Salam Merdeka Ke 50

Malam tadi saya, adik dan beberapa orang kawan serumah pergi ke Padang Merdeka di bandaraya Kota Kinabalu untuk merayakan hari kemerdekaan ke 50. Sungguh meriah dan memang ramai orang.

Kebanyakan artis yang datang adalah dari Sabah, Azharina, Felix, Marsha, Velvet, Rich bersama Estranged (ala-ala Sheila On & muzik diorang ni !) dan Ebi. Dalam 4 musim Akademi Fantasia (AF2-AF5), pelajar AF dari Sabah asyik mendapat tempat kedua, tak pernah lagi yang pertama. Mungkin, satu hari nanti akan muncul juara AF dari Sabah..

Kawan-kawan di Astro mengatakan akan ada lagi AF6, tapi kali ini dengan konsep reality show yang berlainan. Walaupun saya dah tak kerja kat Astro lagi, namun saya masih keep in touch dengan beberapa orang di head office. Sedihnya, saya terlepas peluang nak berenang di pusat akuatik Bukit Jalil.

Memang sayang bila tinggalkan Astro, bukan saja dapat decoder Astro percuma (gaji juga tinggi) tapi saya nak merdeka dari kekangan kerjaya yang tak mendatangkan kepuasan, asyik stress, stress dan stress. Maklumlah jadi Pegawai Khidmat Pelanggan ni berdepan dengan 300++ orang dalam sehari dan 1900++ perangai yang ‘macam-macam ada’.

Memang mencabar emosi, jiwa dan raga. Saya takde keseronokan bekerja, kesihatan juga asyik terganggu, termasuk kesihatan mental.

Salam kemerdekaan dari saya, moga merdeka kali ke 50 ini memberi makna buat Anda dan lebih memerdekakan minda dari yang sebelumnya. Buat muhasabah diri, sejauh mana sudah pencapaian kita dan sebanyak mana sudah amalan kita.

Dalam ramai-ramai orang menyambut merdeka, saya cukup kagum dengan usahawan-usahawan kecil yang berjaja di tepi jalan, jual burger, air minuman, ais krim, chicken wings dan makanan ringan. Memang saya kagum dengan mereka, kerana mereka bekerja mencari rezeki di kala orang lain bersuka ria, dari awal pagi sehingga detik merdeka jam 12 tengah malam.

Itu saja untuk kali ini. Buat rakan-rakan pembaca blog rakyat Malaysia yang berada di luar negara, rasa merdeka ini biarlah jauh di mata tapi dekat di hati. Cemerlangkan diri Anda, agar kami di sini bangga dengan pencapaian Anda di sana. Make us proud!

Berpusu-pusu email yang datang ke inbox saya dengan ucapan terima kasih kerana blog ini memberi suntikan motivasi kepada mereka, dari mana mereka jumpa blog ini, saya tak tahu. Saya hanya tahu menulis, menulis dan terus menulis.

Saya juga dah mula berfikir apa yang boleh saya berikan untuk membalas sokongan Anda. Terima kasih yang tak terhingga !

Dalam masa 5 bulan, populariti blog Motivasi Pembangunan Diri naik mendadak. Kini jumlah pengunjung dalam sehari juga maintain 800-900 orang.

Ada di antara rakan-rakan pembaca blog yang melabelkan nama saya setanding dengan bloggers Melayu lain seperti Zul SmartUsaha, Shuth, Jebat, Amanz, Raja Blog malahan SaifulSham! Saya juga bercadang mahu membentuk komuniti rakan-rakan pembaca blog ini dan memberi free gift buat semua ahli !

Terus terang saya kata, saya tak pernah terfikir untuk menandingi kehebatan dan pengaruh mereka, bahkan saya cukup kagum kerana nama mereka di kenali ramai. Kesan daripada kekaguman itu, saya makin bersemangat menulis dan berusaha memperbaiki pencapaian peribadi dengan banyak membaca, terus berlatih menulis dan menjalin berhubung baik dengan rakan-rakan penulis blog yang lain.

Di merdeka ini, biarlah kita memasang tekad merdeka dari pemikiran negatif, kata-kata hati yang negatif dan attitude yang negatif. Memang boleh layan ni semua tapi ia akan menghalang kecemerlangan, kejayaan dan kegemilangan muncul dalam hidup Anda.

Apa yang muncul? kemunduran, kemurungan dan permasalahan yang tak pernah putus ! Sudah tentu Anda tak nak ini semua. Jadi, mula merdekakan diri Anda dari yang negatif-negatif ni. Salam kemerdekaan ke 50 khusus buat Anda.

- ShueQry -
all for one, one for all.

p.s. : Lawati forum motivasi di http://motivasi.freeforums.org kelolaan saudara Afiq. Buat Afiq, secara peribadi, terima kasih !!

Artikel Lain Yang Berkaitan
Perangkap Mental
Kenapa saya Lakukan Ini Semua
Cabar Diri Untuk Berjaya

Recomended !
Blog Mengapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing?
Baca blog ini untuk ketahui jalan penyelesaiannya
http://smartz.wordpress.com/

Respon Anda?

Share This Post

5 Responses to “Salam Merdeka Ke 50”

  1. Raymond Says:

    Tahniah atas kemerdekaan yang telah dicapai oleh minda, jiwa serta diri Shueeqry.

    Diharap kemerdekaan ini berkekalan.

  2. shueqry Says:

    Raymond,

    terima kasih. Salam merdeka juga baut awak ..

    tq !

  3. abdfatah Says:

    haaa… berhenti kerja? takper sekurang2nya pengalaman kerja yang ada bleh dijadikan panduan untuk berdepan dengan kerjaya sendiri nanti, sebagaimana apa yang dicelotehkan oleh shuth.

    kerja sungguh2 untuk jadi jutawan dan mengaplikasikannya kelak bila dah kerja sendiri nanti…

  4. shueqry Says:

    eh, kenapa, tak percaya?

    Ye, dah setahun saya bekerja sendiri, syok tau!

    betul tak Raymond?

    hehe :)

    - Shueqry -

  5. Raymond Says:

    Ya, betul.

    Sekiranya kita tahu cara-cara untuk memotivasikan sendiri, bekerja sendiri memang merupakan pilihan yang bijak.

    Boleh tidur lebih kalau letih.

    Boleh kerja lebih masa kalau terlalu bersemangat (kompeni tak tutup)

    Boleh rehat bila perlu.

    Boleh pilih kerja yang suka dilakukan sahaja.

    dan banyak lagi…

    Kenape nak ragu-ragu lagi? :)

    Itulah erti kemerdekaan bagi saya.

Komen? Pendapat?