Salam Terakhir - Saya Berundur ! Part 2
Assalamualaikum ..
Bila dijumlahkan sekali, 135 email yang masuk ke inbox saya di Gmail dan Yahoo. Banyaknya! Terima kasih.
Ketika menulis artikel yang lalu, stress lebih menguasai diri dan tiada tempat untuk melepaskan tekanan yang dirasa, terseksa sungguh diri ini dibuatnya, saya merasakan nak quit terus dari berblog dan Internet.
DikMal, Nur, kak Marzie, Laling dan member-member di chat box dan di MyBlogLog, saya sungguh terharu dengan sokongan yang tak berbelah bagi. Ini merupakan dugaan terhehat, lebih hebat dari yang sebelumnya dan lebih menyeksakan, kerana saya menghadapinya seorang diri.
Saya nak berehat, menyepi seketika. Suasana di rumah saya tak membantu, arus negatif bersimpang siur dan saya dah ‘terjangkit’. Bila saya stress dan tertekan dek masalah, lebih banyak masalah-masalah muncul.
Saya adalah bukti sebenar Law Of Attraction memang wujud dan berfungsi. Bila memikir masalah, lebih banyak masalah timbul tiba-tiba, satu persatu dan tak pernah habis. Jadi, jangan jadi macam saya .. ini betul punya story.
Semuanya ditarik oleh minda separa sedar, tambahan pula kuasa minda saya memang kuat menarik apa saja yang saya fikirkan kerana saya telah latih kuasa minda sekian lama.
Tak sangka bila fikiran saya dalam mood tertekan, masalah datang tanpa diundang. Salah saya juga sebab tak mengawal minda, bahkan mengalah pada emosi tertekan, bukannya memaksa minda untuk terus bertenang. Kesannya, mood saya berubah menjadi tertekan.
Untuk nak tumpukan pada yang positif semula memerlukan saya untuk relaks buat beberapa ketika. Saya perlukan sedikit masa ..
Well, saya meminta maaf sebab menulis hal peribadi di sini. Saya seorang yang suka berterus terang. Dari malam tadi sungguh tertekan sehingga menitis air mata, hanya Allah saja yang tahu betapa payahnya.
Plan A saya ialah pindah rumah, cari kerja bergaji, terus quit dari eBiz dan blog. Plan B saya, tinggal di rumah lama dan memperbaiki kerosakan yang ada.
Plan C, saya balik kampung dan memulakan bisnes Internet saya dari sana, mungkin menyewa lot kedai di kawasan pekan dan memasang talian Internet. Plan D, buat eBiz dan blog secara part time di rumah baru, bukan lagi full time macam sekarang.
Saya masih di sini, hanya berserah pada Yang Maha Esa, dalam pada tu terus berusaha memajukan diri tanpa henti. Berat mata Anda memandang, berat lagi bahu dan minda saya memikul. Namun, saya yakin ini hanya sementara.
Blog ini saya tulis untuk mendidik pembaca tentang motivasi dan pembangunan diri, namun biarlah penulisnya sendiri yang menjadi contoh real bagi apa yang ditulisnya. Saya akan berkongsi bagaimana saya bangkit dari masalah dan kemudian GO ON, seterusnya mencapai matlamat-matlamat saya.
Syukur alhamdulillah saya ada Anda, rakan-rakan pembaca yang memberi sokongan moral. Saya dah nak quit tadi jika tidak ada sokongan Anda.
Thank you, thank you and thank you!
Saya dah lama siapkan beberapa draft artikel-artikel motivasi. Ia akan saya publish, yang dah siap ada 100++ buah artikel pendek dari lebih 300 buah artikel, ada yang tajuk saja dan ada yang perenggan saja tanpa sebarang tajuk. Kalau tak di blog ni, saya akan pass pada saudari Norakmal di blog Motivasi Kejayaan.
Bergantung pada keadaan semasa, kalau saya dan kawan sebilik jadi pindah rumah, saya akan beritahu. Kami masih lagi berusaha mencari rumah sewa yang baru.
Itu saja kali ini, artikel-artikel yang tersimpan lama saya tetap akan publish untuk bacaan Anda. Saya akan selalu ke cyber cafe untuk publish artikel, semuanya akan jadi macam biasa.
Anda takkan terlepas untuk membaca tulisan-tulisan saya lagi. Kalau saya berhenti, itu tak adil bagi Anda.
Artikel-artikel yang saya dah taip di komputer saya akan masukkan di dalam notepad. Bila di cyber cafe, saya copy dan paste semua sekali di dalam Blogspot.com. Jadi, artikel-artikel akan tetap keluar seperti biasa, walaupun saya dah jarang online.
Satu lagi, saya cukup merahsiakannya dari Anda. Ada satu blog “backup” di Wordpress.com untuk blog Motivasi Pembangunan Diri ni. Hanya Raymond, Nailofa dan DikMal yang menjumpainya secara tak sengaja.
Saya masih di sini, cuma berikan saya sedikit masa untuk berehat. Artikel-artikel di blog “backup” akan keluar secara automatik dan artikel di Blogspot.com ini akan saya keluarkan seperti biasa, cuma saya dah jarang menulis artikel baru.
Jadi, Anda mendapat 1 artikel di 2 tempat berlainan. Kalau tak komen di blog ini, boleh letak komen kat blog Motivasi Pembangunan Diri yang lagi satu tu. Klik di sini.
Jumpa lagi di artikel akan datang. Saya amat terharu dengan sokongan Anda.
- Shueqry -
September 13th, 2007 at 7:06 pm
Helo shueqry … Sampai macam tu sekali .. Bersabarla..Actually , saya salah satu pembaca blog ini setiap hari tidak kira di mana walaupun saya tak pernah menghantar komen di sini. Saya mengenali shueqry kerana saya juga bekas pelajar UiTM KK. Walaupun meredahi berbagai rintangan tapi saya sarankan shueqry terus menulis di Blog ini kerana saya tahu bukan senang untuk memberi “nafas” kepada sebuah blog.Biar jarang asalkan ada . Akhir sekali , saya doakan shueqry akan terus berjaya dalam karier.
- Miclee - Ex DPA Student -
Your Ex Campus Mate
October 25th, 2007 at 4:01 pm
Their seo services are top notch. We have been using them for about 5 years now but they just showed us their new viral marketing packages that are state of the art mass marketing techniques becuase it’s not just about seo
anymore.
Website Promotion from Atomic Seo was definitly a wise investment so yeah I would recommend their services.