Pesanan
Salam pembaca iMotivasi, moga Anda semakin bersemangat hendaknya. Bertemu kita di coretan realiti.
Dalam beberapa hari lepas saya meluangkan masa dengan bapa dan mak saya, keempat-empat orang adik beradik dan ahli keluarga yang lain. Minggu ni cuti sekolah, syukur diorang ada masa melawat saya di Kota Kinabalu..
Sayangnya saya tak dapat nak balik bercuti di kampung bersama mereka. Waktu kerja menghadkan aktiviti saya, tapi sekurang-kurangnya dapat meluangkan masa bermalam bersama mereka.
Niat di hati memang teringin sangat nak balik kampung, dah lama tak gi joging ngan bapa saya dan membersihkan halaman rumah bersama-sama mak saya. Melihat air muka kedua-duanya, memang mereka ingin benar nak saya ikut balik sekali sebab cuma saya seorang yang selalu berjauhan.
Saya dalam dilema. Nak balik kampung, susah hati sebab takut tempat kerja saya jadi bermasalah dan tak terurus. Bila saya tak balik, mak saya kecik hati punya.
Nak tak nak, saya terpaksa stay di KK saja. Peranan saya lebih diperlukan di sini. Belum lagi tiba masanya untuk saya bercuti.
Saya dah beritahu pada mak dan bapa yang saya tak dapat balik sekali sebab bekerja. Hanya pesanan supaya kerja serajin mungkin untuk masa depan, itu yang ditinggalkan buat saya.
Memang sedih, sayu dan pilu, tapi saya kena be strong. Sekarang saya cuma seorang pekerja, saya tak boleh cuti sesuka hati.
Berbanding dengan tahun lalu, saya boleh temankan mereka bila-bila masa sebab saya bekerja sendiri sepenuhnya melalui Internet. Situasi ini satu cabaran buat emosi saya.
Ketika artikel ini ditulis, family saya dalam perjalanan balik ke Semporna ikut jalan darat. At the last time saya call, mereka dah berada di Beluran, Sandakan.
Perjalanan mengambil masa 8 jam. Dua orang adik perempuan saya tak tahu langsung blog saya dah menjadi cukup popular di Internet.
I wish i could share this happiness with them..idea-idea penulisan saya kebanyakannya lahir dari inspirasi mereka juga.
Semalaman di hotel Kompleks Tabung Haji, kami sekeluarga sempat menonton vcd filem Duyung, lakonan utama Saiful Apek bersama Maya Karin. Lokasi perfileman adalah di jeti kampung tempat sekolah lama saya di Tampi-tampi, Semporna.
Jeti tempat mereka berlakon adalah tempat wajib yang saya kunjungi bila di kampung. Mandi laut aktiviti kemestian bagi saya tiap kali ada peluang mandi laut ngan sepupu-sepupu di sana. Saya suka di situ sebab air lautnya dalam dan sejuk.
Tak sangka sungguh tempat tu dijadikan lokasi penggambaran filem Duyung. Teringat dulu time SPM tahun 1997, tiap kali habis exam paper kami berjoging ke jeti Tampi-tampi dari sekolah. Bila sampai, kami terjun laut beramai-ramai. Best!
Perkara ni kami lakukan tiap hari sepanjang seminggu mingu peperiksaan SPM. Those sweet memories still fresh in my mind, seperti baru saja berlaku kemarin. Saya tak pernah lagi jumpa rakan-rakan sekelas selepas kami berpisah.
Kejutan akan datang, saya letak video saya di blog ini. Anda akan lihat saya bercakap, Anda boleh dengar suara saya dan kenali wajah saya.
Inilah ‘level kedua’ yang saya maksudkan. Dah tiba masa untuk saya memunculkan diri.
May 24th, 2008 at 1:54 am
Salam..
tak sabar menunggu video itu..ehe..:D
May 24th, 2008 at 4:07 am
salam shueqry..
awak dah banyak naikkan semangat dan kekuatan orang..tentu awak boleh buat lebih baik kan?
saya cuma mampu doakan yg terbaik utk awak shueqry
saya dah beberapa kali tengok filem Duyung tu..saya suka tengok laut dan pemandangan dsana..indah!
wish satu hari saya dapat pergi ke tempat mcm tu..jealous saya shueqry selalu mandi laut kat sna dulu
and..yeah you must BE STRONG shueqry
and i’m looking forward for your video..
love and friendship,
aizalea
May 25th, 2008 at 10:04 am
salam perkenalan. semoga success selalu bro..
May 26th, 2008 at 2:41 am
Salam Shueqry,
Wah! dah banyak planning rupanya, Syabas. Itu lah yg sy harapkan agar semua blogger ada their own audio and video for us readers to know them better, it about time. Siapa tahu conferencing juga akan menjadi suatu perkara biasa suatu hari nanti. Baru lah nanti Shueqry dpt tengok pembaca blog ini pulak. Apa pun jua semoga success selalu dalam apa yg di cita-cita kan. Salam
~rass~