Rahsia Minda Jutawan

Asmkm dan salam sejahtera..

Saya telah membaca sebuah buku, tajuknya Rahsia Minda Jutawan tulisan Amar Mahmood. Dari apa yang saya baca, Amar merupakan seorang pakar minda dan berpengalaman dalam kuasa minda.

Dia bertindak sebagai jurulatih di syarikat milik beliau, Mind Empowerment Centre, Melaka. Selain itu dia juga mempunyai kelayakan professional dalam bidang bio energi dan merupakan grand master dalam Reiki Usui dan Kundalini.

Saya akan berkongsi dengan Anda apa makna Kundalini dan Reiki di artikel akan datang. Buku ini berharga RM21 dan pada pendapat saya yang pertama sekali mengupas minda jutawan sekali ngan penggunaan teknik kuasa minda dalam misi Anda menjadi jutawan.

Buku berkaitan minda dah banyak yang saya baca dan saya turut amalkan apa yang diajarkan di dalam buku-buku tersebut. Sebelum ini, buku paling saya suka adalah buku Kuasa Minda Separa Sedar tulisan Mohd Rozani Pawan Chek. Mungkin tersenyum-senyum dia bila membaca tulisan ni.

Berbanding dengan lelaki lain, minat saya lebih pada buku, sukan, muzik dan teknologi. Saya akan mengulas beberapa buku minda yang saya miliki.

Setelah selesai membaca buku Rahsia Minda Jutawan, apa yang boleh saya katakan buku ini mengandungi panduan padat bagaimana mahu menerapkan mindset seorang jutawan cemerlang, menumpu pada langkah pembentukan minda jutawan lalu memperkasakannya supaya individu tersebut jadi cemerlang dalam perniagaannya.

Dengan ayat lain, buku ini membincangkan kaedah menjadi jutawan dengan cara halus dari aspek spiritual. Rasanya ini juga konsep minda sama yang telah digunakan oleh Joe Vitale dalam bukunya Attrator Factor.

Kuasa minda sebenarnya ada pada setiap orang. Ia satu kemahiran yang boleh dilatih dan boleh dikuasai seperti kemahiran lain.

Kuasa minda lahir dari perbuatan kita yang FOKUS pada sesuatu, tidak kira matlamat, cita-cita, azam mahupun kemahuan yang meluap-luap.

Dalam buku ini , Amar memberikan 5 rahsia membentuk mindset jutawan, antaranya:

1. Kesedaran pada kekayaan

2. Blueprint yang betul

3. Matlamat kewangan yang jelas dan tetap

4. Menggunakan kekuatan minda separa sedar

5. Keyakinan dan kepercayaan diri yang betul

Selain itu, Amar juga berkongsi cara memperkasakan minda yang boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja termasuk Anda dan saya. Ini termasuklah affimasi diri (Self Affirmation) dan teknik Visualisasi.

Law Of Attraction tidak disentuh dalam buku ini. Namun, sahabat saya Raymond mempunyai pengetahun mendalam dalam Law Of Attraction dan menulis setiap hari berkenaan LAw Of Attraction di blognya. Klik di sini untuk ke blog Raymond.

Point seterusnya, Amar juga menyenaraikan 12 sebab kenapa Anda tidak jadi kaya dan memberi 5 kunci menarik wang datang pada Anda. Ini semua adalah perkara yang simple, tapi hanya kita yang asyik lupa dan tak mengambil berat hal ini.

Orang kata, knowledge is power. Tapi, sebenarnya mempunyai pengetahuan yang banyak saja bukanlah ‘power’.

Bila Anda banyak membaca buku dan banyak mengetahui sesuatu perkara lebih dari orang lain di sekeliling Anda, maka Anda sudah menjadi ibarat perpustakaan bergerak.

Kuasa ilmu atau ‘knowledge power’ ni sebenarnya terletak pada tindakan Anda mempraktikkan apa yang Anda baca. Itulah kuasa pengetahuan yang sebenarnya.

Segalanya bermula dengan ilmu, isikan minda dengan ilmu dan kemudian bertindak aktif, positif, progresif. Tanpa ilmu Anda akan hilang arah tujuan dan tanpa ilmu, Anda mudah putus asa.

Akhir kata, buku ini sangat bagus!.

Ia ditulis dalam bahasa yang santai, tak terlalu teknikal dan memberi semangat pada sesiapa jua yang membacanya. Saya sungguh kagum dengan Amar kerana berjaya menggabungkan motivasi jutawan dengan penggunaan kuasa minda.

Saya secara peribadi mencadangkan buku ini kepada Anda yang mahu mencemerlangkan diri, kerjaya dan kewangan peribadi selain yang berniat mahu menjadi jutawan seperti Irfan Khairi, Azizi Ali dan Syed Mokhtar Al-Bukhari.

Setelah itu, jika Anda mahu tahu lebih detail lagi mengenai kuasa minda, saya cadangkan Anda baca buku Kuasa Minda Separa Sedar untuk rujukan yang lebih advance mengenai kuasa minda separa sedar, mengetahui makna Reiki dan memahami definasi Kundalini.

Buat bro M.Rozani dan bro Amar, terima kasih kepada pada Anda berdua kerana menulis buku minda yang sungguh bermanfaat. Tak banyak rujukan kuasa minda dalam bahasa Melayu, berkat usaha kedua-dua penulis ini, kita sudah ada rujukan berbahasa Melayu mengenai kuasa minda selain blog-blog minda seperti blog LinnComel.com

Jika Anda mahu tahu lebih detaik lagi mengenai buku Rahsia Minda Jutawan, klik di sini. Anda juga boleh membelinya secara online di situ.

Doa dari saya, moga Anda cemerlang hendaknya.

- s.h.u.e.q.r.y. -

Share This Post

10 Responses to “Rahsia Minda Jutawan”

  1. Dik Mal Says:

    Salam :)

    Saya dah baca buku tu. Buku mesti baca tu… ;)

  2. Raymond Says:

    Selain the Law of Attraction, kuasa minda ini memang menjadi favorite saya.

  3. Anonymous Says:

    Terima kasih buat saudara shueqry kerana telah memberikan kredit terhadap buku saya. Moga saudara mendapat keberkatan dari Nya.

    Melihat dari komen saudara, menunjukkan tahap pemahaman saudara sangat baik dalam bidang ini kerana saudara dapat menangkap elemen spritual yang ada di dalam buku tersebut….”mind. emotion & spiritual…The Path to Prosperity”

  4. Anonymous Says:

    Sorry….just to knowledge my name : Amar Mahmood
    Melaka

  5. shueqry Says:

    Amar,

    Asmkm bang Amar, i donno how, but i keep in my mind that you will know my blog, alhamdulillah, you’ve come here..

    terima kasih buat Abg Amar :-)

    saya meminati spiritual dan minda, juga termasuk LOA. Raymond, thanks for the good, useful LOA tips on your blog :-)

    DikMal,
    terima kasih sudi singgah, awak pengunjung setia blog ni.. wah, terharu sungguh saya dibuatnya..

    Apa-apapun, saya sungguh terkejut kerana penulis buku ini datang ke blog ’simple’ saya, tq buat abg Amar, moga satu hari nanti saya dapat berjumpa dengan dia..

  6. Anonymous Says:

    Ok, no ploblem. You have done a good job Shueqry. Sebenarnya, kat Malaysia nie subjek Mindpower ini banyak di sentuh dalam bentuk mistik. So I really hope kita move ke more realistic application contohnya untuk sukses ke atau untuk kaya ke atau untuk kesihatan..

    Hope kita bleh cit cat and ketemu nanti k…..sukses selalu buat Shueqry.

  7. "Chef Wan" Says:

    Saya pernah menonton video The Secret tu. Tapi sehingga kini masih lagi pessismistic about the whole thing.

    That said, I highly recommend this video: http://youtube.com/profile_videos?user=ViSIONStatement

    (His old very good videos have been deleted. Sesiapa yang ada copy, in flv format, or wahtever format, please let me know.)

  8. "Chef Wan" Says:

    Sorry about the link..

    Here’s the correct one:

    http://youtube.com/profile_videos?user=ViSIONStatement

  9. "Chef Wan" Says:

    Sorry lagi sekali. Nampaknya address tu memang kena potong automatically.

    It should end with the word ViSIONStatement

  10. kakeru Says:

    Saya suka buku ni. Memang bagus, Master Amar! Tahniah buat anda!

Komen? Pendapat?