Realiti

Kali ini saya berkongsi aktiviti harian yang saya lalui.

Maybe ramai yang tak tahu, saya berbasikal ke tempat kerja, bukan lagi naik bas seperti dua bulan yang lalu. Sukan ni banyak meminta curahan tenaga.

Dari Kota Kinabalu ke Lok Kawi, jaraknya lebih kurang 17km. Bermakna dalam sehari saya berbasikal sejauh 34km, pergi dan balik. Pro cyclist berbasikal paling kurang 85km sehari.

Selepas subuh, saya turun mengangkat basikal dari rumah di tingkat 3, buat sedikit stretching dalam 10 minit. Regangan otot amat perlu untuk mengelakkan ‘krem’ tengah-tengah jalan. Gear juga mesti di check untuk mengelak masalah teknikal pada kelajuan tinggi.

Berbeza dengan sukan renang, berbasikal hanya memerlukan regangan otot di bawah pinggang dan sedikit regangan di bahagian-bahagian badan yang lain. Renang memerlukan 70% kekuatan tangan dan 30% kekuatan kaki, manakala berbasikal pula sebaliknya, sama dengan berlari.

Yang best berbasikal di awal pagi, udara masih segar dan kenderaan juga sedikit. Ini memudahkan saya ‘being in the flow’ ketika berbasikal.

Hmm.. berbasikal, renang dan berlari memang perit, membuat kita penat jadinya. Tapi, Anda takkan tahu keseronokan yang dirasa dan kesannya terhadap fizikal Anda.

Bagi saya, ia membuat saya fokus, kurang mengantuk, kurang memikir masalah, senang nak tidur, senang juga nak bangun pagi. Memang seronok naik beskal. Selain tu, keseronokan yang terasa membuat saya makin bersemangat.

Apa yang saya mahu capai? Hanya satu, kecergasan pada level tinggi. Sekarang saya berlatih mengikut feel tubuh. Selepas itu, saya akan mengatur sistem latihan berdasarkan catatan masa.

Fizikal kita tak boleh dipaksa, kekuatannya perlu di bina step by step. Kalau tidak, otot mudah terkoyak dan Anda terdedah pada risiko kecederaan berpanjangan, terutama pada sendi dan otot utama.

Berlawan dengan rasa penat juga banyak mencabar mental. Tiap kali saya rasa penat, saya kata dalam fikiran, “Be Strong!”.

Hanya dua perkataan tu yang menjadi azimat saya tiap kali penat menyerang. Saya tak nak give up awal-awal…

Dah jadi macam afirmasi pada minda separa sedar saya. Tiap kali mengucapkannya di dalam hati, saya jadi cukup bersemangat!.

Salah satu peraturan kem tentera, mesti memakai seluar panjang dan kasut ketika nak masuk bekerja di pintu utama. Andai peraturan ini dilanggar, memang Polis Tentera tak benarkan masuk sebab dianggap kurang berdisiplin.

Nak ke tak nak, saya kena pakai seluar panjang dulu sebelum melepasi pintu besar tu, sebab saya memakai seluar berbasikal yang pendek dan ketat hingga ke paras kepala lutut. Tiap kali pergi ke tempat kerja, saya bawa seluar panjang untuk dipakai sebelum masuk.

So, saya pakai seluar double. Seluar berbasikal di dalam, seluar panjang di luar. Pemakaian kasut ketikan berbasikal penting untuk mengelak kecederaan pada kaki.

Bila sampai di tempat kerja 2 minit dari pintu utama kem, baru saya mandi. Basikal juga kena ‘mandi’. Kalau tak, kotor dan berkarat jadinya.

Itulah coretan aktiviti saya untuk kali ni.. Saya tunggu Anda di artikel akan datang.

Share This Post

Komen? Pendapat?