Reliti Proses Pemindahan iMotivasi Yang Baru
Salam pembaca iMotivasi, moga makin bersemangat hendaknya.
Sedikit coretan realiti. Saat menaip untuk post kali ni, saya belum makan dari pagi, memang mencabar sungguh.
Bukan sebab tak ada makanan, tapi kurang ada masa nak keluar beli makanan yang sudah dimasak.
Bayangkan selepas kepenatan berbasikal, dengan perut yang lapar saya terpaksa bertahan sehingga tengahari, tak sempat mandi dan tak sempat membersihkan apa yang patut dibersihkan. Bersih ala kadar saja.
Selepas tengahari, sama juga ceritanya. Nak tutup siberkafe sekejap untuk gi makan atau gi mandi, memang tak dapat sebab pengguna Internet berpusu-pusu datang. Nak tak nak, saya terpaksa menahan lapar dari 10 pagi sampai ke waktu Maghrib!
Vibrate satu badan saya jadinya. Last-last saya dapat mencuri masa 15 minit selepas Isyak tadi untuk ke gerai.
Saya beli 2 burger telur, nasik ayam, nescafe panas bungkus (mengidam dari jam 9 pagi!) dan mee goreng ayam. Huh, banyak kan? Saya lapar betul.. Kosong perut dari pagi ndak ada isi.
Kebetulan bekalan makanan yang ada di tempat kerja saya tengari tadi cuma dua bungkus mee Megi, sebungkus roti inti kacang hitam dan air mineral biasa. Saya makan saja apa yang ada.
Nak keluar tinggalkan siber kafe gitu saja saya tak sanggup, berlaku kecurian nanti.
Setiap hari Ahad, perkara ni terjadi sebab partner saya cuti every Sunday. Saya terkontang-kanting jaga siber kafe sengsorang.
Ikut jadual hari kerja biasa, dia jaga dari jam 8 pagi sampai 3 petang, tapi oleh kerana dia tak berapa tahu komputer, saya terpaksa berkorban masuk kerja awal pagi. Bila dia balik jam 3 petang, saya stay jaga siber kafe sampai jam 11 malam.
Maknanya, waktu kerja saya adalah 14-15 jam sehari.
Jika Anda yang perasan, saya dah tukar domain blog ni semula ke http://shueqry.blogspot.com
Saya dah setup blog iMotivasi yang baru di akaun hosting yang baru, bukan menggunakan akaun Blogger lama yang disediakan oleh Google.
Kerja-kerja pemindahan masih belum selesai sebab saya tak dapat log in ke akaun hosting blog iMotivasi, maybe masalah connection Internet. Page load muka depan blog baru juga lambat.
Bila dah selalu hujan dua tiga hari, internet mula jadi slow. Tiap kali nak masuk start dari petang tadi, mesti page error.
Saya balik tiap malam asyik kena hujandalam minggu ni, syukur alhamdulilah saya tak diserang demam, selesma atau batuk. Kawan-kawan serumah bersahut-sahut batuk di waktu malam sampai ke subuh, syukur juga diorang dah beransur sihat sekarang.
Proses seterusya, saya akan ’sedut’ artikel-artikel motivasi dari blog ni ke blog iMotivasi yang baru. Selepas itu, baru saya akan tukar themenya, pakai kaler yang menarik.
Di blog yang baru ni, mudah untuk Anda meletakkan komen pada setiap artikel.. Saya faham blog yang lama payah tul nak nulis komen, kali ni tak lagi. Dengan Wordpress, segalanya mudah.
Saya nampak ‘big picture’ dalam arena penulisan motivasi di Internet, terutama bila berkata tentang blog Motivasi. Saya percaya blog-blog motivasi boleh pergi jauh, bukan sekadar hanya memberi informasi.
Kali ni, kita tak perlu ada rasa malu lagi.
Kita perlu berani melakar sesuatu yang baru, mencipta sejarah, mencipta brand tersendiri dan kemudian stand out from the crowd!.
Beberapa hari lalu, blog iMotivasi mendapat ranking top 5 di enjin carian Google. Sekarang, dah turun sikit tapi masih berada di ranking top 10 search result Google untuk carian keyword “motivasi”. Jumlah Rss readers juga dah semakin bertambah.
Saya bersyukur sebab setelah mula nulis blog dari April 2007, baru sekarang ada peluang pakai Wordpress dihosting sendiri.
Biar bermula lewat sedikit, janji dapat memecut laju ke depan!
Terusakn usahamu anak muda!
↓ Quote | Posted July 14, 2008, 8:05 amDr Izad,
Thank you. I’ve been on yuor blog for a while, especially your blog about Mount Kinabalu that i’ve found last year.
Your clinic is near Gaya Centre Building and Capitol Hotel, one line with Watson, if i’m not mistaken..
Anyway, thanks for visiting iMotivasi dot kom 2.0!
↓ Quote | Posted July 14, 2008, 12:32 pmsalam shueq,bertukar ke wordpress adalah pilih yg baik.
↓ Quote | Posted July 14, 2008, 12:59 pmsemoga terus memecut laju ke depan.
Wkslm bro Arejae.
Thank you. Moga pecutan ni menjadi lebih lancar, lebih laju!
↓ Quote | Posted July 14, 2008, 2:39 pmBetul..dengan WP…saya lebih mudah tulis KOMEN…dulu nak juga KOMEN tapi penat tunggu…lama sangat…jadi tak jadi komenlah…
Kalau Shueqry perasan..saya ambil masa 10 minit untuk komen semua post saudara satu persatu ….seronok wooo…KOMEN dalam blog motivasi nih…ianya membangkitkan buah fikiran dan motivasi baru
Salam kekayaan,
THINKERICH
↓ Quote | Posted July 15, 2008, 7:34 pmHehe ..
itu juga yang saya fikirkan.
Sebab, sendiri nak balas komen, malas nak tunggu page load blogger.com yang agak lambat walaupun saya dah ubah kodnya.
Thanks Thinkerich!
↓ Quote | Posted July 15, 2008, 10:02 pm