Readers iMotivasi Dah Mencapai 1200 Orang
Bagi sebuah blog motivasi yang baru setahun, ini adalah satu pencapaian cemerlang.
Saya tak tahu cemerlang yang cemana bagi pandangan Anda, tapi yang saya tahu, saya menerima banyak ucapan tahniah melalui sms dari ramai pembaca. Naik jem inbox mesej henpon saya.
Jujur dari hati, terima kasih.. Mata saya berkaca-kaca jadinya saat menulis post kali ni. Oh, Thank You!
Bergelar pakar motivasi bukan matlamat saya, tetapi saya mahu dikenali sebagai blogger motivasi yang dekat di hati semua pembacanya. Itulah matlamat sebenar saya.
Penghujung jalan masih jauh dihadapan, walaupun jalan yang saya lalui ini tak pernah direntas oleh mana-mana orang, saya tetap mahu mengakhiri apa yang dah saya mulakan.
Buat Shida dari Dublin, sms yang awak kirim dari jauh menaikkan semangat tiap kali saya membacanya.
Thinkerich dari PemikirKaya dot kom dan Dr Inspirasi dot kom, thanks di atas sokongan berterusan..
Buat Emy dari Merauke, ujung timur Indonesia, terima kasih atas sms yang dihantar, juga dari kejauhan. Rupanya iMotivasi dah popular di ruang internet Indonesia.
Pembaca-pembaca dari Brunei, insya allah bila saya sampai di sana, kita berkumpul semua sekali ya! Tak sangka saya dah ada komuniti tersendiri di negara Brunei Darussalam.
Setakat ni saya tak dapat nak gi buat talk atau gathering kat sana sebab saya masih bekerja sepenuh masa di Kota Kinabalu, Sabah. Walaupun kos tambang, kos tempat tinggal dan makan minum semua disponsor, saya perlu atur masa cuti terlebih dahulu.
Pada rakan-rakan pembaca yang nak berchat seminit dua di Yahoo Messenger, add ID saya shueqry@yahoo.com
Moga ia penjadi pengerat ikatan sesama kita.