Realiti - Hampir Berlanggar Dengan Kereta
Hanya ada dua perkara yang benar-benar mencabar dalam minggu ini.
Pertama, henfon saya hilang, tak tahu tercicir di mana tapi rasanya terjatuh dari poket seluar ketika saya speed berbasikal keluar dari kawasan kem tentera.
Walaupun ia cuma Nokia 3310 tapi ada banyak kenangan pada saya sejak saya beli pada 7 September 2002. Saya terima cabaran ini sebagai satu tanda, maknanya saya kena beli henfon baru.
Banyak sms dari pembaca iMotivasi yang saya simpan untuk saya baca berkali-kali, sumber inspirasi saya dan pencetus motivasi.
Kedua, rantai basikal saya tiba-tiba putus selepas saya hampir berlanggar dengan sebuah kereta kancil.
Ketika saya berbasikal pada kelajuan tinggi, sebuah kereta kancil berwarna merah tiba-tiba membelok masuk ke simpang kiri tanpa memberi signal masuk terlebih dahulu, sedangkan saya berbasikal laju di lorong sebelah kiri.
Dulu lori, sekarang kereta kancil. Dah dua kali saya berdepan ancaman maut.
Nasib baik saya tak berlanggar dengan pintu kiri kereta kancil tu. Andai kata saya berlanggar dengan kereta tersebut, badan saya boleh terhumban jauh, tak tahu mendarat kat mana.
Bila mendarat, tempurung kepala saya berisiko pecah lalu boleh menyebabkan koma. Selain tu, tulang rusuk kanan saya boleh retak sebab berlanggar dengan badan kereta.
Dalam keadaan panik, saya turunkan kedua-dua kaki untuk menahan momentum basikal lalu melompat. Susah nak saya ungkap dengan kata-kata cemana sakit yang saya rasa, terutama sakit di antara kedua belah paha, di otot belakang, pergelangan kaki dan kepala lutut.
Sakitnya masih terasa hingga saat saya menulis catatan ni. Nak ke klinik, saya kurang ada masa.
Namun, saya benar-benar bersyukur sebab saya masih hidup!
Paling menyeksakan, kereta kancil merah tu berlalu begitu saja. Rasanya pemandu kereta tersebut ketawa terbahak-bahak dalam kereta sebab dah berjaya kenakan saya. Dia langsung tak berhenti atau bertanya saya ok ke tidak, ketara dia berniat nak kenakan saya.
Peristiwa ni berlaku jam 10.35 malam, 5 Jun 2008 di kawasan hampir dengan Balai Polis Kepayan. Kat sana memang tiada lampu jalan.
Oleh sebab rantai basikal saya putus, amik masa sejam nak repair tanpa peralatan lengkap, hanya menggunakan batu jalan dan playar serbaguna Victorinox yang saya bawa tiap hari dalam beg. Sampai di rumah, abes hitam seluruh tapak tangan oleh gris basikal.
Di dunia sebenar, saya tak cerita hal ni ngan siapa-siapa, kawan serumah dan di tempat kerja.
Simply sebab saya tak nak tahap motivasi saya menurun dek diketawakan oleh mereka.
June 7th, 2008 at 10:29 pm
Alamak..
Kesiannya..
Tak pe itu semua cabaran untuk masa hadapan yang cemerlang..
June 8th, 2008 at 10:02 pm
Assalamualaikum dan Salam hormat buat saudara Anda..
Doa saya buat saudara agar hari-hari yang ditempuhi kini,esok dan akan datang didalam keselamatan dan dilindungi oleh Allah s.w.t hendaknya.
Anda amat diperlukan dalam kitaran hidup seharian ini dengan pengetahuan dan pengalaman pembacaan anda selama ini.
Saya amat menghargainya dan bersyukur atas anugerah kurnia illahi kerana anda juga sebaris dari pada golongan pemberi semangat untuk meningkatkan keyakinan diri orang lain.
“Tulisan (kata-kata) Anda mempunyai ‘Getaran Tenaga’ bagi pembangkit semangat insan-insan lain”.
Syabas dan semoga berbahagian dikurniai rezeki yang melimpah ruah hendaknya.
Sekian, Wasalam.
June 9th, 2008 at 10:09 am
Zool,
Itu juga yang saya fikirkan.
Menjadi tanggungjawab kita untuk be strong demi masa depan yang lebih gemilang.
Bard,
Ya betul tekaan you..
Saya memasukkan getaran energi motivasi ketika menulis.
Moga enegergi yang sama masuk ke sanubari orang lain, lalu menyuntik semangat buat mereka juga.
August 23rd, 2008 at 7:23 pm
biar betul. dulu aku penah kene gak. tapi motor vs kereta la..