Laman blog iMotivasi dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh ShueQry.  Sejarah blog ini bermula pada tarikh 29 Mac 2007.

Ketika itu ShueQry baru saja membina blognya yang pertama di namakan dengan tagline “ShueQry Berkata” menggunakan web address http://shueqry.blogspot.com sebagai alamat utama di internet. Blog itu masih boleh diakses untuk bacaan percuma sehingga ke hari ini.

Blog ShueQry Berkata pada asalnya banyak mengandungi artikel-artikel perniagaan internet. Ia mula beralih arah apabila ShueQry menyedari masalah kekurangan artikel-artikel motivasi berbahasa Melayu yang terdapat di ruang internet Malaysia. Pada waktu itu, masih belum ada sebuah blog motivasi yang mengandungi artikel-artikel motivasi sepenuhnya.

Ramai pengguna internet menghadapi masalah untuk mencari artikel-artikel motivasi yang baru sebagai rujukan. Sumber artikel pada masa itu hanyalah dari forum-forum, didapati dengan jumlah yang sedikit bahkan lapuk kerana tidak dikemaskini. Yang ada cuma ‘itu-itu saja’.

Akhirnya blog “ShueQry Berkata” dimasukkan dengan banyak artikel-artikel motivasi serta artikel-artikel pembangunan diri khusus untuk bacaan percuma sebagai penyelesai kepada permasalahan itu. Pada pertengahan 2008, web address Shueqry Berkata ditukar kepada nama domain dotkom cuma masih menggunakan blogspot sebagai tapak web. Perancangan asal adalah untuk mengambil nama web address “eMotivasi.com” sebagai nama domain baru.

Namun nama web address “eMotivasi.com” nama itu telah dibeli oleh seorang blogger motivasi Indonesia. ShueQry terpaksa memikirkan nama lain dalam masa yang singkat kerana tak mahu nama baru itu dibeli oleh orang lain sebelum dia.

Dek kerana desakan, dia memilih untuk menamakan blog itu dengan nama baru “iMotivasi” (kita sebut sebagai ai-motivasi). Start Mac 2008, lahirlah iMotivasi dot kom beralamat di web address http://www.iMotivasi.com. Nama sebegitu dipilih kerana ia ringkas, senang diingati, senang dicari.

Pada pertengahan Mei 2008 ShueQry mengambil keputusan untuk membina jenama iMotivasi.com di tapak web sendiri, tidak lagi menggunakan tapak Blogspot sebagai platform untuk artikel-artikel motivasi kendaliannya. Laman blog iMotivasi.com beralih ke tapak hosting persendirian dalam server kendalian syarikat penyedia akaun hosting, SempoiHosting.com.

Dalam masa beberapa bulan selepas ia berpindah tapak hosting, blog motivasi ini mendapat ranking tinggi di enjin carian popular di internet seperti Yahoo, Bing, AskJeeves dan Google. Blog iMotivasi.com adalah pesaing utama kepada dua portal motivasi terbesar di Malaysia iaitu Laman MAP (Motivasi Alihan Pelajar) iaitu portal motivasi milik Dr. Tengku Asmady dan  eTuah.com, portal motivasi milik Dr Tuah Iskandar.

Berkat kerajinan menambah kandungan artikel-artikel original ke dalam blog, iMotivasi.com dapat mengekalkan kedudukan tinggi dalam enjin carian sehingga ke hari ini. Mengikut statistik Google, laman blog iMotivasi.com berada pada kedudukan kedua mengatasi 4 juta laman web lain bagai kata carian “motivasi”. Statistik itu kerap bertukar kerana iMotivasi.com bersaing sengit dengan website LamanMAP.com yang kini berada di tangga teratas bagi carian kata kunci yang sama.

Bercakap mengenai statistik pengguna, blog iMotivasi.com dikunjungi oleh 1,000 orang pembaca setiap hari. Mereka terdiri dari kalangan wanita – ibu tunggal, gadis-gadis bujang, wanita bekerjaya, usahawan wanita, blogger wanita, guru wanita dan suri rumah. Wanita adalah pembaca dominan di iMotivasi.com.

Selain itu, blog iMotivasi.com selalu dikunjungi oleh beberapa blogger ternama Malaysia, usahawan-usahawan internet Melayu tempatan, pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan professional dari beberapa syarikat swasta seperti Petronas, TM, Celcom Malaysia, AirAsia dan Measat Broadcast (Astro).

Bahkan ada beberapa organisasi swasta menjadikan artikel motivasi dari iMotivasi.com sebagai bacaan tetap untuk setiap orang kakitangannya, diedarkan secara ‘viral’ melalui aplikasi email.

Mengikut statistik Feedburner, blog iMotivasi.com mendapat 2,826 orang subscribers (pembaca tetap yang mendaftar untuk menerima artikel ke dalam email mereka atau ke dalam RSS Feed milik mereka).

Statistik itu merupakan statistik pembaca tetap paling tinggi di kalangan blog-blog motivasi berbahasa Melayu yang terdapat di ruang internet Malaysia.