Ransang Diri Dengan Kata-kata Motivasi Positif
Tips motivasi kali ni adalah tips ketiga dalam siri bagaimana membina sikap positif dalam diri.
Dalam dua tips terdahulu, saya berkongsi cara mengelak sikap pesimis dan cara bagaimana nak mengubah perkataan dalam perbualan seharian.
Seterusnya, untuk membina sikap positif, kita perlu sentiasa meransang diri dengan kata-kata positif, ayat-ayat positif atau kata-kata motivasi positif yang mencetus semangat. Baca banyak kali, beratus kali dalam sehari, dari saat Anda mula membuka mata sehingga time nak masuk tidur.
Dalam blog iMotivasi, saya ada kongsikan kata-kata motivasi, dimulai dengan kata-kata motivasi #1, #2, #3 sehingga #9 dan takkan habis!.
Anda juga boleh gali kata-kata motivasi dari blog Dr Inspirasi, blog Motivasi Kejayaan, blog LinnĀ Comel, blog Osman Affan, blog Attracting Your Goals kelolaan Raymond atau blog Irfan Khairi.
Anda boleh salin kata-kata motivasi tu di atas kertas kecil, buku nota atau “Post It Notes” lalu baca dengan kerap. Cara lain, save di dalam hanphone, PDA atau di reminder dalam laptop Anda.
Minda kita cepat menangkap sesuatu yang ringkas dan santai, sebab ia lebih “ringan”. Amalkan membaca kata-kata motivasi atau quote motivasi pendek, kerana ia senang di ingat.
Lebih kerap Anda ransang diri dengan kata-kata positif, lebih cepat sikap Anda berubah jadi yang lebih positif!.
August 20th, 2008 at 9:06 am
blog ni byk mmberi inspirasi kpd sy…
teruskan usaha anda menolong org ramai…
may God bless ya!
August 20th, 2008 at 2:27 pm
Miss,
awak membuat saya bangga ..
Thank you .
August 21st, 2008 at 9:28 am
hi,
blog nie byk buat sy rasa harus btindak utk merangsang diri kearah positif….tp,ade xkey word yg bole djadikan perngsang…
August 21st, 2008 at 2:44 pm
gurl,
bnyk keyword yg boleh dijadikan perangsang…
ikut kesesuaian n kesukaan masing2
cm dlm blog imotivasi ni sendri de slogannye tersendri; LiveStrong!tol x bro shueqry
so klu de terdengar or terbace pe2 perkataan yg dpt menaikkan smgt trus je sematkan dlm minda or tuliskannye
then bace or mainkan dlm minda b’ulang kali
so bile nk naikkan smgt sebutkannye or mainkannye dlm minda
take action! truskan pencarian!
August 27th, 2008 at 10:18 am
alhamdulillah, stlh saya subscribe blog ni dan baca artikel setiap hari, sy semkn brsemangat. tullah, minda kita ni blh dikntrl. skrg ni sy masih brperang cam ne nak buang sikap marah yg selalu timbul pantang silap skt je.. ade cara yg mudah ke nak buang sikp negatif yg dah bermaharajalela dlm diri ni… selalunya anak jadi mangsa… tq
August 27th, 2008 at 2:31 pm
Musafir,
memang ada cara mudah. Caranya mudah, tapi nak buat tu, agak mencabar..
Cuma satu, berani kawal emosi, berani kawal rasa nak marah..