Saya Bercuti Raya !

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?

Start dari esok, saya mula bercuti. Syukur alhamdulillah, saya dan adik saya, Azizi dapat balik ke kampung. Target kewangan yang saya letak dalam seminggu telah berjaya saya capai, sebagai hadiah hari lahir ke 27 buat diri saya juga..

Ia dalam US Dollar, terus ke akaun PayPal saya. Siang tadi, saya dah berjaya keluarkannya melalui kad debit Visa Public Bank saya dalam Ringgit Malaysia. Alhamdulillah..

Ini satu kejayaan peribadi pada saya, hasil dari kerja keras, kesanggupan mengorbankan masa tidur dan kesanggupan bangkit dari beratus percubaan yang gagal. Memang ada sakit hati, rasa nak give up dan ada juga rasa tak nak try lagi.

Terus terang bukan mudah untuk melakukannya, lebih-lebih lagi jika Anda bekerja seorang diri di rumah yang banyak gangguan seperti saya, dalam sebuah bilik bujang yang sempit, duduk bersila mengadap komputer lebih dari 8 jam setiap hari. Memang lenguh dan menyakitkan !

Semua pencapaian saya dalam beberapa minggu ini takkan dapat direalisasikan tanpa ILMU. Terima kasih yang tak terhingga pada kak Linn, penulis eBook Magnet Rezeki.

Saya dah baca buku tu lebih dari 3 kali, terutama pada muka surat ke 76 hingga ke muka surat ke 93, bab ke 13 bertajuk “Magnet Rezeki”.

Saya mencadangkan eBook itu bukan kerana mahu mengejar wang komisen sebagai seorang affiliate tapi saya menyarankannya ikhlas dari hati saya sendiri supaya Anda juga boleh mencapai apa saja matlamat kewangan yang Anda mahukan. Jujurnya, saya percaya jika teknik-teknik penarik rezeki berkesan pada saya, ia berkesan buat Anda, bahkan sesiapa jua yang berusaha.

Semua panduan yang diajar di dalam bab ke 13 eBook Magnet Rezeki saya amalkan satu persatu dengan penuh minat, dalam masa yang sama saya mendisiplinkan diri, membuang jauh-jauh segala kegusaran, susah hati atau takut benda yang saya pelajari tak berkesan. Akhirnya, saya berjaya juga mencapai matlamat kewangan saya sebelum Aidilfitri.

Alhamdulillah .. 80% adalah usaha, 20% lagi dipandu oleh ilmu, attitude dan idea. Saya sungguh gembira ketika menaip artikel kali ini.

Kesimpulannya, bila Anda gembira dan sentiasa bermotivasi, Anda akan mudah mencapai apa saja matlamat kewangan Anda, bahkan ia bagai datang lebih senang dari yang sebelumnya. Believe me, i’ve been there.

Gali ilmu dulu, diiringi usaha, penumpuan pada proses untuk mencapai matlamat kemudian diakhiri dengan tawakkal (let go). Ilmu dan mindset memandu ke mana arah tuju kerja keras kita.

Tips ini boleh diaplikasikan pada sesiapa saja, tak kira sama ada student, pekerja atau usahawan Internet.

Kejayaan-kejayaan kecil yang telah saya capai saya tulis dalam sebuah buku nota. Setiap kali membacanya, saya jadi girang. Saya lebih suka menulis berbanding menaip di dalam komputer sebab saya boleh melihatnya bila-bila masa dan ia lebih melekat di ingatan saya.

Syukur alhamdulillah, dengan izin Allah, saya berjaya mencapai matlamat kewangan saya. Tempoh masa yang saya berikan untuk diri sendiri memang mustahil, tapi di sebalik kemustahilan itu saya bekerja keras dan mencuba beratus cara mencapai target saya.

Untuk maintain motivasi, saya menonton video Lance Armstrong lebih 30 kali dalam sehari, mendengar lagu-lagu yang menaikkan semangat saya dan menonton video The Secret. Dalam pada itu, saya lebihkan masa bekerja di depan komputer, menumpu pada cara promosi. Saya kurangkan masa untuk perkara lain lalu fokus pada Internet dan buku motivasi.

Berlaku tegas pada diri sendiri memang mendatangkan hasil. Oleh kerana itu, saya mahu rehatkan minda dan fizikal saya pula.

Hanya satu yang timbul di kepala saya sekarang, iaitu menikmati saat syoknya mandi laut bersama keluarga di kampung. Biasanya kami pergi beramai-ramai. Saya kalau dah mandi laut, dah tak ingat dunia .. hehe :) Syok tau!

Bukan senang nak duduk bersila lebih dari 8 jam sehari di depan komputer, perlukan ketahanan mental dan disiplin. Kalau sejam duduk bersila depan tv pun dah naik ‘cramp’ kaki, ni kan pula duduk bersila 8 jam depan komputer. Huh, naik keras kaki dibuatnya.

Namun, saya bersyukur ia membuat semangat saya bertambah naik dan menjadi inspirasi untuk bekerja dengan lebih gigih lagi. Setiap kali memikirkan impian-impian yang saya mahu capai, ia membuat saya gembira.

Akhir kata, saya bercuti dulu sementara waktu. Buat Anda, rakan-rakan bloggers dan 415 subscribers blog Motivasi Pembangunan Diri, Selamat Hari Raya Aidilfitri ikhlas dari saya.

Saya memohon maaf jauh dari sudut hati, jika ada yang terkasar bahasa, asyik tersalah taip, tersinggung, tersindir atau terasa, mohon jangan simpan di dalam hati. Andaikata ada penulisan blog saya yang tak ngam di hati Anda, saya minta maaf banyak-banyak.

Pada pembaca-pembaca blog yang emailnya tak sempat saya nak balas, saya juga minta maaf banyak-banyak. Insya Allah, saya akan balas juga kesemuanya satu persatu.

Doa saya, moga Aidiltiri kali ini lebih meriah dari yang sebelumnya, membawa lebih kegembiraan dari yang sebelumnya dan memberi kebahagiaan buat Anda sekeluarga, lebih dari yang sebelumnya.

Salam sayang dan salam ukhwah dari saya, di hari menanti tibanya Hari Raya..

- Shueqry -
all for one, one for all.

Share This Post

7 Responses to “Saya Bercuti Raya !”

  1. Raymond Says:

    Selamat Hari Raya, Shueqry.

    Maaf Zahir Batin.

    Saya telah mula mengaplikasikan ilmu time management yang saya belajar dari Stephen Pierce 2 minggu yang lalu.

    Jadual ku cukup ketat dan mendisiplinkan diri agak sukar pada mulanya. Tapi, selepas lihat akan pencapaian harianku, hmmm … amat memuaskan.

    Kerja yang saya tangguh selama 2 bulan sudah separuh siap dalam masa sehari je. :)

    Saya amat bersyukur dengan segala ilmu yang diperoleh terutamanya dari blog ini.

    Enjoy your mandi laut. ;)

    Salam Hari Raya,
    Raymond

  2. Shueqry Says:

    Raymond,

    kalau saya ada peluang berjumpa ngan awak, saya sebenarnya nak bagi kad raya, tapi, Johor ngan Sabah jauh sangat ! hehe ..

    Syukur, perkongsian ilmu di sini memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Saya juga banyak belajar dari blog LOA yang ditulis oleh Raymond.

    Sama la, jadual kita ketat sangat. Saya pula lepas raya ni dah sibuk ngan jadual latihan renang, ditambah lagi dengan tugas rutin depan komputer. Namun, paling penting ialah pengurusan masa..

    Selmat Hari Raya juga buat Raymond.

    maaf zahir batin.

    - Shueqry -

  3. Ahmad Shawal Says:

    Assalammualaikum,

    Walauapapun yg terjadi, semuanya dengan izin Allah,.

    Insyaallah…

  4. azwan Says:

    Selamat Hari Raya Shueqry, semoga Aidil Fitri kali ini lebih meriah bersama keluarga.

  5. Fuad Says:

    Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin..Tahniah jugak atas kejayaan :-)

  6. nadzal Says:

    Nampak gayanya, Selamat Hari Raya ku ucapkan. Semoga panjang umur dan murah rezeki.

  7. Shueqry Says:

    Buat Nadzal, Fuad, Shawal dan bro Azwan, terima kasih ..

    Selamat Hari Raya juga, may Allah bless u all ..

    thanks for being my friend :)

    - Shueqry -

Komen? Pendapat?