Rajin Berdoa Satu Motivasi Dari Al Quran

Terlalu banyak kata-kata motivasi Islam yang saya nak petik dari ayat-ayat Al Quran. Membacanya satu persatu sungguh mengasyikkan.

Untuk tips motivasi Al Quran kali ni, saya kongsikan sepotong ayat dari surah Al Fatihah ayat 5-7 yang bermaksud :

“Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. “

Setiap apa yang kita usahakan, lebih mudah mendapat keberkatan bila dimulakan dengan Bismillah. Andai sebelum ini kita jarang memulakan kerja kita buat dengan lafaz Bismillah, hari ni Anda perlu berubah.

Amalkan membaca Bismillah saat Anda mula melakuan sesuatu. Kesannya, kita buat kerja dengan penuh tenang dan fokus, tak bercelaru.

Dalam kita berusaha sedaya upaya mengejar kejayaan, jangan kita lupa asasnya. Mengejar kejaayaan, bererti kita sedang berhadapan dengan sesuatu yang diluar kuasa manusia.

Kita tidak tahu sama ada kejayaan yang menjadi matlamat kita boleh dicapai oleh tidak sebab ia berada di masa hadapan, bukan masa sekarang.

Kita juga tidak tahu bagaimana kita boleh mencapainya dengan cara yang betul dan bagaimana ia akan ditunjukkan pada kita, atau dengan cara apa ia dimunculkan depan kita. Kita cuma disarankan supaya berusaha.

Walaupun kejayaan bergantung pada usaha, tapi ia boleh berubah bila-bila masa mengikut kehendak Allah swt. Kekadang, saat sibuk berusaha, kita lupa pula berdoa meminta pertolongan pada Allah supaya menunjukkan kita ke arah kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan yang kita kejar.

Lama-kelamaan, kita lupa terus!

Mengapa kiat perlu dekatkan diri pada Allah? Sebab,  dia penguasa pintu-pintu kejayaan. Sudah tentu dia akan memberi petunjuk ke arah kejayaan pada sesiapa yang dikehendakinya, terutama hamba-hambanya yang selalu mendekatkan diri padanya.

Syaratnya cuma satu, Anda dekatkan diri sahaja. Rajinkan beribadah, doa dan berzikir.

Petunjuk itu akan muncul dalam bentuk idea, ilham, gagasan, situasi, benda atau orang perseorangan yang tiba-tiba muncul tanpa kita sedari. Semuanya terjadi secara kebetulan.

Konsep kebetulan ni pula sama dengan apa yang ada di dalam Law Of Attraction dan kuasa minda separa sedar. Tiada yang kebetulan, kerana ia telah diatur oleh penguasa alam, Allah swt.

Niat kita dan perkataan yang kita selalu ucap dalam hati, adalah satu doa.

Lebih banyak Anda berdoa, lebih dekat Anda pada Allah. Kesannya, lebih banyak jalan-jalan kejayaan ditunjukkan pada Anda.

Dalam rajin berusaha, kasi up lagi dengan merajinkan diri berdoa pada Yang Maha Esa. Gabungkan kedua-duanya sekali.

Kita perlu berubah. Mulakan hari ini juga!

Share This Post

13 Komen Pembaca


  1. Maka ..BERDOA lah sentiasa…

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

    Quote | Posted July 17, 2008, 7:30 pm

  2. Rajinkan diri berdoa.

    Dekat dengannya, maka dekat juga dengan pintu-pintu kekayaan.

    Think Rich, Grow Rich!

    Quote | Posted July 17, 2008, 9:29 pm

  3. “Telah diketahui oleh Zat itu barang yang sudah sempurna kejadian, tetap belum ditunjukkan lagi, terhenti Ia pada MASA (yakni dlm IlmuNya..) ”

    Allah Ta’ala itu Maha Mengetahui barang apa jua yg diperlukan oleh hambaNya cuma kita sebagai makhlukNya perlulah bertindak (action) dgn cara berdoa, niat atau berzikir bagi merealisasikan apa yg kita kehendaki itu..

    Sebab Allah Ta’ala bersifat Kaya lah maka Ia Maha Pemurah kepada setiap makhluk ciptaanNya baik yg taat mhu pun yg ingkar..

    Oleh itu sama-sama lah kita berdoa dan memohon agar dilimpahi rahmat utk segala macam kehendak dan keperluan bagi menjanakan segala isi kandung perbendaharaanNya demi keharmonian dan kesejahteraan umat manusia am nya.

    Ingatlah bahawa adalah mustahil bagi Allah itu bersifat kekurangan, maka Ia telah Mencukupkan segala apa kehendak dan keperluan makhluk ciptaanNya. Begitulah Hukum Daya Penarik berlaku sepanjang hayat didunia ini.

    Wallahualam.

    Sekian.

    Quote | Posted July 17, 2008, 10:40 pm

  4. pembetulan: ““Telah diketahui oleh Zat itu barang yang sudah sempurna kejadian, [tetapi] belum ditunjukkan lagi, terhenti Ia pada MASA (yakni dlm IlmuNya..) ”

    maaf atas kesilapan..

    Quote | Posted July 17, 2008, 10:41 pm

  5. Bard,

    Terima kasih atas perkongsian.

    Thank you..

    Quote | Posted July 17, 2008, 10:49 pm

  6. Salam Shueqey,

    Terima kasih juga kepada Shueqry kerana jentikan hati n minda kali ini.Semoga peringatan demi peringatan, ilmu demi ilmu akan menyerap ke dasar hati n minda yang menjadi kuasa memacu kepada kejayaan dan kecemerlangan di dunia n akhirat.Insyaallah.

    Teruskan memberi Shueqry.Semoga Allah akan memberi lebih lagi kepada Shueqry.

    Quote | Posted July 18, 2008, 6:56 am

  7. look imposibble but true..berdoa lah..sesungguh nya Allah suka kepada hambanya yang meminta hanya pada NYA.Saya dah rasa nikmatnya dan keberkatannya dalam doa2 yang dijanakan pada setiap hari.Alhamdulillah

    Quote | Posted July 18, 2008, 8:48 am

  8. Fiza,

    Lebih banyak kita berdoa, lebih banyak juga kerahmatan Allah yang dikurniakan pada kita.

    Jadikan berdoa amalan kita.

    Quote | Posted July 18, 2008, 9:46 am

  9. Doa adalah senjata umat islam…
    jadi gunakanlah senjata ini untuk memajukan diri dan seluruh umat islam….terima kasih shueqry

    Quote | Posted July 18, 2008, 12:03 pm

  10. Wan Fiza,

    Betul .. jadi sama-sama kita mengajak orang lain supaya rajin berdoa.

    Allah Yang Maha Esa mendengar doa hamba-hambanya.

    Quote | Posted July 18, 2008, 2:40 pm

  11. semoga apa yg kita hajati tercapai…Allah sentiasa bersama hamba yg selalu mengingati-NYA…amin..

    Quote | Posted July 18, 2008, 4:13 pm

  12. askm.wbt.
    Allah beri 2 kelebihan pd org mukmin utk meraih kejayaan dunia n akhirat dgn pantas. Jln pintas yg tak d beri pd hamba-hambaNya yg tak bertaqwa. Ia itu usaha dan doa. Pd hamba-hambaNya yg tak bertaqwa hanya d beri kekuatan zahir ia itu usaha jk hendak berjaya.Mengapa mesti kita abaikan tawaran ini.
    Rebutlah peluang ini.Semuga kita tak ketinggalan.

    Quote | Posted July 18, 2008, 4:54 pm

  13. Terima kasih kerana saling ingat menggigati..

    Quote | Posted July 19, 2008, 10:25 am

Kongsikan Komen Anda Selepas Membaca Artikel Ini