Sains Law Of Attraction - Bhg 2

Saya sambung semula perbincangan mengenai sains Law Of Attraction dan penerangannya dari aspek logik sains. Law Of Attraction mengajar kita bahawa kita menarik apa saja yang kita fikirkan bila kita curahkan fokus, tumpuan dan perhatian kepadanya.

Dalam fizik kuantum (sains ruang masa), ilmu ini mengajar kita bahawa tiada apa yang tetap, tiada had dan segalanya dalam hidup kita adalah getaran tenaga (energy). Segalanya adalah tenaga, dan setiap tenaga bergetar untuk menjalankan fungsinya.

Getaran tenaga pada badan kita dan minda kita dipengaruhi oleh mood kita. Badan dan minda kita mengeluarkan tenaga juga menyerap tenaga daripada orang lain.

Cuba Anda duduk rapat dengan orang yang sentiasa bermotivasi, Anda akan turut rasa bermotivasi kerana minda dan tubuh Anda menyerap getaran tenaga yang terpancar dari orang tu. Contoh lain, cuba pula Anda duduk rapat dengan orang yang murung, kesan daripada itu Anda juga akan ikut jadi murung.

Sebab, badan dan minda Anda menyerap tenaga yang terpancar dari orang tersebut tanpa Anda sedari, tanpa Anda tahu, cuma dapat merasa saja.

Michael J Losier dalam bukunya bertajuk Law Of Attraction di muka surat ke 9 menyatakan bahawa tenaga terdapat dalam banyak bentuk, elektromotif, kepanasan (thermal), atomik, dan kinetik. Tenaga dan boleh dimusnahkan, ia hanya boleh berubah bentuk.

Setiap tenaga terbina dari atom sebagai bahan asasnya. Setiap atom pula mempunyai nukleus yang mengandungi proton dan neutron, seperti dalam gambarajah di bawah :


Dalam atom yang sangat halus tu, elektron sentiasa bergerak mengelilingi nukleus (seperti bulan yang bergerak mengelilingi Bumi) untuk memastikan kestabilan nukleus. Beberapa atom jika berkumpul dalam satu garisan yang sama lalu bergetar dalam masa yang sama menyebabkan terbentuknya tenaga.

Badan kita dan minda kita semuanya mengandungi tenaga, bahkan fizikal kita terbina dari sel-sel kita.

Manakala tenaga yang terbit dari minda adalah dalam bentuk gelombang. Sama juga dengan gelombang handphone, Bluetooth, Infrared, gelombang radio dan gelombang siaran Astro, cuma dalam frekuensi getaran yang berbeza dan jenis gelombang yang berbeza.

Gelombang minda diukur dalam pusingan sesaat mengikut 4 arus minda iaitu Beta, Alpha, Delta dan Theta.

Anda tak nampak gelombang ni semua, tapi dapat merasakan kehadirannya dan menggunakannya. Anda tak nampak elektrik, tapi Anda sentiasa gembira memetik suis lampu, menghidupkan komputer dan menghidupkan kipas elektrik.

Anda tak dapat menerangkan bagaimana elektrik terbentuk dan bagaimana elektrik menjalankan fungsinya, tapi Anda tahu memanfaatkannya untuk keselesaan hidup.

Jika getaran gelombang dari satu sumber dan sumber yang lain adalah sama, kedua-duanya boleh berhubung, tukar menukar dan saling tarik-menarik antara satu sama lain. Anda sudah tentu tak menyangka dalam berjuta orang yang pakai handphone, kenapa semua gelombang dari handphone-handphone mereka tak tersesat masuk ke handhone Anda?

Sebab, ada pemancar dan penerima. Untuk ‘pemancar’ dan ‘penerima’ berhubung, frekuensi getaran gelombang mesti sama.

Cuba Anda pusing-pusing butang tuner di radio, Anda akan mendapat siaran radio yang berbeza di getaran frekuensi yang berlainan antara modul FM dan modul lain. Cuba tukar channel siaran Astro, Anda akan mendapat channel yang berbeza-beza.

Begitu juga halnya dengan gelombang minda. Jadi, jika Anda memikirkan satu perkara, minda Anda telah mengeluarkan gelombang dengan frekuensi tertentu.

Lalu, gelombang ini terlepas ke alam semesta dan bersimpang siur mencari gelombang yang serupa dengannya (penerima). Bila berfikir lagi perkara lain, minda Anda akan mengeluarkan gelombang lain dengan frekuensi tertentu pula.

Dalam sehari, minda Anda mengeluarkan beribu gelombang. Bila dah jumpa penerima, ia kembali semula kepada Anda, sebagai tindak balas.

Jika Anda sentiasa memikirkan sesuatu, apapun ia, maka gelombang yang dikeluarkan dari minda Anda adalah gelombang yang kuat, takkan dihalang oleh gelombang-gelombang lain yang bersimpang siur disekelilingnya. Jika ia lemah sebab kurang diingati oleh Anda, ia akan hilang begitu saja.

Sebab itu dalam Law Of Attraction, Anda akan menarik apa yang selalu, yang banyak kali Anda fikirkan. Dalam buku Kuasa Minda Separa Sedar di muka surat ke 7, M Rozani Pawan Chek menulis bahawa otak adalah organ elektrokimia dan getaran aktiviti gelombang otak boleh diukur, jumlah getarannya bergantung kepada aktiviti Anda, mood Anda dan emosi Anda.

Dalam badan kita, ada elemen besi. Dalam masa yang sama, badan kita juga mempunyai getaran elektrik yang lemah.

Mengikut ilmu sains, jika sebatang besi dililit dengan dawai lalu dialirkan arus elektrik, besi itu menjadi magnet yang akan menarik besi-besi lain supaya jadi melekat padanya. Ini mencipta medan positif dan negatif, sebagaimana magnet juga.

Maknanya, badan kita memang sebuah ‘magnet’ biologi. Berita baik, Anda boleh belajar untuk mengawal apa yang ditarik, dengan mengawal minda Anda, emosi Anda, gambaran mental dan fikiran.

.. bersambung di artikel seterusnya.

Komen Anda?

Share This Post

3 Responses to “Sains Law Of Attraction - Bhg 2”

  1. Abdul Rahman Says:

    Malangnya walaupun ada yang percaya ini wujud, tapi bukannya semua yang menggunakan kepercayaan mereka untuk mendapatkannya. Maksud saya macam orang Islam sendiri. cakap beriman, tapi masih tak berpuasa, minum arak, seks bebas dan sebagainya.

    Just food for thought. :)

  2. Shueqry Says:

    Shueqry,

    erm, kenyataan itu benar,jika di lihat pada senario hari ini.

    Mereka tahu Rukun Islam dan Rukun Iman, tetapi tidak mengikut apa yang menjadi rukun dalam kedua-duanya.. mereka percaya, tapi tidak membuktikan apa yang mereka percayai.

    Namun, itu dah menjadi pilihan mereka, cukupla kita sekadar memerhati dan mengambil iktibar daripadanya..

    Tapi, bagi mereka yang tahu LOA dan tahu bagaimana memanfaatkannya untuk menggapai kecemerlangan, akan berusaha sehabis daya memanipulasikan anugerah Allah yang tidak terhingga ini.

    thanks bro :)

    - Shueqry -

  3. Raymond Says:

    Ilustrasi yang baik.

    Saya memang suka mengaitkan sains dengan LOA.

    Ramai yang tidak bersetuju dengan konsep like attracts like kerana mereka berpendapat magnet tidak mempunyai ciri-ciri demikian.

    Tetapi jika kita amati setiap perkataan yang diperkatakan oleh Bob Doyle dalam filem The Secret, beliau mengatakan bahawa konsep Like atttracts like ini hanya benar pada tahap gelombang sahaja.

    Otak kita menghasilkan gelombang minda pada setiap masa. Jadi ia mematuhi Law of Attraction.

Komen? Pendapat?