,000 dalam masa 3 bulan.
Selain itu, jumlah pengujungnya juga “mengejutkan” beberapa blog lain yang ditubuhkan lebih lama sedikit dari blog ini. Saya ingatkan, jumlah pelawat (page load) lebih 300++ pengunjung sehari adalah sesuatu yang standard, tapi rupanya ia luar biasa, bagi sebuah blog yang baru.
Ini screen shot yang saya ambil untuk rekod pertama kali. Mulanya saya tak tau pekebenda ni semua, apa maksud Page Rank dan graf-graf ni.
Lepas bertanya, baru saya tahu, rupanya blog “Shueqry Berkata” popular dalam masa yang singkat.
Mungkin sebab nama penulisnya Mohd Shukri Bin Abdullah, hampir sama dengan Dr Shukri Abdullah, pakar motivasi tu? Ini spekulasi yang saya terima sesetengah pihak.
Itu tak kisah, yang penting saya mahu memberi penulisan yang terbaik dan yang menaikkan semangat Anda. Moga dengan tulisan-tulisan saya, Anda ada panduan bagaimana untuk menjadikan diri Anda bermotivasi dan mampu bersaing di tahap tinggi.
Di bawah ni adalah screen shot statistik blog sehingga 13 Mei yang lalu, di sini bilangan pengunjung sudah lebih 200 orang sehari.
Sesungguhnya, saya tak tahu ini semua. Statistik terbaru, saya belum ambil lagi.
Oleh kerana masih baru berblog, saya menulis di sini dengan penuh semangat. Saya tulis semua apa yang saya tahu untuk kita kongsi bersama.
Oh, betapa terharunya saya.
Terima kasih pada Anda !
- shueqry -